Low expectation on life, sometimes.
Pernah dulu bila ada makwe bagitahu dia suka kat aku, aku pelik dan tanya apahal suka kat aku, mengapa dan kenapa, penuh dengan persoalan dan siasatan, sungguh besar dan lebar keraguan aku bahawa ada makwe yang minat kat aku. Sambil memandang cermin, aku pun bermonolog..Takkan lah aku ni natural beauty.
Bila aku buat jenaka dan orang gelak, aku jadik pelik sebab macam kelakar sangat pulak jenaka aku sampai ada yang gelak-gelak tak henti, aku rasa macam biasa je. Bila aku bayang balik jenaka aku andaikan dilakukan oleh orang lain, okeylah kelakar jugak kadang. Mungkin sebab tu muka berjenaka aku tak beza banyak daripada muka serius aku, ianya hanya dipisahkan satu garis halus dan diliputi kekacakan.
Yang paling tak boleh blah, pernah suatu ketika dulu bila mana hari gaji pun tiba, aku semak payslip, wah elaun prestasi aku dapat penuh boleh makan sedap ni, aku pun pergi call boss aku tanya apahal aku dapat penuh. Bos aku pun keliru apahal pagi-pagi buta orang belum siap sarapan aku dah call dia nak tanya dapat elaun, biasa orang call sebab tak dapat.
Lepas tu aku rasa macam bodoh.
1 comments:
Allah dah bagi pinjam tu.. syukur lah.. hahahaha.. :)
...
Post a Comment