Main dahulu dan Menang kemudian - TRAVELOKA CNY CONTEST 2018!

Dalam pada bajet sedu-sedan, sempat jugak di hujung minggu lepas aku bercuti sekitar bandar hipstur iaitu Ipoh. Niat hati memang nak  santai di Lost World of Tambun, tapi apakan daya sepanjang berada di Ipoh waktu petangnya hujan turun tanpa belas. Tanpa terkesan dengan cuaca, kami pun menjadikan aktiviti makan dan makan lagi sebagai aturcara utama percutian awal tahun kami (menjadi slim bukan azam tahun baru).

Di sebalik kesibukan bekerja sekali skala memang kena santai supaya badan dapat rehat dan noda nista minda dirawat. Bekerja kuat, bercuti ligat. Namun, soal bajet  memang kena diambil perhatian supaya tak bergocoh di kemudian hari, bercuti biar tenang,jangan sampai berhutang. Ada banyak cara sebenarnya nak menjadikan impian bercuti menjadi kenyataan, meskipun bajet cukup-cukup makan.

Cara yang pertama, menerusi cabutan bertuah. Sekarang ni kalau pergi mana-mana event, event makan malam syarikat tempat anda bekerja atau pun marathon hujung minggu, mesti ada cabutan bertuah untuk memeriahkan program. Maka, korang ikutilah program sampai habis supaya tuah anda tidak tersalah alamat. Korang janganlah target hadiah tupperware, hadiah percutian ke luar negara lah baru berbaloi.

Kedua, belajar dengan tekun sampai dapat biasiswa ke menara gading di luar negara. Kalau boleh menara gading tu biarlah di Australia atau negara-negara Eropah. Selalu aku dengar pelajar Malaysia yang belajar di Eropah, sambil belajar tu dorang sempat mengutip pengalaman melancong di sekitar Eropah, siap buat buku / video travel log lagi. Tapi untuk melancong guna cara ni, otak kena geliga dulu la.

Ketiga, jadi pramugari atau pramugara. Yang ni memang kena dengan nature of the job, anda akan melawati ke bandar atau pusat percutian ke seluruh negara bahkan dunia, ambil lah peluang tu untuk bercuti jugak ye tak. Tapi yang ni kena kerja jugaklah, sempat lagi nak tukar profesion? Kalau tak sempat boleh skip ke point seterusnya.

Kalau bertuah memang tak, belajar tak berapa, nak kerja pramugari pulak tak cukup sentimeter, ada lagi satu cara ni untuk bercuti secara percuma, iaitu bermain game. Yelah, main game pakai telefon bimbit pun boleh membawa anda melancong ke luar negara. Kalau tak percaya boleh tanya TRAVELOKA.



Aku dah tanya, katanya memang betul. Menerusi TRAVELOKA Fly & Win CNY Contest, anda boleh main dan menang.

Selepas anda mengetahui terma dan syarat, boleh teruskan dengan permainannnya. Aku dah cuba main, kena kawal kapal terbang supaya tidak jatuh sambil kutip sebanyak mungkin ampaw tahun baru  cina.  Bagi sahabat handai yang dulu time raya pagi sampai ke malam mengutip duit raya di kejiranan, permainan ini memang untuk anda.  Mudah kan, hanya perlu kemahiran tap tap dan tap lagi. 





Sambil tu kena ada fokus dan fikiran yang waras jugak. Jangan semua benda kau nak langgar. Bagi aku yang berjiwa pilot ni lainlah, kecekapan dan kehandalan mengemudi memang dah jadi darah daging. Lepas kutip markah tu dikehendaki post di Facebook untuk memenangi pakej percutian yang bukan main-main. Lihat gambar di bawah:


  1. Grand Finale prize 6 hari 5 mlm di Seoul ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  2. 1st runner up 5 hari 4 malam di Phuket ( Flight & accommodation untuk 2 orang)
  3. 2nd runner up 4 hari 3 malam di langkawi ( Flight & accommodation untuk 2 orang)

Juga..

2 baucher traveloka yang bernilai RM1000 untuk 2 orang

Hadiah-hadiah ni memang sesuai untuk aku sepatutnya, sebab semua tempat-tempat tu aku tak pergi lagi kecuali Langkawi.

Sebenarnya boleh main banyak kali, sampai kalau dah kejung jari, boleh upah orang lain untuk mainkan supaya dapat markah tinggi. Korang tak payah tanyalah markah aku berapa, malaslah nak bersikap riak kat sini. Korang cuba main dulu permainan kapal terbang tu kalau nak melancong ke luar negara. Kalau markah sikit aku cuma boleh kesian je la, kalau markah banyak dan dapat ke luar negara, pesan aku cuma satu je iaitu belikan lah aku buah tangan sikit bila pulang ke Malaysia, please.

Pertandingan ini berlangsung dari 22 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018. Sila rujuk web TRAVELOKA untuk maklumat lanjut demi merealisasikan percutian-percutian gempak anda pada masa hadapan. Dan jangan lupa buah tangan.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

Ana Suhana said...

Kak ana main xlebih dr 100 markah. Acaber nk g seoul secara percuma tu?? Huhu. Good luck to those yg main tu. Kak ana nk praktis lagi ni.

Zhi said...

Terima kasih untuk info,
Nak try lah .. !

Hans Hanis said...

stress main game nih
paling tinggi dapat 100 markah jer
hahaha

Joseph said...

Halo, saya Chan Lee, kini tinggal di Sydney Australia. Saya seorang ibu tunggal pada masa ini dengan Empat kanak-kanak dan saya terjebak dalam keadaan kewangan pada Mei 2016 dan saya perlu membiayai semula dan membayar bil saya. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya, dan kebanyakan bank menolak kredit saya. Tetapi seperti yang Allah akan memilikinya, saya diperkenalkan kepada seorang wanita Tuhan pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberi saya pinjaman sebanyak 850,000.00 USD dan hari ini adalah pemilik perniagaan dan anak-anak saya melakukan yang baik pada masa ini, jika anda mesti menghubungi mana-mana firma dengan rujukan untuk mendapatkan pinjaman tanpa cagaran, tiada pemeriksaan kredit, penanda bersama dengan kadar faedah hanya 2% dan pelan dan jadual pembayaran yang lebih baik, sila hubungi Puan Zhang Xin (Zhangxinloancompanyasians@gmail.com). Dia tidak tahu bahawa saya melakukan ini tetapi saya sangat gembira sekarang dan saya memutuskan untuk memberitahu orang ramai tentang firma pinjamannya dan saya juga mahu Tuhan memberkati dia. Anda boleh menghubungi beliau melalui e-melnya: (Zhangxinloancompanyasians@gmail.com)

Joseph said...

Hello, I am Chan Lee, currently living in Sydney Australia. I am a single parent at the moment with Four kids and i was stuck in a financial situation in May 2016 and i needed to refinance and pay my bills. I tried seeking loans from various loan firms both private and corporate but never with success, and most banks declined my credit. But as God would have it, I was introduced to a woman of God a private loan lender who gave me a loan of 850,000.00 USD and today am a business owner and my kids are doing well at the moment, if you must contact any firm with reference to securing a loan without collateral , no credit check, no co signer with just 2% interest rate and better repayment plans and schedule, please contact Mrs Zhang Xin ( Zhangxinloancompanyasians@gmail.com ) . She doesn't know that am doing this but am so happy now and i decided to let people know more about her loan firm and also i want God to bless her more. You can contact her through his email: ( Zhangxinloancompanyasians@gmail.com )