Lepas graduate aku sempat berhibernasi selama beberapa bulan (tempoh masa yang tak berapa nak ingat dengan tepat), setelah merasa puas hidup sebagai pelajar dan kemudian jadi pengkritik drama melayu tak berlesen , aku mula cari cabaran baru.
Memandangkan semasa hibernasi tu aku kerap jugak pergi shopping mall menziarah kedai buku (kadang beli kadang ambil bau pun cukup), atau layan tengok wayang kalau ada cerita best, aku rasa ada heloknya juga kalau dapat kerja di shopping mall. Macam-macam ada di shopping mall..anjing dengan kucing pun aku nampak ada orang jual kat kedai Pet shopping mall.
Lagi pula dari pemerhatian aku shopping mall menyediakan banyak kemudahan untuk pengguna kerusi roda seperti tandas OKU dan parking OKU, maka setelah 2-3 kali nampak poster interview terbuka (walk in ), hati aku pun terbuka jugak untuk singgah dan bertanya satu dua perkara. Tapi aku tak walk in sebab kaki aku dah expired awal, aku roll in.
Temuduga yang cukup ringkas tak ada soalan sains seperti perubahan suhu bumi atau soalan tentang matrix of client’s satisfaction atau philosopy of business misalnya, kalau ada soalan yang deep-deep tentang human behavior aku dah bersedia dengan beberapa quotes dari ahli falsafah Aristotle,tapi memandangkan ini adalah jawatan kerani sahaja, soalan yang dikemukakan straigt forward seperi kemahiran menggunakan komputer.
Setakat burn CD, nak install game , atau dan download video dari youtube aku dah belajar dari Faiz Edzahar. Tapi aku takdelah cerita semua itu, aku beri jawapan standard la setakat software Bill Gates tu bolehlah tekan-tekan secara asasnya, kalau ada error yang bukan-bukan kau restart je PC abis cerita.
Lokasi tempat kerja pun tak jauh sangat dari rumah, mak dengan ayah aku akan hantar dan amik aku ikut availability masing-masing. Hari pertama sampai hari terakhir tak pernah lambat walau seminit, salah satu value yang aku belajar secara tak langsung dari rumah..tidak curang dengan masa.
Kerja di syarikat retail ni yang aku nampak job nature tak semua orang boleh tahan, bukan kerja yang popular di kalangan anak muda masakini kerana kena kerja 6 hari seminggu dan shif bertukar-tukar, memang gitulah kaedahnya. Kena ada minat dan kerajinan yang tidak berbelah bahagi juga untuk survive dan buat duit dalam bidang ni. Pada masa tu, kompas penunjuk arah aku lebih kepada mencari benih-benih inspirasi dan pengalaman.
Basically aku buat apa je yang supervisor atau exec aku suruh buat. Walaupun aku berada dalam department HR (training, hiring, kira gaji dan sebagainya) tapi sekali skala buat jugak kerja bahagian akaun, kadang-kadang turun jugak ke bahagian jualan ketika berlangsungnya promosi-promosi tertentu sebab pelanggan pada waktu tu berkerumun menyebabkan kakitangan tambahan diperlukan. Sebenarnya kalau disuruh sapu sampah pun aku akan sapu la, tapi lewat sikit lah siapnya.
Bila dah lama sikit buat kerja dalam pejabat, supervisor aku suruh pulak ikut dia interview orang untuk cari staff baru, sama ada untuk sementara atau yang nak kerja lama. Jadi ada jugaklah pengalaman menguruskan temuduga terbuka di pintu masuk shopping mall.
Secara ringkasnya kerja aku adalah buat muka yakin sikit, beri maklumat berkenaan kerja kosong yang ditawarkan dan bertanya soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat tentang calon. Technically tak begitu sukar, macam kita nak berkenalan dengan kawan baru, cuma kita tak tanyalah awak suka makan apa, awak dah ada boyfren ke belum.
Walaupun tak rumit, namun ianya mendebarkan juga lebih-lebih lagi bila yang datang tu adalah gadis-gadis lepasan SPM (yang comel). Kadang gadis-gadis ni cakap slow sampai aku tak dapat dengar, mendebarkan sebab aku pun suara tak berapa nak kuat jugak, kalau dah dua-dua berbisik ni nak kerja ke nak bercinta ntah. So aku kena betul-betul peka, kalau-kalau dia ada cakap i love you ke tu yang susah nak handle, tapi sayangnya memang takde, kebanyakkannya tanya pasal gaji.
Lepas lama-lama, supervisor aku pun suruh aku jaga kaunter interview sorang-sorang memandangkan kerja di pejabat pun bukan makin sikit ye tak. Aku tak kisah sebab seronok jugak sebenarnya kerja luar ni sekali skala. Boleh borak-borak dengan orang, kebetulan pulak skill borak-borak aku memang tak A..bolehlah praktis sikit. Tapi takdelah aku tanya soalan yang susah pada calon, ini untuk jawatan Pembantu jualan atau casual worker lah lebih kurang,
ini bukan jawatan gaji ribuan nak kena soal apa logik suami-isteri kena makan jarak-jarak kat restoran padahal kat rumah dah berguling macam filem hindustan.
Kalau calon berjantina lelaki aku cuba anggap macam kawan je bila temuduga, aku bukan nak test IQ EQ atau kemahiran berfikir secara kritis dan kritikal, secara peribadi pun aku rasa dorang lagi bagus-bagus daripada aku, temuduga ni sekadar nak sahkan kau sesuai atau tidak untuk bekerja di sana, macam job matching , nak discover apa yang sesuai..kalau kau suka masak maybe bahagian dapur ada kosong. Kalau kau suka bersukan, mungkin bahagian alat-alat sukan lebih menerujakan untuk bekerja cuma bergantung pada kekosongan la. Kalau lelaki badan sado-ado sikit maybe sesuai bahagian yang memerlukan untuk pikul barang..security pun boleh. Yang tahan stress dan kuat tenaga batin bolehlah jadi cashier..sebab jadi cashier yang duduk di kaunter, kalau customer tengah beratur panjang dan dan kau rasa nak terkencing kenalah kepit sekejap..terseksa batin tu.
Yang bestnya kerja shopping mall, kalau ada nak jumpa kawan misalnya, boleh suruh lepak kat shopping mall lepas abis waktu bekerja, mudah kan? Lepastu dalam tu ada karaoke dan wayang pulak, sebelum masuk shif sempatlah tengok movie kejap.
Kadang time kerja boleh terjumpa kawan-kawan sekolah yang datang nak beli barang. Pernah sekali masa aku tolong di bahagian jualan, tengah sibuk-sibuk chop voucher dan bungkus membungkus, terserempak pulak dengan dengan customer yang aku kenal.
Kan tadi aku dah kata aku tak pandai berborak, aku dah nampak perempuan tu beratur dengan perut sarat dalam barisan, bila sampai je giliran beliau aku pun tegur sapa beliau. “Dah berapa bulan?” tanya aku sekadar berbasa-basi, merujuk kepada kandungan beliau. Kau bayangkanlah, aku yang muka innocent, jujur dalam berkata-kata, nerd tak pandai menipu tanya soalan begitu.
Dia kata ‘mana ada’. Maksudnya tak pregnant pun. Kau bayangkanlah, aku yang muka innocent, jujur dalam berkata-kata, nerd tak pandai menipu, bayangkanlah pula perasaan beliau terhadap pertanyaan aku yang memang nampak serius tak bergurau.
Lepas tu aku rasa nak pergi break kejap, amik wuduk dan bertaubat, aku takut ada neraka khas untuk orang yang tersilap cakap macam aku.
Selain pengalaman hitam tu, takde apa sangat yang hitam. Kenangan yang baik aku simpan lah sampai bila-bila, rindu nak dengar tazkirah Encik Miki , rindu nak dengar kelakar supervisor aku yang jenis tegas tapi lembut hati jugak sebenarnya. Kalau dia marah-marah orang nanti lepastu dia sendiri akan kesian kat orang tu pulak. Kadang ada jugak dia mintak pendapat aku, laku jugak pendapat aku sebenarnya kan.
Selepas itu aku dapat panggilan kerja di tempat lain. Ironinya, sebagai insan yang tak reti bercakap sangat atau malas nak cakap, aku dapat tawaran kerja di call centre tempat orang yang kerjanya bercakap siang dan malam. Masa sekolah dulu pun cikgu aku masukkan nama aku untuk pertandingan berbahas, yang aku buat dont know je bila nama dipanggil. Lepas kahwin bini aku tak habis-habis ajak berbahas pasal kenapa minyak kereta cepat habis, nak balik kampung mana satu, boleh salam ke tak boleh salam masa hari raya, berapa duit yang cukup untuk membolehkan pergi travel.
5 comments:
Saya pernah kerja Tesco 3 hari je, berhenti. Tak mampu. huhu
Dulu penah juga jadi orang yang kena interview kemasukan staff baru. Yang kadang bergetar urat saraf bila orang yg kita interview tu lagi banyak experience dari kita dan dia cari kerja baru sebab nak demand gaji yang lagi tinggi. Walaupun masa tu aku dah level bos-bos, tahun bekerja aku dan pengalaman takde la banyak macam candidate tu. Aku pun tak faham kenapa dengan pengalaman yang banyak macam tu dia nak kerja dibawah seliaan aku. Jadi aku syak dia nak caras jawatan aku. Aku pun tak terima dia kerja. Kahkahkahkahkah... (Sebenarnya CEO aku kata gaji yang dia nak dah lebih dari sepatutnya yang company boleh offer) =P
kenapa tu..banyak nau ke kerjanya
tudiaaa haih level bos bos, patut dia kena humble dulu dan sorok kuku, dah confirm barulah caras jawatan kau,kahkah
You can certainly see your expertise in the paintings you write. The arena hopes for more passionate writers like you who aren’t afraid to mention how they believe. Always go after your heart. “Faith in the ability of a leader is of slight service unless it be united with faith in his justice.” by George Goethals.
24k gold price in pakistan
Post a Comment