Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi



Banyak tempat menarik yang I jumpa kat link https://www.traveloka.com/en-my/activities. Thanks to Traveloka Malaysia sebab bagi suggestion yang best-best. So, I decide untuk bercuti ke Pulau Langkawi! And salah satu tempat yang wajib dilawati ialah Underwater World.

Sampai je kat entrance Underwater World Langkawi korang pasti akan mula teruja untuk tahu apa yang ada di dalam bangunan putih ni. Dari luar, Underwater World Langkawi ni kelihatan biasa sahaja. Tapi apa yang menarik kat entrance Underwater World Langkawi tu ada diletakkan satu akuarium besar yang pasti akan buatkan korang semua seronok, teruja dan tak sabar nak masuk dalam tengok apa yang ada kat dalam pulak. Kalau korang nak tau, kat Underwater World Langkawi ni bukan spesis hidupan laut je ada tau. Macam-macam yang ada sebenarnya kat sini! Bila masuk je ke dalam, selain dari pelbagai spesis ikan air tawar, kita juga dapat melihat pelbagai spesis reptilia seperti “Leopard Gecko”, “Chinese Water Dragon”, “Indonesian Blue Tongued Skink”, “African Fat Tailed Gecko” dan pelbagai spesis ular kecil  yang dipamerkan kat dalam kotak-kotak kaca yang berasingan. Klau korang masuk ke dalam lagi, korang akan disajikan dengan satu suasana yang pasti akan memberikan satu pengalaman yang berbeza. Di seksyen Hutan Hujan Tropika ni korang akan menikmati sendiri  suasana seakan berada di tengah-tengah hutan hujan tropika yang mendamaikan. kat sini juga kita dapat tengok flamingo, burung pegar dan lain-lain. Best sangat!!


Yang paling manarik, kat Underwater World Langkawi ni ada penguin. Wahh! Bestnya gila.. Tak payah pegi jauh-jauh sampai ke luar negara untuk tengok penguin. Bila dapat tengok penguin ni korang mesti teruja gila.. Apatah lagi bila tengok telatah comel penguin jalan terkedek-kedek. Spesis penguin yang ada kat Underwater World Langkawi ni adalah ‘African Penguins’ dan diberi nama ‘Rockhopper penguins’. Mereka ni dipanggil rockhopper penguins sebab suka sangat melompat dari batu ke batu. Dari tempat penguin tu, korang boleh masuk pulak ke satu ruang pameran yang mempamerkan pelbagai jenis hidupan yang bercengkerang. Tapi kat sini semua yang dipamerkan tu tinggal cengkerang je.. Ada macam-macam jenis tau.. Ketam yang besar dari spesis ‘Giant Japanese Crab’ pun ada dipamerkan kat sini. Kalau korang nak tau, kat dalam Underwater World Langkawi ni, bukan ada pameran je tau. Korang juga boleh cuba juga tarikan dan aktiviti lain yang disediakan kat dalam. Yang paling penting, korang jangan lepaskan peluang untuk mencuba Typhoon Pavilion. Sebelum masuk tu korang semua akan diminta untuk pakai baju hujan pakai buang yang disediakan kat situ.


Operation Hours

Daily10:00 am - 06:00 pm 

School Holidays / Public Holidays09:30 am - 06:30 pm


Memang mendebarkan sangat pengalaman kat dalam tu. Dengan angin kencang, dengan gegarannya, dengan goncangan yang kalau tak berpegang kuat-kuat memang boleh buat tergolek pastu siap ada efek basah kena percikan air laut yang bergelora.
 Aduh! Memang boleh buat lemah lutut tau kat Typhoon Pavilion ni.
Memang satu pengalaman yang best dan mengujakan walaupun korang akan kebasahan. Satu lagi tarikan yang disediakan kat dalam Underwater World Langkawi ni adalah Lost World Tunnel. Sebelum memulakan pengembaraan dalam Lost World Tunnel tu setiap seorang akan diberikan belon panjang. Dah nak buat apa pulak dengan belon ni. Rupanya, bila sampai kat dalam tu, belon ni lah yang akan jadi penyelamat korang dari terlanggar cermin. Untuk masuk ke Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel ni bayaran berasingan akan dikenakan. Korang boleh dapatkan maklumat berkenaan bayaran di sana. Dari Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel, korang boleh explore Underwater World Langkawi ni lagi. Ada macam-macam lagi hidupan laut yang  korang boleh tengok. Dari sekecil-kecil hidupan laut sampailah spesis-spesis yang bersaiz besar.  Kat sini juga korang boleh tengok batu-batu karang laut yang cantik – cantik. Terus korang akan rasa seperti nak buat akuarium sendiri kat rumah. Hahaha.



Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (IATA: LGK, ICAO: WMKL), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Malaysia. Pilihan perkhidmatan pengangkutan awam adalah terhad di Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun anda boleh mencari teksi dengan mudah di kawasan Lapangan Terbang Langkawi dan sekitar kawasan tumpuan pelancong. Di samping itu, Grab kini juga boleh didapati di Pulau Langkawi. Cara terbaik untuk ke Underwater World Langkawi adalah dengan kereta atau motor sewa atau pun dengan menaiki teksi. 


Selamat bercuti 😉





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comments:

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.