Hampir aku melupakan, di suatu ketika tidak lama dahulu, kedai mamak adalah tempat aku menjalankan aktiviti sosial.
Ketika musim bola Euro dan Copa America sedang berlangsung skrg, menambahkan lagi berat rindu aku pada kedai mamak, berat yang kalau diletakkan di belakang badan gajah dia akan rebah serta-merta. Jika sekarang adalah normal bukan norma baharu, pastinya aku sudah menikmati beberapa perlawanan bola sepak di kedai mamak bersama-sama teh tiga layer dan nasi goreng cili padi. Kaw.
Kenangan yang manis tentulah ketika dapat duduk di port paling strategik iaitu depan skrin besar. Biasanya aku paling awal kalau hal tengok bola, sebab aku tak boleh tengok bola tapi nampak belakang badan atau kepala orang je. So kalau dapat view paling depan tu kiranya macam bayar tiket mahal la.
Fasa yang tak manis lak, bila dah datang awal dapat port paling cun, pastu hujan pulak turun, berlarilah cari tempat berteduh, mamak pun tutup skrin besar dan terpaksalah tengok televisyen keciknya yang jauh di bucu sana, time tu mood dah lari jauh..dahlah nampak kecikk je, pastu biasalah astro kalau hujan mulalah dia buat perangai tergendala. Teh tarik 3 layer yang manis potong kaki tu pun terasa kelat dibuatnya.
Bestnya kedai mamak ni sebab vibe dia yang friendly dan menu yang pelbagai. Order je sampai, order je sampai. Makanan pun boleh customized ikut suka, nak cili lebih, nak ayam campur daging, nak milo campur laici, kau cakap je dia terus buat. Pastu pelayan dia selalu ke hulu ke hilir so senang nak tambah-tambah order..duduk kalau 2-3 jam memang kena tambah order, atas meja tu gelas dah bersporadik baru nak mintak bil.
Kalau kira tu, dia punya matematik pun bukan main pantas.Kalau meja tu 5-6 orang makan pun selamba je dia kira manual pakai mulut. Parapapapapap dapat angka, senafas dua je. Punyalah pantas dan menyakinkan, kalau tanya harga-harga makanan semuanya meniti dihujung bibir. Ni mungkin masa kecik-kecik dah puas kena penampar dengan mak ayah dia masa belajar matematik sampai meleleh air hidung. Nak meragukan kewibawaan dia pun aku tak berani sebab kalau nak suruh aku kira aku kena bukak kalkulator kat henfon, jatuhlah air muka aku selaku pekerja di institusi kewangan. Cuma tu la.. kadang bila suruh dia kira sekali lagi dia jadi lain, kalau harga makin menurun tu takpelah tapi kalau makin menaik tu kau mintaklah resit kalau nak selamat. Kalau kat resit tetiba keluar lagi harga lain, kau amiklah tisu dia banyak-banyak sebagai tanda merusuh.
Itu dulu lah, bila nak jumpa kawan-kawan dalam apa jua hal, by default lokasi perjumpaan mesti di kedai mamak yang berdekatan. Kadang mamak pun dah tahu aku nak order air apa, aku baru nak cakap “teh ais” dia dah cakap “teh ais”, memandai je, terus aku cakap “fresh orange” untuk tidak kelihatan cliche dan mudah dibaca. Sekarang ni social life aku banyak dihabiskan di sofa melayari media sosial. Itupun circle tak berapa meluas, adalah jugak sampudal-sampudal di group whatsapp dan facebook. Itupun ramai lelaki je la, yang gadis-gadis selalu mengamalkan penjarakan sosial dengan aku sebab berstatus suami orang, kesian kan aku. So bersosial dengan pokok je la di hujung minggu sambil menjadi suami semithali boleh. Jap nak basuh pinggan.
0 comments:
Post a Comment