Sonata Musim Sejuk

Menerusi pembacaan blog secara rambang, aku dapat perhati, sesetengah orang memang punyai bakat menulis secara semulajadi. Dia tulis dengan spontan tentang apa isu pun, waima sekecil-kecil isu tetap menarik dan men-jadi, kalau dibaca ada rhythm. Aku senada dengan Murakami, penulisan sama jugak dengan konserto, ada rhythm maka pesona pengalirannya jadi lebih mudah sampai dan diikut tanpa mendesak.

Ada sesetengah pula, bakat menulis memang tiada, kalau ada pun sedikit. Namun, kerana usaha untuk belajar teknik dan cara penyampaian, praktis, maka hasil penulisannya jadi baik atau sangat baik. Ada juga, yang berusaha dengan gigih namun masih belum mencecah tahap yang diingini. Ditekan-tekan pun tetap tak boleh pergi, boleh jadi ada kelopongan di mana-mana segi yang terlepas pandang. Tapi aku percaya, lama kelamaan akan jadi mudah dan bertemu dengan rhythm bila terus praktis. Aku lainlah, aku cliche.

Jim Rohn ada beritahu aku, benda kalau tak praktis pun serupa tak payah ada, itulah yang dia cakap tentang talent. Sebenarnya, bukan talent atau bakat sahaja,  semangat pun kalau tak diapi-apikan manakan datang maraknya, cita-cita kalau tidak diapa-apakannya apalah motifnya kewujudan, kepercayaan kalau tak didalami takkan boleh menyerap ke tulang-temulang, katanya..guna sepenuhnya yang kita ada, asalkan ada, tak kiralah yang ada tu hanya sekelumit pun guna juga. 

Lumrahnya memang begitu, secara saintifiknya pun gitu , kalau kau mengadu kat doktor kau mudah letih, doktor suruh kau bersenam. Otot lagi banyak diguna, lagi kuat jadinya. Kalau tak percaya, tahun 2018 ni cuba buat apa kerja pun kau pakai tangan kiri, angkat baju tangan kiri, baling bola bowling tangan kiri, lempang polis tangan kiri, kecam artis pakai tangan kiri, masuk 2019 aku boleh jamin tangam kiri kau akan lebih kuat dan berotot dari tangan kanan kau.

Otak pun aku kira-kira sama jugaklah kaedahnya. Orang pintar biasanya orang yang berfikir dan selalu recycle sel-sel otak, bukan yang selalu simpan otak kat rumah tidak secara literal. Senang cerita camnila, kau beli nasi lemak ayam berempah pastu kau letak ke bawah tudung saji sampai lusa, basilah woi. Padahal, nasi lemak tu kalau dijamah tentu dapat hasilkan tenaga dan kebahagiaan dalam kekeyangan. Makanlah.

Apa-apapun kena berpada-pada pada tempatnya. Terlebih guna otot atau otak pun boleh jammed. Yang penting kena berotak baru boleh berontak.

Korang apa khabar? Dengar cerita kemain seronok duduk Malaysia yang sejuk ni, dah macam bercuti kat Eropah katanya, bukan cuaca je Eropah..wajah aku turut terkesan, dah macam lelaki Eropah pulak aku tengok, aku pun tanyakan pada kawan aku macam mana nak bendung situasi ni dari terus berlaku sebab aku tengok wajah dia masih kekal Asia, susah jugak dia nak jawab.

Mengenangkan kesejukkan yang melanda, aku teringat pada kereta pertama aku yang mendiam di perkarangan rumah, yang  kian lama tak dihidupkan. Aku capai kunci dan hidupkan enjin kereta, dia tak mahu. Rhythm langsung takde. Maka betul lah kata Jim Rohn.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

Anonymous said...

huhuhu.

semoga musim sejuk di malaysia hanya sementara.

Zhi said...

Nak menulis selalu tak dapat Rhythm. Sebab tu dalam draft banyak yang bersusun.

Harap musim sejuk ni berkekalan, tapi kalau boleh nak request cahaya matahari macam biasa dan bukan kelam begini.

Sedih melihatnya.

Tc.

Unknown said...

saya rasa saya punya penulisan makin hari makin baik..tak kisah la kalau orang kata.."tak pun.." tapi kita yang tulis..kan?kita boleh rasa sendiri..

Macam tangan kita la juga..cuma kita je yang tau tangan kiri kita makin kuat ke tidak lepas setahun guna tangan kiri..

Fnd Rocka said...

iyelah, aku nak balik wajah Asia aku

Fnd Rocka said...

samalah, bila dah dapat rhythm..masa pulak takde, bila ada masa, lupa plak rhythm. begitulah seterusnya.

Fnd Rocka said...

tahniah

lelaki bawah tanah said...

betul bro.. masih lg mencari rhythm. selama ni main solo jek.