Kawan ketika susah VS kawan ketika senang?
Secara lumrahnya memang waktu kita senang , kita akan mempunyai ramai kawan disekeliling kita. Aku tak nampak apa masalah pasal tu, sebab bila kita senang secara tak langsung memang kita akan menjadi bertenaga, muka terpancar cahaya, gelombang positif bergetar dan apa salahnya orang lain meminjam aura dan mentaliti positif tu.
Time susah kita pun tak sedar yang muka dah serupa singa mati anak pastu nak expect orang usap-usap kita macam kucing.
Apa aku nak cakap, sahabat ketika senang ni dah selalu dipandang serong.
Kalau sahabat kau berjaya, mestilah nak meraikan atau berkongsi rasa tu ye tak, untuk membuatkan dia merasakan kejayaan tu kita angkat sebagai sesuatu yang kita salute. Bukannya bila kawan berjaya, kawan senang, kita tak amik peduli, memang sendiri pun nak berjaya sendiri pun mahu merasa , tapi bagi aku kawan yang baik dia akan berada di samping kawannya yang berjaya untuk sekurang-kurangnya mengangkat ibu jari.
Tak semua kawan yang datang time kita susah tujuaannya untuk menyenangkan kita, ada yang datang untuk menyenangkan hatinya bila melihat kita susah. Kat mulut mungkin “sabarlah, aku yakin kau boleh settle benda ni” tapi kita pun faham bahasa terjemahannya “selamat aku, sekurang-kurangnya aku tak jadi macam kau”. Mungkin kita boleh nampak batang hidungnya, tapi isi hati dan ekor panjangnya masih bergoyang-goyang merungkai rahsia alam.
Jadi, marilah kita meraikan kawan-kawan kita yang gembira ketika kita senang, kerana kawan yang tak gembira melihat kita senang adalah virus. Atau dalam erti kata lain, siapa yang tengah senang tu, marilah belanja air secawan ke, kambing bakar ke, order je pakai geabfood, jersi Liverpool ke, kan? Ataupun belanja komoditi yang tengah panas dan into the scene sekarang - mask dan hamd sanitize.
0 comments:
Post a Comment