Cerita Pendek : Cinta Swasta (Episod 0 )
Mastura sekarang menuju ke simpang empat, jalan ada dua lane dan lampu isyarat bertukar merah, Mastura pun perlahankan kereta untuk berhenti. Mastura jadi gelisah sebab tak pasti nak berhenti kat lane kiri ke lane kanan, kalau Mastura berhenti kat lane kiri nanti orang belakang ingat dia nak ke kiri, kalau berhenti kat lane kanan nanti orang belakang fikir dia nak ke kanan, padahal dia nak terus.
Mastura sebenarnya gelisah tak tentu pasal. Kau duduk je la mana-mana pun bukannya salah. Kau berhenti relak-relak dengar lagu kat radio dahlah settle. Kau kisahkan fikiran-fikiran orang memang hilanglah fokus nak maju terus. Orang lain nak ke kiri kanan biarlah, haluan berbeza tak kau pun tak menghalang ye tak.
Lampu hijau, Mastura pun tekan minyak terus ke arah rumahnya. Dia punya laju astagfirullah al azim. Sampai di rumah terus digapai remote televisyen, apa lagi yang mahu dikejarkan kalau bukan drama pukul 7 yang menjadi kesukaannya sejak 15 episod yang lalu. Hari ini adalah episod terakhir, Mastura menjangkakan Arif akan berkahwin dengan anak Dato Harun setelah Datin Shima insaf dan akhirnya merestui hubungan mereka (itupun setelah Rozana mengaku telah menipu dan memperdaya mereka, Rozana adalah gadis yang cuba merampas Arif dari anak Dato Harun).
Marah betul Mastura pada watak Datin Shima, dari awal episod 1 sampai episod 14 memang mengundang rasa cibai dalam diri Mastura. Ini sedikit sebanyak membuat tidur malam Mastura jadi tak tentu hala, pergi ofis pun sempat mengutuk watak fiksyen Datin Shima ketika dalam lif bersama rakan sepejabat, tak habis di lif biasanya akan bersambung di pantri. Memang perempuan kalau dah benci seseorang, dia akan selalu memikirkan orang yang dibenci di mana-mana sahaja, sebabnya dia membiarkan orang yang dibenci mengawal trafik fikirannya. Jammed kepala otak.
Bersiap siaga dan bersila Mastura menonton drama berjudul "Kasih Tak Terucap". Menonton drama melayu adalah tabiat kita yang antara sedar dengan tidak, mungkin menjadi gian kerana dapat melihat isu-isu kehidupan orang lain, menghayati spektrum emosi perubahan emosi orang lain, memarahkan silap dan salah orang lain, demi melepaskan otak kita dari memikirkan isu-isu berat kita sendiri. Malas nak memikirkan hutang piutang atau kerja tak pernah selesai di pejabat, maka terdorong lah melihat drama air mata orang lain di TV. "Real people pretending to be a fake people with made-up problems being watched by real people to forget their real problems."
Setelah episod akhir tamat, Mastura berasa terharu akhirnya hero dan heroin dapat bersatu seperti yang dijangka. Namun, tepat jam 8 ketika buletin utama mula bersiaran memapar tentang realiti/persepsi kehidupan hutang negara dan kepayahan masyarakat membeli rumah, hati Mastura jadi terdetik. Bukan kerana loan rumah dia tak lulus tapi terkenang pada drama cintanya pula yang masih belum ada hala tuju. Ah..sudah, dia teringat malam ni dia ada temujanji.
Setelah setahun memutuskan hubungan cinta kasih sayang dengan rakan sepejabatnya, Mastura rasa tak menyangka yang dia selesa dan bahagia seorang tanpa kekasih. Meski bibirnya bukan jenis tak lekang dengan senyuman namun di hatinya ada ketenangan iman. Bahagia seorang ni maknanya dia oklah kalau pergi wayang tengok filem yang dia suka seorang diri atau makan kat kedai yang dia suka pun seorang diri sambil tak membentak orang lain yang kalau ada kekasih serupa macam ada kembar siam.
Dalam frekuensi yang satu lagi, ketenangan itulah yang membuat Abu diam-diam suka pada Mastura. Abu menyewa di apartment yang sama dengan Mastura namun belum pernah sekali bersapa.
Abu selalu nampak Mastura lepak kedai makan kat bawah apartment mereka sorang-sorang, kadang jatuh hairan dan kesian bagaimana gadis elok dan boleh tahan macam Mastura boleh dibiarkan makan seorang diri, kadang terusik jugak hati kecil Abu nak menawar diri untuk meneman, namun mengenangkan dirinya yang tak seberapa, impian tulus Abu hanya dibiarkan berlalu. Ah, Abu ni pun bukan main, mentanglah Mastura tu elok nak kesian lah bagai, sebelum ni ramai jugak gadis lain makan sorang dia takde pun nak jatuh hukum kesian. Aku makan sorang-sorang pun Abu tak amik pedulitaik pun.
Meski kesian, tidak nampak sekelumit tanda mohon kasihan pada wajah Mastura. Yang ada hanyalah mutiara ketenangan, tenang di wajahnya membawa selautan tenang di hati Abu. Bagi Abu, makwe yang boleh steady duduk makan seorang ni menggambarkan jati diri yang kuat dan tidak dibuat-buat, tidak mudah fikirannya diadun orang lain dan yang paling penting bukan jenis mengikut trend demi pleasing orang sekeliling. Matahari terus bersinar meski bersendiri.
Abu pula, merupakan pemuda yang berpersonaliti biasa saja, kerja pun biasa saja, alhamdulilah berkat kerja rajin, loan untuk pakai MYVI berjaya lulus. Dari segi rupa paras memang biasa saja, nak kata gempal tu tidaklah, fit dan solid pun tidak, muka bolehlah seperti jejaka kebanyakkan, bolehlah, walaupun memang ada kurang sikit Abu ni dari segi muka, tapi kalau kau tekan-tekan aku lagi memang aku terpaksa jujur, pakej rupa memang takde budak Abu ni. Janganlah disuruh selfie, instagram pun better jangan main.
Nak dijadikan cerita, lepas Abu dah keluar Myvi baru minggu lepas, ada lah sikit modal nak buat motivasi diri menegur Mastura. Orang kata ada up sikitlah semangat tu setelah lama berjiranan. Dalam diri dia memang dia sedar yang cermin tak berapa ngam dengan spesifikasi muka dia, tapi sebagai lelaki berbintang Taurus yang tak punya apa-apa untuk dipersia dia kena jugak cuba menghulur salam perkenalan, apa yang nak jadi selepas itu tak menjadi isu, kurang-kurang dapat dijadikan pelajaran atau kenangan. Kalau Myvi boleh menaikkan semangat Abu untuk mencuba, siapalah kita untuk menidakkannya.
Maka, di level ground apartment, dah hampir sejam lelaki bernama Abu menunggu di sebalik pagar di tepian longkang sambil acah-acah menunggu seseorang (walaupun memang Abu menunggu seseorang dan peluang). Kebiasaannya dalam pukul 8 lepas drama memang time Mastura turun bawah ke gerai beli makanan, tapi hari itu tidak nampak bayangan pun. Lif dari tadi terbukak-tertutup-terbukak-tertutup namun tidak kunjungtiba Mastura yang dinanti. Aku pulak kesian tengok Abu.
Kalau nak diikutkan modus operandi Abu ni simple je, bila Mastura keluar je dari lif dan menuju ke gerai Tom Yam yang terletak 15 langkah seorang manusia dewasa dari apartment, Abu rancang nak buat-buat ambil barang dari kereta Myvi yang diparkir betul-betul di sebelah gerai Tom Yam, tujuannya nak bagi nampak yang Abu bukan lelaki Taurus yang tiada apa-apa untuk dimodalkan, Kalau Myvi boleh menaikkan imej kendiri Abu, siapalah kita untuk menidakkannya.
Dan dia akan duduk di meja sebelah Mastura (kononnya secara random) dan pesan makanan dan ketika bayar nanti dia akan bayarkan untuk Mastura sekali dengan alasan ada rezeki lebih sebab overtime, apa salahnya nak belanja. Senang je kan nak lakukan random kindness? Sedekah tu kan amalan yang dituntut agama. Kemudian kalau ada respon elok, segaris senyuman misalnya, Abu akan cuba berbual dengan bersahaja dan akhir sekali memberi kad nama beliau yang disitu terletaknya nombor telefon beliau untuk dihubungi. Mungkin bab sedekah tu Abu taknak sebut takut tertunggang agama kerana seorang makwe.
Pada logik Abu, bila Abu dah belanja Mastura, dengan ada nombor telefon di kad nama yang diberi secara bersahaja, kurang-kurang malam sikit dapatlah whatsapp thank you dari Mastura sebagai tanda appreciation, dari situ barulah Abu fikir nak ke mana. Aku nasihatkan Abu untuk mencatur gerak perlahan-laham, nak cepat-cepat pun nak pergi mana, bak kata para nasionalis hari ni kahwin takkan esok dah nak nampak kepala budak.
Tapi waktu menunggu Abu ni sebenarnya dah mengguris hati beliau, lama sangat pun boleh menjejaskan semangat beliau yang baru nak berakar.
Tiba-tiba seseorang menegur beliau dari belakang.
"Awak punya Myvi ke yang parking sebelah kedai tu?" tanya perempuan tersebut dengan nada seperti menahan geram.
" Eh..saya punya, baru keluar minggu lepas..eh maksud saya, Myvi tu saya punya, saya parking kat situ" jawab Abu.
" Ish..Awak tahu tak awak dah block kereta saya berapa lama, dari pukul berapa saya tunggu, banyak lagi tempat lain boleh parking kenapa situ jugak awak nak parking?!"
"Eh alamak.sorry, saya memang perlukan sangat parking kat situ , alamak, sorry cik..saya tak perasan"
"Lain kali, tinggalkan lah nombor telefon, senang orang nak call kalau apa-apa, aduhh...", perempuan yang marah-marah itu berpaling dan bergegas ke arah keretanya. "Cepatlah alihkann!" jerit beliau tanpa mahu membuang banyak masa lagi bercakap dengan Abu.
Abu mengekor dari belakang.
"Eh cik, maafkan saya tak tinggalkan nombor telefon, tadi saya memang nak tinggalkan dah tapi terlupa". Abu menampakkan wajah kesal.
Perempuan tersebut menutup pintu keretanya, dari tingkap yang dibuka dan suara yang sedikit lembut dari sebelumnya dia mendesak "Alihkan cepat".
"Ok.ok. Ni ada nombor telefon saya in case kalau..." Abu sempat menghulur kad nama beliau.
Tak sempat Abu mematikan ayat, Mastura membulatkan biji matanya dan separuh menjerit "Alihkan cepatt kereta!". Kad nama Abu disambut dan dicampak ke tempat duduk sebelah. Abu lari-lari anak kekagetan.
Dialihkan Myvinya ke tempat parking yang kosong sambil melihat Mastura memecut meninggalkannya. Perjalanan hidup memang seringkali berlaku tidak seperti dirancang, namun perkara yang tidak dirancang tidak pernah berlaku tanpa sebab. Mungkin Abu tidak hensem bersebab, meski pun jika diberi pilihan..aku yakin manusia akan tetap pilih untuk menjadi hensem tanpa sebab berbanding tak hensem dengan 1000 sebab sekalipun. Dengan 1001 alasan pun sukar untuk dinisbahkan kebarangkalian Mastura akan menghubungi Abu, melainkan Abu block kereta Mastura sekali lagi?
-----
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Abu tenang memikirkan Mastura tadi yang kemain lawa berjersi biru Perancis. Tiba-tiba datang bisikan halus untuk Abu menyokong Perancis. Terbayang di fikirannya kehebatan raja bola Zinedine Zidane membuat sepakan volley menerjah jaring. Tiba-tiba pasukan Perancis kelihatan sungguh mengujakan dengan Griezman di bahagian tengah bergandingan dengan Mbappe di bahagian kanan melakukan serangan bertubi-tubi ke arah gawang tanpa henti, sambil Ngolo Kante berlari kencang merampas bola lalu mengelecek berpusing-pusing di antara tiga pertahanan lawan. Di bahagian tempat penonton kelihatan Mastura bersorak "Alihkan keretaa...ale-ale kan kereta..ale-ale..." Cukup mengujakan. Tiba-tiba , satu notifikasi dari nombor yang tidak dikenali muncul di paparan telefon bimbit. Berdesup darah Abu naik ke kepala, lamunannya mati mengejut.
Assalamulaikum cik
RM 0.00 CONGRATULATION !
Your simcard mobile
phone anda telah berjaya menangi hadiah Cabutan bertuah menyambut hari ulang tahun HOTLINK MAXIS CENTRE YG ke 37..
RM.15,000,00..(15k)
Selaku pemenang ke 1
No siri cek (993701)
Untuk hindari penipuan sila layari webs kami
https://winnerhotlinkmegawin2018.blogspot.com
whatsapp penganjur untuk tebus hadiah
☎+60142813273
RM 0.00 CONGRATULATION !
Your simcard mobile
phone anda telah berjaya menangi hadiah Cabutan bertuah menyambut hari ulang tahun HOTLINK MAXIS CENTRE YG ke 37..
RM.15,000,00..(15k)
Selaku pemenang ke 1
No siri cek (993701)
Untuk hindari penipuan sila layari webs kami
https://winnerhotlinkmegawin2018.blogspot.com
whatsapp penganjur untuk tebus hadiah
☎+60142813273
"Pundek" balas Abu ringkas dan padat.
2 comments:
dah boleh buat novel ni.. tajuk pun menarik :)
Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blogwalking-mood-karyaku-paridah-ishak.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
Sekiranya anda memerlukan pinjaman segera, sila hubungi kami untuk mendapatkan deposit sebanyak 2% untuk semua jenis pinjaman;
SILA HUBUNGI KAMI VIA E-mel: capitalloanfinancier@gmail.com, ATAU WHATSAPP: 01126492306
Post a Comment