Revisit
The world isn't just the way it is. It is how we understand it, no? And in understanding something, we bring something to it, no?Doesn't that make life a story?
Bila kita tonton semula filem yang kita tonton pada fasa umur yang lalu, seringkali kita mendapat input-input yang baru, yang sebelum ni kita tak dapat pick-up. Begitu juga apabila membaca semula buku yang kita pernah baca suatu ketika dulu. Bahkan, kalau kita kembali ke tempat yang kita pernah lawati pun, ada perkara yang kita baru perasan, bergantung pada lensa semasa kita. Dulu kita rasa pokok depan rumah di hujung kampung tu besar dan menyeramlan, tapi bila kita revisit, sebenarnya tak besar mana pun. Padahal pokok tu tak berubah pun, yang berubah kita yang semakin tinggi dan berani, bahkan kita yang semakin menyeramkan.
Peta dunia berubah, diri kita juga mengalami proses setiap masa. Kawan yang kita kenal 10 tahun dulu, mungkin sudah melalui pengalaman dan proses yang menjadikan dia berbeza dari yang kita kenal, buka parasrupa sahaja yang berubah. Semakin baik atau semakin tak berapa baik tu bergantung jugaklah, lain orang lain dia punya laluan. Apa pun pengalaman yang dah dilalui, kita evolve from that ye dak.
Kalau ada orang pesan kat kita, kadang benda tu tak make sense, tapi bila dah sampai waktunya, mesej dia baru delivered, sebab kita baru on “wifi” dan update software dan mesej tu dapatlah masuk. Kalau tengok filem P.Ramlee terutama yang kelakar, masa kecik aku gelak dari sisi lain, tapi bila tengok sekarang pun gelak jugak tapi dari sisi lain. Kita dapat kesan dia punya satira dan dark humour, masa kecik kita tangkap yang slapstik je la.
Kalau sebelum aku berkecimpung dengan pokok-pokok indoor outdoor ni, tunjuk aku pokok apa pun aku buat tak nampak je. Tapi setelah kenal barang, aku mula melalui hidup dengan lensa baru. Kalau kayuh kat Taman Botanik Shah Alam, aku lebih menghayati dan menghargai keindahan floranya, kalau memandu di kawasan perumahan yang selama ini aku jalan tanpa menghirau apa-apa malainkan kalau ada makwe main badminton, sekarang aku lebih terkacau melihat rumah-rumah yang ada pokok-pokok di depannya, masing-masing ada landskap yang tersendiri, takde rumah yang pokok-pokoknya sama gelagat. Sebab pokok-pokok dah ada dalam diri aku, jadi bila nampak sesuatu pemandangan, aku dapat melihat sebagai peminat pokok.
Macam lagu MNasir berjudul Mustika.
Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti
Dulu lalu depan mata
… Tapi ku tak hirau
Ku tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan
Kalau dalam diri dia ada tuhan, mana-mana dia pergi dia nampak tuhan. Dia lepak kat pantai misalnya, dia nampak kehebatan tuhan mencipta semua ini. Bila dia kena kena tipu dengan kawan dia, dia nampak tuhan sedang mengajarnya. Tuhan ada di mana-mana. The presence of God is the finest of rewards .
Seperti buku life of pi, sebuah buku yang tak patut dibaca hanya sekali, kali kedua dan ketiga bacaan akan reveal perkara-perkara yang berbeza bergantung pada pemahaman..with new eyes and understanding, antara buku yang best kalau nak disembang-sembangkan dengan kawan yang minat membaca.
“Words are much better at relating emotions and thoughts.” – Yann Martel
2 comments:
Aku setuju. Dulu aku tengok filem "He's just not that into you" cuma nampak cerita tu macam cerita romcom biasa. Tapi bila tengok banyak kali (sbb ada bradley cooper) buat aku nampak ada banyak mesej yg tersirat ttg cinta. Filem "Love, Rosie" pun sama.
Untuk buku Life of Pi, aku tak berapa berminat sangat nak baca sebab dah tonton filem dia. Itu la spoiled nya .. aku tak suka baca buku yg dah difilemkan. Macam tak feel. Haha..
bestnya quotes tu. setuju, itulah yg jadi bila tengok semula movie / baca semula buku. pemahaman dan penerimaan seiring dengan peningkatan usia
Post a Comment