Sedar tak sedar, dah nak masuk minggu ke-3 kita melalui tempoh perintah kawalan pergerakan. Walaupun berada dalam ancaman pandemik...dont panik lets piknik. Berikut adalah tempat-tempat pelancongan yang menjadi pilihan aku sempena cuti-cuti Malaysia kali ini.

-Presint Balkoni Sidai Baju
-Seksyen 16 de Sofa
-No 2 Jalan Dapur 
-Ruang Tamu Club House
-Bilik Tidur Rest House Semenyih
-Store Room Spa & Resort
-Pusat Rekreasi Car Park Panaskan Enjin Kereta



The truth doesnt glitter or shine, like my head.

Dari hari minggu pertama tempoh #stayathome lagi tengok ramai yang terlalu beriye-iye nau menghamun orang yang keluar rumah, asal ada peningkatan kes je itu je yang ditunding, walhal bukannya hari ni terdedah esok terus dijamin kes dilapor (yang ignore arahan tu mungkin dia membiak ke minggu hadapan , mohon dijauhkan), dia makan masa sampai ke 14 hari juga, makna kata peningkatan kes minggu pertama dan kedua yang dibising-bisingkan tu adalah rentetan dari sebelum kawalan pergerakan lagi ye tak.

Ini adalah sesuatu yang unik (in a bad way) dan kita semua sama-sama belajar.

Kemungkinan dari kluster rumah kahwin dan yang memang dah disebut-sebut kluster tabligh. Korang pun sebelum PM umum tu ada je pergi stadium, pergi makan kat shopping mall, pergi ngeteh, tengok wayang..kann. Aku pun risau jugak ni sebab rantaian makin panjang, dia punya domino efek memang hanat.

Lagi satu, biasa lah tu lelaki tak pandai sangat barang-barang dapur, kata saling melengkapi, duh. Perempuan pun bukan semua tahu sangat gear oil, minyak enjin,air filter, atau fuel filter kan. Tapi aku takdelah tak tahu sangat barangan dapur, beras kubis terung timun kunyit strawberry bawang merah bawang kecik cili tu semua tahu, cuma bila isteri order grocery yang diluar glosari hidup kau, jangan panik..jangan jatuhkan maruah kau sebagai lelaki untuk video call bagai..buat steady rock je..cakap je dah habis.



Berikut adalah senarai promosi order dan gemuk bersama kami :













Fasa pandemik Covid19 yang kita lalui sekarang, adalah baris-baris sejarah yang akan dibaca dikaji oleh generasi masa hadapan. Cabaran yang kita lalui akan kita ceritakan kepada anak muda 20 tahun akan datang, sama seperti orang zaman kemerdekaan dulu ceritakan sejarah kepada kita.   Zaman tanah kita dilanda tentera Jepun dulu, ada yang tak cukup makan, takut nak keluar rumah, kalau makan pun hasil beras yang disorok, atau seperti yang diulangcerita..makan ubi kayu.

Nanti anak muda 20-30 tahun tanya, dah tak boleh keluar , semua kena kuarantin, orang zaman 2020 makan apa? Kita pun jawab, order Grab dengan Foodpanda je, kalau bosan kami buat kopi Dalgano. Dan kami masih merasa sengsara. Sejak dari situ kami mula memahami jiwa panda yang dikurung di zoo negara, dan panda pun makan food panda.

Atau kalau diberi soalan yang lebih serius, pada tahun 2020, dunia dilanda wabak, spesis manusia menjadi taruhan, angka-angka yang dibaca dalam berita jam 8 makin hari makin menakutkan, para polis dan askar memantau pelosok negara, para jururawat dan doktor berperang di medan meraka, ada yang tewas namun ramai yang masih gagah dengan semangat tegak dalam diri, apa yang atuk buat pada masa tu?

Atuk pun menjawab...hmmm..atok kerja dari rumah, lepas tu abis kerja tak boleh keluar atok tengok Netflix, drama Korea. sampai dah bosan sangat atok main tiktok tengok nenek kamu tu haa. Atok pun dah tak berapa ingat, tapi ada jugak keluar cari rokok dan cari kari kepala ikan. Begitulah kisahnya kesengsaraan atok cu. 

Fasa ni kita akan lalui walau apa pun, lain orang lain medan perangnya, ada orang ‘stay at home’ adalah perkara mudah sebab rumahnya ada internet, aircond, peti ais, siling tak berlubang, stok makanan cukup, tapi kasut kita tak sama..itu je aku boleh cakap, walau apapun kita buat, pada masa bersejarah ini, mencuba resipi baru, bermain game tradisional, game ular-ular, buat live kat media sosial, mencuba posisi asmara baru, menulis berita tipu, menyebar cerita dongeng, borong roti Gardenia, mencuri sanitizer pejabat, meniaga mask, teringat pada crush, mengenang 2019 ataupun sekadar bernafas pegun, social distance pastikan terjaga...jangan bersesak sebab spesis kita kena kekal relevan untuk kita ceritakan pada anak muda 20-30 tahun akan datang. Light and dark. Hope and despair. Laughter and sadness...whatever it is...we stay human and hold on to humanity in today’s challenging time.


Introvert Menyelamatkan Dunia

Aku melihat diri aku sebagai seorang yang realistik secara puratanya. Mungkin ada kalanya agak pessimis, ada masanya lebih optimis, tapi tambah tolak tarik bahagi darab = realistik.

Untuk menjadi terlalu positif agak memualkan jugak, dos positif perlu ada juga pada level yang optimum, kalau berlebihan babi pun boleh terbang. Selalunya yang sentiasa positif ni adalah orang yang nak sesuatu, dia punya senyum dan susunan ayat dah boleh bukak kebun sebab penuh dengan bunga-bunga wangi. Pandemik yang melanda sekarang pun membuktikan tak semua perkara kita perlu positif. Kalau patut negatif, kita kena negatif.

Nak jadi negatif pun biar berpada, kena juga negatif kalau dah bosan bawak watak komedi romantik kan, kalau tak gelap kelam takkan boleh nampak pentingnya cahaya, cuma kalau nak jadi negatif yang tak tentu hala memang senang. Kalau orang cadangkan A, kita cakap B. Kalau orang cadangkan B, kita cakap A, gitu. Ini jenis negatif yang tak menyumbang tapi lebih kepada berbunyi sumbang. 

Yang penting sekarang..Duduk di rumah (jika tiada keperluan mendesak). Jadilah Introvert dan selamatkan dunia.




Penghantar Makanan Di Luar Sana

Selain daripada jururawat, doktor dan yang menjaga keselamatan sejagat, penghantar makanan seperti Grabfood pun boleh diletak sama tinggi seperti hero. 

Bagi yang bekerja di rumah terutamanya, yang order makanan di hujung jari sambil bersilang kaki, boleh kut consider giving a tip, secara tak langsung kerana mereka kita boleh bekerja di rumah dengan selesa.

Nak sedekah senyuman tak boleh sebab pakai mask, jadi ni adalah alternatif untuk menaikkan sedikit spirit.


Kawan ketika susah VS kawan ketika senang? 

Secara lumrahnya memang waktu kita senang , kita akan mempunyai ramai kawan disekeliling kita. Aku tak nampak apa masalah pasal tu, sebab bila kita senang secara tak langsung memang kita akan menjadi bertenaga, muka terpancar cahaya, gelombang positif bergetar dan apa salahnya orang lain meminjam aura dan mentaliti positif tu. 

Time susah kita pun tak sedar yang muka dah serupa singa mati anak pastu nak expect orang usap-usap kita macam kucing.

Apa aku nak cakap, sahabat ketika senang ni dah selalu dipandang serong. 

Kalau sahabat kau berjaya, mestilah nak meraikan atau berkongsi rasa tu ye tak, untuk membuatkan dia merasakan kejayaan tu kita angkat sebagai sesuatu yang kita salute. Bukannya bila kawan berjaya, kawan senang, kita tak amik peduli, memang sendiri pun nak berjaya sendiri pun mahu merasa , tapi bagi aku kawan yang baik dia akan berada di samping kawannya yang berjaya untuk sekurang-kurangnya mengangkat ibu jari.

Tak semua kawan yang datang time kita susah tujuaannya untuk menyenangkan kita, ada yang datang untuk menyenangkan hatinya bila melihat kita susah. Kat mulut mungkin “sabarlah, aku yakin kau boleh settle benda ni” tapi kita pun faham bahasa terjemahannya “selamat aku, sekurang-kurangnya aku tak jadi macam kau”. Mungkin kita boleh nampak batang hidungnya, tapi isi hati dan ekor panjangnya masih bergoyang-goyang merungkai rahsia alam.

Jadi, marilah kita meraikan kawan-kawan kita yang gembira ketika kita senang, kerana kawan yang tak gembira melihat kita senang adalah virus. Atau dalam erti kata lain, siapa yang tengah senang tu, marilah belanja air secawan ke, kambing bakar ke, order je pakai geabfood, jersi Liverpool ke, kan? Ataupun  belanja komoditi yang tengah panas dan into the scene sekarang - mask dan hamd sanitize.



Jangan menilai orang sekadar luaran?


Kalau kau sedang mencari kepastian, jangan memakai topeng sangka-sangkaan dan mencari jawapan di corak wajah aku. Lebih sahih kalau kita bersoal-jawab tanpa prejudis bagi mencerahkan mendungnya awan kelabu. 

Hubungan wajah aku dan emosi atau perasaan aku agak tidak linear. Mungkin masa aku kemalangan dulu ada wayar yang tertukar, ada internal algoritma yang dah tergodam, membuatkan aku (mungkin) tidak seperti setting original. 

Sebab tu aku prefer berada dalam mode 'mute' kalau orang lain tengah ada masalah atau sedang dilanda keresahan. Takut aku tersalah cakap yang dianggap kurang sensitif dan menyakiti pula hati orang, aduh.Mungkin niat aku lain, tapi terjemahannya barangkali di luar kawalan aku ye tak.

 Kalau aku tengah excited, mungkin muka aku tak nampak macam excited, tapi percayalah kalau aku cakap aku tengah excited tu maknanya aku tengah excited lah janganlah kau pertikaikan keexcitedtan aku okeh. Contohnya kalau ayah aku bagi duit belanja sekolah lebih, mestilah aku excited sebab aku akan gunakan duit tu untuk beli kaset OAG atau butterfinger, rocker dalam badan aku dah terlompat-lompat, tapi apa yang kau nampak dari luaran adalah muka seorang remaja yang seperti tiada spirit untuk meneruskan kancah hidup.

 Masa belajar di unibesiti dulu, time peperiksaan, bila bukak je kertas soalan, bila aku imbas soalan sekali lalu dapat soalan-soalan mengejut yang aku rasa macam tak dapat jawab, benda pertama yang aku buat adalah gelakkan soalan tu, lepas tu aku tersengih-sengih dah macam dapat sms dari crush kelas sebelah. Jenis muka tenang yang macam tahu semua jawapan padahal...sedang struggle memikirkan ranjau masa hadapan.

Lagi satu, muka aku macam muka orang banyak wang ke, sebab sejak dulu ramai yang nak pinjam kat aku wang, cuba kau bagitahu aku..muka ni ada macam muka anak Tan Sri ke, seriously aku tak punya banyak wang. Ada tu ada, tapi wang-wang tersebut dah pilih jalan dia sendiri. Wang-wang tersebut ada kaki dan kuat berlari. Ada juga yang ada sayap dan terbang tanpa aku sedari. Setahu aku muka aku macam Shafiq Kyle, itu betul.





TAHUKAH ANDA?

1. Jika anda parking motosikal anda sebegini rupa, anda akan mengganggu OKU penglihatan bergerak, atau lebih teruk menyebabkan OKU penglihatan terjatuh dan tercedera. Anda secara tidak langsung telah membuli sahabat OKU penglihatan dan sekaligus merencatkan pembangunan kemudahan awam yang inklusif kepada semua.
.



2. Jika anda parking motosikal anda sebegini rupa, anda akan menyebabkan pemandu OKU / penumpang oku berkerusi roda tidak dapat keluar atau masuk ke kereta. Anda akan menghilangkan fungsi kewujudan petak parking OKU dan sekaligus merencatkan pembangunan kemudahan awam yang inklusif kepada semua.



Kongsikan, jika anda mahu semua orang tahu tentang betapa signifikan hal ini kepada komuniti OKU.


Note: 
”Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.

Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat”
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home