1. Why so serious? 

I believe people are definitely more easily offended today than in the past. 

Aku pun kadang menjadi tidak begitu aktif berterus-terang, dalam tindakan atau percakapan, bila berada dalam situasi atau persekitaran yang tidak kondusif, bukan saja tak open mind malah tak open heart, kerana tak semua orang berada dalam spektrum yang sama. 

Manusia semakin fragile, kalau orang lain post gambar makanan pun boleh sentap, belum lagi post gambar bercuti luar negara. Bila nak bercakap atau menulis post pun kena politically correct dan mengguna konotasi yang tidak menyinggung, kalau tersalah cakap sikit tercuit sikit boleh dituduh diskriminasi, sexisme, rasisme, kronisme, man utd dan kencing tikus. Penat jugak nak jaga hati, dah macam planet-planet semua berputar mengelilingi dia pulak.

Di media sosial pun semua orang nak berpendapat, itu sesuatu yang normal cuma yang tak sihat bila terlalu ber-reaksi dengan pendapat-pendapat yang tumbuh melata, sebenarnya tak perlu pun nak concern sangat pada setiap pendapat yang diutarakan, ada pendapat yang boleh dijadikan iktibar ada jugak pendapat yang boleh dibakulsampahkan atau dimanchesterunitedkan.Ops.

Seperti kata malique, risaukan perkara remeh kita takkan maju.Perempuan kalau jurujual panggil dia "akak" terus tarik muka, terus tak jadi nak beli barang , sangguplah pergi kedai lain sebab merasakan jurujual takde hak untuk panggil dia dengan panggilan akak. Padahal macam aku okey je kalau ada jurujual gegadis panggil aku "abang", dari taknak beli kadang-kadang rasa nak beli pulak kan.





Setibanya di pejabat, Abu sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Bak kata pepatah kuno, perahu masih di darat dayung sudah dihayun.  Pasti kita semua pernah merasa, atau lebih menyedihkan, masih merasa, masuk saja hari isnin, tanpa menjaga hati Selasa, Rabu dan Khamis, dia sudah tidak sabar-sabar mahukan hari jumaat. Ini tentunya satu hal yang tidak sihat dan merugikan, tapi bagi Abu, setelah kekalahan Manchester United tempoh hari, minggu ini pastinya bukan minggu yang tenang untuknya.

Dia terasa perit untuk bertentang mata dengan rakan-rakannya yang meminati bola sepak, selagi boleh Abu akan pura-pura sibuk di meja kerja, atau kalau terserempak dengan peminat bola terutamanya team musuh tradisi Liverpool..dia akan buat-buat seperti tergesa-gesa nak membuang air besar..ditekan-tekan perutnya seperti ada sembelit. Hendak memakai mask, jerebu pula sudah tiada. Trauma benar dia untuk meneruskan perjuangan dalam menyokong pasukan yang kian bernanah, pasti pahalanya besar kerana sabar dengan dugaan. 

 Di bawah Jurgen Klop, fans Liverpool telah berubah dari Doubters kepada Believers, begitulah hebatnya pesona seorang Klop. 

Kekalahan semalam sebenarnya tidaklah pahit mana, cuma apabila terlihat fan Liverpool dan Chelsea memandang dia seperti pandangan kasihan, seperti satu serangan saraf...cara mereka memandang, bercakap dan kadang tersenyum simpati , membuatkan dia rasa tersangat lemah. Itu lebih pahit daripada kekalahan semalam.

"Takpe..Manchester kalau dia dah dapat balik dia punya resepi, memang jadi lah..tunggu je nanti" kata dia cuba memaniskan suasana pahit.

Rakan-rakannya yang lain hanya membalas "He He He". He He saja sudah cukup mensayukan hatinya. Kalau hehehe tu nampaklah jugak jujur, tapi kalau he he ada space diantara he tu memang macam nganjing. 

Perasaan itu membuat dia teringat pada seorang kawannya Fendi (bukan nama sebenar). Fendi pernah berkata yang dia sebenarnya rasa lemah bila orang memandang kasihan kepada dia yang berkerusi roda, pandangan /imejan/ persepsi terhadap kekurangannya seolah olah, dengan kekurangan yang ada membuatkan hidup dia sudah berkecai, barai...sudah bolos 0-3 agregat..habislah hidup kau , walhal dia sedang sedaya upaya membina sesuatu, kadangkala Fendi akan terbeli dengan kasihan dan percaya kepada berantakan dan hopelesness, setelah bertahun-tahun imprint logika itu dalam fikiran, bukan perkara mudah untuk menukar doubt kepada believe, bukan mudah mahu menang 4-0 semula, membuatkannya sehingga kini amat pemalu berdepan dengan wanita.

"Tapi aku tengok kau sekarang macam elok je bercakap dengan wanita", soal dia kepada Fendi sedikit keliru.

" Apa rahsianya?" tanya dia sekali lagi apabila Fendi nampaknya sedang rajin bekerja.

Fendi memanggilnya rapat dan membisik rahsia ke telinganya "Sokonglah Liverpool! YNWA"

"Puihh..puihh.hakktuihh.." balas dia seperti dirasuki iblis betina. Memang pantang untuk dia mendengar ayat keramat YNWA, inikan pula bila dibisikkan dekat di telinga. Terasa seperti rohnya sudah separuh keluar dari jasad. 

Fendi sememang seorang melayu Liverpool yang tulen dan kacak. Berbeza dengan Abu yang menurut perkiraan dan kepercayaan butanya sendiri merupakan seorang Man United kacukan Sepanyol dan Korea. Muka Korea dia akan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, selalunya waktu dia sedang mengantuk akan keluar wajah lelaki Korea terakhir. Kawannya pun pernah berkata mukanya mirip pemain lagenda Man Utd Ji Sung Park kalau tak silap, sama ada Ji Sung Park atau penyepak, antara dua tu la bunyi macam sama je.

Darah Sepanyol pula biasanya akan muncul time bermain bola. Cara dia kendalikan bola tu memang tiki taka sangat, gerakan satu dua dan  hantaran pendek tepat memang langsung tak nampak kemelayuan, sekali pandang saling tak tumpah seperti Andre Iniesta. Sentuhan penyudah bukan saya nak membesar-besarkan cerita, tapi Raul Gonzalez pun nampak biasa-biasa kalau nak diperbandingkan. Tapi semua tu hanya dipersembahkan dalam FIFA 2019 sahaja, kalau di atas padang, biasanya letak modal takde kasut atau ada kenduri kahwin, pernah sekali kawan ajak main bola hari selasa pun diletak alasan kenduri kahwin..biasa yang kahwin hari selasa ni betul-betul urgent punya kahwin takleh tunggu hujung minggu.

Bola sepak adalah sukan yang menyatukan semua bangsa lalu dipecahkan kembali kepada kelab. Contohnya Ravi kaum Liverpool, Alif kaum Arsenal, ada masanya boleh bertukar kaum, season lepas dia Real Madrid tegar ,tiba-tiba season tu Ronaldo pindah Juve terus dia jadi kaum Juventus...ini spesis tumbuh-tumbuhan yang nama saintifiknya "lalalalalalang". Tapi atas semangat "change for the better", maka kita raikannya.

Oleh kerana kaum dalam IC sudah tiada erti dalam bola sepak, kadangkala Abu lupa kawannya adalah berbangsa India atau cina atau melayu atau inggeris, dalam kepala hanya ada polarasi dalam bentuk kelab bola sepak. Pernah sekali lepas makan tengahari dia ajak Ravi singgah di surau , dia pelik apesal Ravi termenung tak amik wuduk takkanlah Ravi period sebab Ravi kencing berdiri.

"Kadawalley.." kata Ravi. Terus membuat dia teringat bahawa Ravi seorang India sebab Kadawalley adalah bahasa India kalau tak silap Abu. 

Begitulah, meski di media terutamanya di televisyen dan FB kerap memaparkan betapa panasnya api perkauman yang melanda masyarakat, Abu masih belum merasa bahangnya lagi di kehidupan sebenar. Apa mungkin kehidupan di FB dan kehidupan yang kita lalui tiap-tiap hari adalah 2 kehidupan yang berbeza? Di FB amat menakutkan melihat perang siber berlangsung, sementara di kehidupan luar FB.. setiap bulan tak pernah miss, dia akan pergi ke kedai Arumugam Barber untuk menadah leher dan janggut untuk potong rambut /janggut, tak pernah sesaat dia merasa curiga dan sangsi tatkala pisau meniti di lehernya.

Setelah tepat jam 6 petang, Abu lekas-lekas mematikan laptop. Abu pandang kiri-kanan-kiri, dan dia berlari seperti Marcus Rashfod sedang berlari membuat serangan ke kubu lawan, yakni tergedek-gedek, perlahan-lahan dia cuba menyelinap mencari ruang di sebalik kesibukan pejabat, tidak kelihatan bayang-bayang bos beliau lalu dia pun mengangkat beg dan ...tiba-tiba.....



































.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home