Revisit



The world isn't just the way it is. It is how we understand it, no? And in understanding something, we bring something to it, no?Doesn't that make life a story?


Bila kita tonton semula filem yang kita tonton pada fasa umur yang lalu, seringkali kita mendapat input-input yang baru, yang sebelum ni kita tak dapat pick-up. Begitu juga apabila membaca semula buku yang kita pernah baca suatu ketika dulu. Bahkan, kalau kita kembali ke tempat yang kita pernah lawati pun, ada perkara yang kita baru perasan, bergantung pada lensa semasa kita. Dulu kita rasa pokok depan rumah di hujung kampung tu besar dan menyeramlan, tapi bila kita revisit, sebenarnya tak besar mana pun. Padahal pokok tu tak berubah pun, yang berubah kita yang semakin tinggi dan berani, bahkan kita yang semakin menyeramkan.


Peta dunia berubah, diri kita juga mengalami proses setiap masa. Kawan yang kita kenal 10 tahun dulu, mungkin sudah melalui pengalaman dan proses yang menjadikan dia berbeza dari yang kita kenal, buka parasrupa sahaja yang berubah. Semakin baik atau semakin tak berapa baik tu bergantung jugaklah, lain orang lain dia punya laluan. Apa pun pengalaman yang dah dilalui, kita evolve from that ye dak.


Kalau ada orang pesan kat kita, kadang benda tu tak make sense, tapi bila dah sampai waktunya, mesej dia baru delivered, sebab kita baru on “wifi” dan update software dan mesej tu dapatlah masuk. Kalau tengok filem P.Ramlee terutama yang kelakar, masa kecik aku gelak dari sisi lain, tapi bila tengok sekarang pun gelak jugak tapi dari sisi lain. Kita dapat kesan dia punya satira dan dark humour, masa kecik kita tangkap yang slapstik je la.


Kalau sebelum aku berkecimpung dengan pokok-pokok indoor outdoor ni, tunjuk aku pokok apa pun aku buat tak nampak je. Tapi setelah kenal barang, aku mula melalui hidup dengan lensa baru. Kalau kayuh kat Taman Botanik Shah Alam, aku lebih menghayati dan menghargai keindahan floranya, kalau memandu di kawasan perumahan yang selama ini aku jalan tanpa menghirau apa-apa malainkan kalau ada makwe main badminton, sekarang aku lebih terkacau melihat rumah-rumah yang ada pokok-pokok di depannya, masing-masing ada landskap yang tersendiri, takde rumah yang pokok-pokoknya sama gelagat. Sebab pokok-pokok dah ada dalam diri aku, jadi bila nampak sesuatu pemandangan, aku dapat melihat sebagai peminat pokok.


Macam lagu MNasir berjudul Mustika.


Yang dulu ku cari

Rupa-rupanya ada di sini

Dan yang bermain di mimpi

Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata

… Tapi ku tak hirau

Ku tak peduli

Tapi setelah ku tahu

Hanya engkau teman

Kau tak ku lepaskan


Kalau dalam diri dia ada tuhan, mana-mana dia pergi dia nampak tuhan. Dia lepak kat pantai misalnya, dia nampak kehebatan tuhan mencipta semua ini. Bila dia kena kena tipu dengan kawan dia, dia nampak tuhan sedang mengajarnya. Tuhan ada di mana-mana. The presence of God is the finest of rewards . 


Seperti buku life of pi, sebuah buku yang tak patut dibaca hanya sekali, kali kedua dan ketiga bacaan akan reveal perkara-perkara yang berbeza bergantung pada pemahaman..with new eyes and understanding, antara buku yang best kalau nak disembang-sembangkan dengan kawan yang minat membaca. 



“Words are much better at relating emotions and thoughts.” – Yann Martel





Kawan sepejabat aku cakap disebabkan kerja dia yang by nature mempunyai kuota angkat punggung dari kerusi yang terhad, mak dia cadang amik je job lain macam jadi cikgu ke kalau ada. Walaupun cikgu-cikgu selalu kata jadi cikgu di musim-musim begini susah, tapi aku rasa mak dia nampak kerja dia lagi havoc memandangkan mak dia pun cikgu. Apapun,  mempunyai pilihan adalah sesuatu yang bagus, sentiasa bersedia dan mempunyai back-up. Aku rasa mungkin mak ayah dia dah capai lekuk di mana pendapatan per kapita dah tinggi dan cukup untuk diagihkan kepada isi-isi rumah.


Kalau sebelum covid19, orang bergantung pada aktiviti pelancongan untuk  release stress kerja di ibu kota, kalau kat lembah Klang ni ramai yang lari ke Melaka atau Perak di hujung minggu. Bagi yang menggemari aktiviti lasak, ada yang panjat bukit atau gunung, main ATV atau macam aku dapat kayuh 10-20km pun dah okey. Tapi jangan gantungkan 100 peratus pada aktiviti ni untuk release stress, perlu ada suis-suis lain juga yang boleh ON. Macam aku menemui kehidupan baru dengan menanam pokok-pokok di ruang separuh kangkang kera di balkoni, nasib baik tak susah sangat lah hobi baru ni, cuma kena ada separuh kangkang kera dan makan modal sikitlah. Modal tu aku amik dari budget hiburan yang tak dapat dijalankan di musim pkp, kawtim.


Walaubagaimanapun.

Tak semua ada privilage untuk punyai pilihan. Ada orang tak ada pilihan lain kecuali untuk terus move on, kiri kanan tak nampak lorong lain atau signboard untuk u-turn. Apa yang ada, itulah yang diguna. Dah itu je jalan yang ada, berlubang, berbatu-batu atau makhluk halus bersimpang-siur, kalau being strong is the only option then tekan minyak je la ye tak. 


Kalau pakar suruh untuk mengelak untuk menelusuri media sosial saban hari, cuba mengamalkan penjarakan sosial dengan news tak tentu hala dan cerita-cerita yang menganggu algoritma fikiran kau yang cuba dimampankan, meskipun kau cuba..namun tetap orang akan sampaikan juga bahan dari media sosial tak kira melalui aplikasi seperti whatsapp atau secara lisan, tak kira pada 12 tengah malam atau 12 tengahari buta. Oleh itu, internal filter kena sentiasa dikemaskini, cuba untuk pastikan sentiasa dalam kawalan meskipun begitu banyak kelodak dan filter tidak bocor. Kalau bertakung lumpur, pasir atau tanah hitam. lama-lama boleh rosak motor nak proses nanti. Nak fikir pun lepas tak lepas, jangan tersalah padam suis lak.


Aku baru amik vaksin dos pertama. Selain sedikit sakit di tempat kena cucuk, nampaknya takde side effect sangat. Terasa macam nak demam tapi tak jadi demam. Namun bila balik rumah tu aku cuba jugak buat-buat lemah, dapatlah rehat-rehat sikit kan, manalah tahu kalau buat-buat lemah wife masakkan sup ayam ke kan. Tapi tu bila punya zaman, sekarang kalau lemah kena telan panadol je, berkesan dengan pantas katannya. Buat-buat lemah sebenarnya lagi memenatkan, dia macam buat-buat busy lagi letih dari betul-betul busy, aku kira macam tu la, dahlah tak mendatangkan hasil. Kang buat-buat lemah, jadi terbiasa lemah pulak.


Kadang tak suka nampak lemah sebab macam akan menyusahkan orang lain, berapa kali aku masuk hospital tapi tak inform kawan-kawan atau family supaya dorang tak risau atau mungkin aku taknak nampak lemah / vulnerable. Padahal kena sedar yang human condition memang by nature akan lemah. Semua orang suatu hari nanti akan jadi orang kurang upaya, mata kian tak nampak , telinga makin kurang peka, kena pakai tongkat, kemudian kena pulak naik wheelchair, pakai pampers kencing pun tak tus dan sebagainya. Bermain dengan masa dan saatnya sahaja dan bermain dengan filter-filter selagi boleh.


Memetik kata-kata Michael Gifford:


It seems to me now

that I have been living a lie.

Staying out of the public view,

hiding my condition.

But then, look around you.

How many of us here

deny the human condition,

in one form or another?

We get old.

That's the truth.

And how can you tell true stories about

the human condition if you deny it,

or choose only the good bits?

Youth and beauty, passion and sex.

We all come to this, you know,

if we're very lucky.

There's no truth in cosmetic

enhancement, you know,

no candor in collagen.

Besides, which face

would you have lifted?

What a ship of plastic fools.

Incontinent, botoxed, nipped,

tucked, liposucked,

studded with diamonds,

sailing into the sunset.

"Cowards die many times

before their deaths."

"The valiant never

taste of death but once."

"Of all the wonders

that I yet have heard,

"It seems to me most strange

that men should fear,

"Seeing that death, a necessary end,"

"Will come"

"when it will come."




Sekian, sekadar berkongsi je, belum rasa nak go lagi.

 



Dalam situasi semasa, kemelut kesihatan dan ekonomi, sebahagian kita mengalami tekanan hidup. Aku terima bahawasanya kerja memang stress. Aku pernah ada beberapa role yang berbeza kat sini, semuanya memberi tekanan yang berlainan. Ada yang kena kejar masa, ada yang kena menangani karenah manusia, ada yang perlu memerah kepintaran dengan kasar dan selalunya perlu dilakukan serentak. Memandangkan aku menganggap kerja is kerja maka aku layankan je la, meskipun sedikit sebanyak mempengaruhi mental namun cuba sedaya upaya bersikap professional.



Pernah suatu ketika seperti hari kebiasaan di pejabat, bila stress aku pun turun sekejap ke kedai bawah untuk membeli karipap. Lepas beli karipap terjumpa pulak bos department lain. “You so compose haa, i always see you so calm” katanya. Padahal dia tak tahu jiwa aku tengah menyirap. Aku pun balas dengan pertanyaan khabar sekadar berbasa-basi. Lepas tu aku naik ke ofis dan kembali bekerja dengan compose dan calm bak kata bos department lain tu.


Biasanya bila kita ber-reaksi tenang dan memberi respon yang baik ketika mengalami tekanan hidup secara peribadi atau di tempat kerja, orang akan menganggap kita tidak stress dan sentiasa hidup aman sentosa. Jarang yang dapat melihat kerja-kerja penyelengaraan disebaliknya, malah seringkali dienteng dan diperkecilkan. Contohnya rumah yang tersusun kemas, orang cakap untunglah kau dapat hidup dalam rumah tersusun kemas, tengok macam aku terpaksa hidup dalam rumah yang bersepah seranah. Soalnya sekarang, rumah yang kemas tu bukan datang dari nasib baik, kadang datang dari pengalaman buruk juga.


Aku sampai sekarang susah nak bersetuju untuk mengatakan kemalangan yang aku alami dulu yang menyebabkan aku tak boleh berdiri berjalan adalah pengalaman terburuk dalam hidup aku. Aku pun tak pasti kenapalah macam tu. Yang aku tahu, atau yang aku selalu peratikan, benda yang lagi buruk biasanya reaksi atau respon kepada kejadian buruk yang berlaku. Contohnya, kau terjatuh dan kaki kau luka, tapi kau pergi curah dengan air panas sebab kau fikir air panas boleh menyembuhkan luka. Kaki luka memang menyakitkan, simbah dengan air panas adalah tragedi.


Tidak berjalan adalah realiti yang pedih, namun adalah lebih membunuh bukan tak boleh berjalan tapi bagaimana reaksi dan respon terhadap situasi itu. How i take it will eventually decide. Jika tidak datang dari dalam, selalunya dari luar la, cukup cakap soal mentaliti dulu. Bagaimana orang akan kata “susahlah nanti ye”, “kesiannya awak” atau “mak bapak kena jaga sampai bila-bila”, orang akan memandang sebagai kisah sedih dalam masyarakat. Ini adalah pembunuh karakter, ini adalah air panas yang disimbah tadi.


Jika aku dapat jumpa balik aku yang dulu, walaupun ada beberapa perkara yang aku akan cakap tak setuju dengan dia namun dalam hal ni aku akan berterima kasih atas respon dan reaksi dia kerana dua hal ni boleh dikatakan tulang belakang yang menyokong perjalanan seterusnya. Keywordnya respon dan reaksi. Di zaman yang semua orang nak memberi reaksi dan nak respon segala macam hal, rasanya kita faham betapa pentingnya dalam ketahanan mental. Its a slow process tapi sangat signifikan.



Tempat kerja aku sekarang kerap mengadakan webinar yang menjurus kepada pemantapan kesihatan mental. Malah klinik atau senang cakap kaunter spesifik dah wujud dengan pengendali terlatih. Sebenarnya dari beberapa tahun lepas pun memang sudah diterapkan hal-hal penjagaan kesihatan terutamanya dalam isu menangani stress. Perkara ni sememangnya dituntut kerana secara peribadinya pun aku merasakan tempat kerja adalah lubuk stress, skill menangani stress adalah skill yang dipandang tinggi.


Sayangnya, ramai yang hanya cakna tentang stress dan depresi setelah mengalaminya, sebelum-sebelum tu langsung tidak tahu menahu. Point ini bagi aku sangat penting, tiada kesedaran sebelum mengalaminya adalah kesilapan besar. Umpama berdepan musuh halimunan, tiba-tiba dia mengetuk kepala kau dari belakang, lebih parah dia mengetuk dari depan dan kau tak mampu berbuat apa-apa. 


Bagi yang sudah mengalami, atau mempunyai sedikit sebanyak info mengenai isu stress dan depresi, aku galakkan untuk berkongsi rasa dan mungkin maklumat atau mengajak untuk sama-sama mengenali hal-hal berkaitan. Ikutlah cara masing-masing. Jangan sampai bila stress terus kaget. Kita secara tak langsung pun mesti dapat detact kalau kita stress, naluri manusia kan.


Aku boleh mengubah dan restructure naratif aku menjadi sebuah kisah sedih yang berpanjangan.

Tapi tahu aku tak kebal, kulit boleh tahan halus macam Sofea Jane jadi aku tak membelit kapak.


Aku pernah jumpa mat saleh , dia cakap kat muka aku “you look fuck up”. Ni sebelum orang cakap aku compose, dah ada mat saleh fuck kat muka aku. Aku yang tak berapa nak terima apahal dia ni fuck fuck aku pun blur la, dia ulang sambil gesture kat muka dan cakap lagi “you look fuck up”, tapi lembut je la dia cakap macam nak cakap benda-benda soleh lak. Lepas berbual-bual dengan dia tu aku fahamlah apa maksudnya, walaupun sekarang aku dah lupa secara terperinci butir bicara. Memang fuck up pun. Secara lahiriahnya, mat saleh tu suruh aku fuck it, be comfortable with yourself. Whatever it is in my mind yang hold aku, fuck it. Macam buku Mark Mason, The Subtle Art of Not Giving a F*ck - is all about coming to terms with all of the inevitable unimportant imperfections in life and then choosing to not give a fuck about them. It’s about learning how to give a fuck about the few things that truly matter.

 

Fak fak ni wester expression , jangan tersinggung pulak, kembali kepada respon dan reaksi tadi. 

Fuck It is a spiritual act: that it is the perfect western expression of the eastern ideas of letting go, giving up and finding real freedom by realising that things don't matter so much (if at all). Ayat-ayat omputeh ni aku copy paste, tapi contextnya kena dengan apa yang aku nak sampaikan, jangan sekadar amik text fuck fuck sahaja. 


Alang-alang dah sentuh pasal buku, bolehlah kut sembang pasal buku lak. Aku memang dari dulu dah tertarik dengan bidang psikologi. Dalam diri manusia pun mesti ada detik dia akan tertarik dengan psikologi sebab ia berkaitan dengan diri manusia, kalau macam aku yang selalu bermain dengan respon dan reaksi pun tentunya akan tertarik. Buku yang aku discover adalah The Monk Who Sold His Ferrari. Disebabkan buku ni sedikit sebanyak telah membuatkan aku rediscover diri aku, aku cuba untuk sebut atau cadangkan kepada orang-orang yang berkaitan. Untuk aku mengajar atau berdebat mestilah tak arif, jadi aku petiklah buku ni untuk dirujuk.


Ramai orang bila bercakap soal stress, dia akan menganggap dialah orang paling stress kat daerah dia, orang lain semua hidup aman sentosa. Aku percaya setiap orang ada kapasiti masing-masing, dos stress dan dos anti-stress berbeza. Kalau baca buku ni kita sedar yang apa yang ada dalam kepala kita tu lah gelanggang kita, jangan masuk gelanggang orang kalau belum cukup terel. So main di gelanggang sendiri ni yang perlukan perhatian, usah dilecehkan rumah orang yang kemas tapi kemaskan rumah sendiri yang bersepah waima bermula dengan mengutip secebis kertas gelandangan di celahan kerusi pun.


Jangan jadi seperti ular yang membelit kapak. Kapal tu elok je kat situ, tapi ular menyangkakan kapak itu akan mencederakan dia terus membelit kapak itu semahunya sehingga terputus badannya. Ini permainan yang salah cara mainnya dek kerana mabuk dengan personal naratif dan kemudian menjadi spekulatif pada situasi. Masalah memang akan ada, namun yang tidak ada tidak perlu diada-adakan atau ditambah atau dilipatgandakan mengikut naratif kita sendiri. 


Tak lupa juga buku Tuesday With Morrie. Buku yang simple tentang immortal lives, moments, emotions and so on. Perbualan antara seorang anak muda dan seorang profesor  yang tak lama dah nak go, ada wisdom yang sampai. Memberi satu perspektif tentang kehidupan dari sudut yang hujung-hujung..hujung tu pasti tapi macam mana kau menerimanya. Gituu.


Selain mencedok inspirasi dari buku, aku juga bersukan. 


Aku pernah masuk acara powerlifting. Nak angkat beban tu memang kena training otot-otot tertentu. Paling mampu aku angkat 70kg kalau tak silap..hasil dari latihan ikut-ikut perasaan je. Bila aku nampak member aku boleh angkat 110 kg aku cakap tahniah, aku tak cakap untunglah kau boleh angkat 110kg , sebab aku tahu disebalik dia boleh angkat beban seberat itu adalah latihan otot yang komited dan bukan senang, adakalanya berdepan injury. Dan untuk angkat 110kg, dia telah terlebih dahulu angkat beban 50kg berapa ratus kali, lepas tu by stage dia akan naik kepada 60kg 70kg dan seterusnya. Kalau aku terus angkat 110kg tanpa melalui proses seperti dia, memang collapse, aku dengan besi-besi terbenam bawah tanah. Sebab tu bahaya kalau tiada kesedaran tentang mental health dan tanpa persediaan tiba-tiba kita terpaksa menanggung 110kg. Yang ada kesedaran pun boleh patah riuk, apatah lagi nak spontan. Bermula dengan kesedaran, mungkin dengan sekecil-kecil reaksi dan respon, mungkin dengan semanis-manis you looks fuck up. Its a slow process but quit is not an option. Aku dah quit pun dalam sukan powerlifting yang aku  ceburi secara recretional tu, tapi sukan psikologi semua orang terpaksa ambil bahagian selagi tak quit bergelar manusia.


At the end , if people happines is by talking shit about me, let it be lah, let sing SO7 song..”caci maki saja diriku…jika itu bisa..membuatmuuu..kembali bersinar dan berpijar..seperti dulu kala..wohoho..wwoooo ho hooo..”


Ah..inspirasi boleh datang dari mana-mana kan, lagu Sheila On 7 pun boleh. Kadang tengok pokok yang daun gugur tapi tetap let it go dan keluar daun baru pun buat rasa hopeful dengan dunia. Pokok adenium misalnya, aku tengok kat youtube kalau nak bagi banyak dahan dan banyak bunga, kena toreh atau lukakan kat batang dia, dari luka tu akan keluar dahan baru yang menghasilkan bunga-bunga. Ini naratif yang menarik untuk direnungkan.


Manusia tak pernah siap. Kalau sudah makan pun, nanti akan kena makan lagi. Kalau dah kencing pun, nanti akan kena kencing lagi. Belajar dan belajar. Takdenya nak siap, paling siap pun bila siap dibungkus. Begitulah secara naturalnya. Semalam aku tonton live fb seorang jurulandskap, selalu nampak dia up landskap yang sedang dalan proses di musim pkp ni.aku pun tanya “landskap dah siap ke bang”, sajalah soalan mukadimah sebelum aku sakat-sakat benda lain. Jawabnya, dalam kata-kata yang aku hadam, landskap mana pernah siap, pokok akan grow, dahan akan patah, ranting akan membentuk rantingan baru, sentiasa bergerak, its alive..let nature be as natural as it is. 


Yang penting, kita berada dalam kawalan dan kesedaran.











 Hampir aku melupakan, di suatu ketika tidak lama dahulu, kedai mamak adalah tempat aku menjalankan aktiviti sosial.


Ketika musim bola Euro dan Copa America sedang berlangsung skrg, menambahkan lagi berat rindu aku pada kedai mamak, berat yang kalau diletakkan di belakang badan gajah dia akan rebah serta-merta. Jika sekarang adalah normal bukan norma baharu, pastinya aku sudah menikmati beberapa perlawanan bola sepak di kedai mamak bersama-sama teh tiga layer dan nasi goreng cili padi. Kaw.


Kenangan yang manis tentulah ketika dapat duduk di port paling strategik iaitu depan skrin besar. Biasanya aku paling awal kalau hal tengok bola, sebab aku tak boleh tengok bola tapi nampak belakang badan atau kepala orang je. So kalau dapat view paling depan tu kiranya macam bayar tiket mahal la. 


Fasa yang tak manis lak, bila dah datang awal dapat port paling cun, pastu hujan pulak turun, berlarilah cari tempat berteduh, mamak pun tutup skrin besar dan terpaksalah tengok televisyen keciknya yang jauh di bucu sana, time tu mood dah lari jauh..dahlah nampak kecikk je, pastu biasalah astro kalau hujan mulalah dia buat perangai tergendala. Teh tarik 3 layer yang manis potong kaki tu pun terasa kelat dibuatnya.


Bestnya kedai mamak ni sebab vibe dia yang friendly dan menu yang pelbagai. Order je sampai, order je sampai. Makanan pun boleh customized ikut suka, nak cili lebih, nak ayam campur daging, nak milo campur laici, kau cakap je dia terus buat. Pastu pelayan dia selalu ke hulu ke hilir so senang nak tambah-tambah order..duduk kalau 2-3 jam memang kena tambah order, atas meja tu gelas dah bersporadik baru nak mintak bil.


Kalau kira tu, dia punya matematik pun bukan main pantas.Kalau meja tu 5-6 orang makan pun selamba je dia kira manual pakai mulut. Parapapapapap dapat angka, senafas dua je. Punyalah pantas dan menyakinkan, kalau  tanya harga-harga makanan semuanya meniti dihujung bibir. Ni mungkin masa kecik-kecik dah puas kena penampar dengan mak ayah dia masa belajar matematik sampai meleleh air hidung. Nak meragukan kewibawaan dia pun aku tak berani sebab kalau nak suruh aku kira aku kena bukak kalkulator kat henfon, jatuhlah air muka aku selaku pekerja di institusi kewangan. Cuma tu la.. kadang bila suruh dia kira sekali lagi dia jadi lain, kalau harga makin menurun tu takpelah tapi kalau makin menaik tu kau mintaklah resit kalau nak selamat. Kalau kat resit tetiba keluar lagi harga lain, kau amiklah tisu dia banyak-banyak sebagai tanda merusuh. 


Itu dulu lah, bila nak jumpa kawan-kawan dalam apa jua hal, by default lokasi perjumpaan mesti di kedai mamak yang berdekatan. Kadang mamak pun dah tahu aku nak order air apa, aku baru nak cakap “teh ais” dia dah cakap “teh ais”, memandai je, terus aku cakap “fresh orange” untuk tidak kelihatan cliche dan mudah dibaca. Sekarang ni social life aku banyak dihabiskan di sofa melayari media sosial. Itupun circle tak berapa meluas, adalah jugak sampudal-sampudal di group whatsapp dan facebook. Itupun ramai lelaki je la, yang gadis-gadis selalu mengamalkan penjarakan sosial dengan aku sebab berstatus suami orang, kesian kan aku. So bersosial dengan pokok je la di hujung minggu sambil menjadi suami semithali boleh. Jap nak basuh pinggan.






 Ketika era pandemik melanda, izikan aku tulis hal selainnya.


Sebelum ni, maknanya awal tahun ni aku ada beli sejenis lampu solar led uv ke apa-ntah untuk pokok. Lampu ni kononnya untuk memberi cahaya dan zat tambahan kepada pokok, terutamanya pokok yang indoor. Aku beli sebab nak bagi supplement lah kat pokok-pokok aku tu, sebab balkoni aku ni cahaya yang sampai tak berapa nak sampai, suam-suam air teh lepas dicicah biskut kosong.


Namun, sejak beberapa bukan yang lepas, aku dapati berlakunya perubahan yang ketara yang mana cahaya terik mula menerangi balkoni. Aku agak melonjak gembira melihatkan perubahan baharu ni. Memandangkan aku baru pindah ke rumah berbalkoni ni, akan suspek ada fasa-fasa musim panas dan musim redup. Dan sekarang adalah summer time gitu.


Walaubagaimanapun, setelah musim panas berlanjutan, wujud pula isu baru iaitu terlebih cahaya terik matahari. Kesannya mula tampak pada pokok-pokok aku yang melecur dan ada jugak yang arwah tak sebab bawak masuk ke rumah. Situasi ini agak membimbangkan aku. Maka aku pun membuat susunan baru, kedudukan pokok-pokok aku ubahsuai agar dapat melindungi pokok-pokok yang spesis tak tahan panas / tak boleh direct sunlight. Bila dah ubah-ubah tu, nampaklah ruang kekosongan yang ditinggalkan, nampak macam tak kena lah sebab pemandangannya tak seimbang.


Aku pun melalui fasa termenung dan mencari jawaban. Seperti selalunya, jawapannya aku jumpa di sebuah aplikasi magis, iaitu Shoppe. Aku jumpa beberapa jenis pokok yang tahan panas, untuk aku eksperimen dan simfonikan di ruang balkoni aku. Antara yang menjadi pilihan adalah seperti pokok loropetalum, althenanthera. oxmoxylum, croton dan pine. Pokok Pine ni pulak ada beberapa jenis, tapi aku tak kisahlah asalkan dapat dia jadi peredup kepada pokok-pokok lain dahlah.


Untuk makluman, balkoni aku tu sekangkang kera je jadi pokok-pokok tersebut pun aku beli yang anak-anak. Aku harap dorang serasi dan dapat dinaturalisasikan dengan kehidupan di balkoni kecil. Setakat hari ni nampaknya pine-pine macam okey, cuma yang macam loropetalum dan althenanthera tu melecur gak kena panas, harey betul.


Tapi tu la, bila tak cukup panas aku sampai beli lampu untuk pokok, bila dah terlebih panas terpaksa lak teduhkan, macam kehidupan la yang ada fasa-fasa. Kalau sekarang kita mengalami fasa kemarau, harap bertabah , bertahan dan terus lalui semampunya, sementara. Kita yakin hal ni sementara, segala hal pun sementara..hope for better future k.


Bila hal termenung pasal panas dah settle, sekarang aku dok termenung mencari inspirasi pulak untuk optimumkan ruang. Main pokok ni kena pakej dengan seni main ruang. Kalau nampak aku termenung sorang-sorang mata putih je mandang ke balkoni, tu jangan ingat aku tengah high gam gajah, itu dok seru idea dan inspirasi ruang dan peluang..nak bagi pokok-pokok hidup secara sinergi dan tidak merusuh ni kena modal dan banyak mikir. Setakat ni takde jawapan lagi, pastu tetiba macam minat adenium pulak, ah sudah

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home