Reviu pendek filem-filem 2016 (Episod 2)

The Magnificent Seven

Filem ni aku berani layan sebab ada Denzel Washington, terus terang cakap. Tak pernahlah aku tengok filem Denzel yang sia-sia membakar duit. Denzel ni kalau tiba-tiba keluar filem tajuk 'Mesin Basuh LG 2.5' atau '123 ABC' pun aku cenderung untuk beli tiket tanpa perlu selidik sinopsis terlebih dahulu. Punyalah yakin dengan Denzel. 

Seperti yang dijangka, filem ni tak mengecewakan, walau ada beberapa babak yang agak superhero sebagai seorang manusia biasa, tapi masih boleh terima tanpa paksa. Jenaka-jenaka dari Chriss Pratt pun aku dapat terima dengan senangnya. Mengisahkan tentang perpaduan dalam menentang kezaliman (serta mempertahankan kedaulatan), 7 orang perwira (dan penjenayah) dikumpulkan bagi melawan pentadbir yang berkuasa (kejam). Secara keseluruhannya filem ini ada gaya dan membawa satu keberanian. Bak kata Jack Horne dalam filem ini: Though I walk through the valley of the shadow of death, I will have no fear! 



Jack Reacher: Never Go Back



Satu lagi filem aksi lakonan Tom Cruise, filem Jack Reacher yang kedua ni adalah kesinambungan yang tidak banyak berkembang dari yang terdahulu, malah jalan ceritanya juga agak klise seperti filem-filem aksi yang memaparkan kisah kehidupan bekas tentera yang punyai skill bertempur tahap gaban.

Filem ini bagaimanapun masih lagi mampu hidup tanpa segan  kerana adanya Tom. Tom kalau nak terus buat duit mudah dengan berlakon memang kena pegang watak jadi tentera bersara lah kut kerana faktor usia, muka pun dah nampak kedutan. Seperti biasa, Tom kali ni terperangkap dalam konspirasi dalaman military, lebih kurang sama kes dengan watak yang dilakonkan dalam Mission Imposible. Sebagai seoarang yang mengikuti banyak filem beliau, teringin juga nak tengok Tom bawak watak yang tak klise seperti selalunya, jadi abang cleaner yang kehilangan penyapu dan mop ke? Lelaki pelabur ASB ke?


The Jungle Book


Amat jarang aku tengok filem animasi kat wayang, nasib baiklah filem ni tak buat aku menyesal. Naratif yang mudah dan ringkas. Mengisahkan tentang budak bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala di hutan, lakonan Neel Sethi sabagai Mowgli bagi aku cukup baik dan comel dalam menonjolkan sisi seorang manusia yang hidup sebagai serigala. Sesuai dengan kumpulan sasarannya, filem ini meninggalkan penonton dengan moral dan pengajaran yang tidak kompleks, iaitu manusia boleh menjadi khalifah untuk memelihara alam atau menjadi pendosa dengan memusnahkannya. Satu perjalanan visual yang menyenangkan.

Tadi aku tengok drama waktu maghrib, bukan main Pak Samad jerkah bini dia kaw-kaw, ini bukan jerkah suara semata, tapi isi yang terkandung dalam jerkahan dia tu seakan menyucuk-nyucuk, ini barulah sedap tengok drama ye dak. Di dalam Pak Samad, aku dapat lihat diri aku. (Dramatik tak?)

Reviu pendek filem-filem 2016 ( Secara Jamak )


Hanyut


Filem hanyut ni dah bertahun-tahun hanyut,aku sempat tengok filem ni di 1 Borneo semasa aku melampiaskan cuti di Sabah. Tak pasti sama ada filem ini memang kurang mendapat sambutan atau orang Sabah memang tak layan wayang sangat, sebab dalam panggung ada 5 orang je termasuk aku. Sebelum filem ni, aku hanya bepeluang menonton sebuah lagi filem U-Weii bertajuk Buai Laju-laju yang nyata tidak mengecewakan. Kali ni, secara luar sedar aku telah meletakkan harapan yang tinggi pada hanyut, selain kerana nama besar pengarahnya, kosnya juga menelan belanja bukan sejuta dua tiga juta, lebih! Visually, filem ni ke depan berbanding filem tempatan lain, namun apa yang lebihnya filem ini, seperti juga filem buai laju-laju, naratifnya mengujakan. Ada sedikit unsur suspen dan teka-teki. Lakonan Peter O'Brian sebagai Almayer aku bagi 5 bintang, susah nak cakap kalau ada pelakon lelaki tempatan yang paling dekat dengan kualiti yang beliau tunjukkan. Filem ni akan beri lebih kepuasan sekiranya anda terus menikmati ia tanpa peduli pada kos peberbitannya.


The Fallen


Filem ni sebenarnya tiada dalam perancangan aku, kalau dilihat pada trailer pun aku kurang minat. Apapun, kerana timing tak berapa kena untuk menonton filem lain, Maka The Fallen jadi pilihan yang tidak direstui sangat. Secara keseluruhannya, filem ni menghampakan. Lakonan macam tak berapa sampai, jalan cerita  memang tak kemas dan tak menyakinkan. Awal lagi aku dah boleh agak filem ni suam-suam, sebab tu sebelum beli tiket tu aku sekadar tanya "Heroin dia sapa, ok tak?". Sebab expectation aku pun tak tinggi mana.


Doctor Strange


Filem Doctor Strange ni awalnya aku rancang nak tengok pukul 12am, aku pun belilah tiket secara atas talian kemudian 11:45pm aku dah berada di depan wayang. Lepas aku collect tiket, rupa-rupanya filem tu main esoknya pukul 12pm / 12 tengahari, ah buat hal betul lah, terpaksa datang balik esok, jahanam..jahanam. Filem ni alhamdulilah tak rugi masa dan tenaga walaupun kena datang dua kali. Mengisahkan tentang seorang Doktor bernama Strange, yang pakar dalam bidangnya, begitu angkuh pada kehebatan diri sehinggalah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Sebagai seorang doktor pakar, Dr Strange hanya percaya 100% pada sains menerusi bidang yang dikuasainya, tidak pernah beliau menyangka begitu banyak ilmu yang bukan dalam pengetahuannya. Kat situ ada unsur spritual, magis dan kerohaniaan yang banyak dilepas pandang oleh perubatan barat. Aksi-aksi dalam filem ini tidak terlalu ganas, para penjahat pun tidak terlalu menakutkan, dari segi jalan cerita pula dia punya kompleks tidaklah seperti Inception, magis pula tidaklah sepenuhnya seperti Harry Potter, namun secara keseluruhan merupakan filem yang menghiburkan tanpa kelihatan dangkal. Layan.


The Warriors Gate


Secara ringkasnya menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tidak semena-mena diberi tanggungjawab menjaga seorang puteri raja, bila puteri raja terlepas ke tangan orang jahat, lalu remaja tersebut tak semena-mena perlu menyelamatkannya pula. Ada unsur cinta remaja sedikit tapi tidak keterlaluan.Sebuah filem yang menhiburkan, jalan cerita dan perkembangan watak yang kemas. Cuma bila dah terlalu kemas terasa macam tadika kemas sedikit. Sangat sesuai untuk tontonan musim cuti sekolah. Naratif yang mudah, tidak terlalu mencabar seorang penonton. Menghiburkan, heroin tidak terlalu letup, tapi bolehlah. 


Suicide Squad



Hal yang meninggalkan kesan melalui filem in iadalah watak Joker dan Harley Quinn. Joker ni memang peminat filem Batman / Dark Knight macam aku dah mengikuti serba-serbi paparan wataknya, bila muncul pula Harley Quinn rasa macam ada sesuatu yang baru di skrin, ada perkembangan sedikit berbanding watak-watak Joker yang aku kenali sebelum ini. Selain dari itu, Suicide Squad tidak mengewakan meskipun tidaklah begitu hebat untuk diletakkan sebagai all time favourite. 


The Girl On The Train


Commuter Rachel Watson (Emily Blunt) catches daily glimpses of a seemingly perfect couple, Scott and Megan, from the window of her train. One day, Watson witnesses something shocking unfold in the backyard of the strangers' home. Rachel tells the authorities what she thinks she saw after learning that Megan is now missing and feared dead. Unable to trust her own memory, the troubled woman begins her own investigation, while police suspect that Rachel may have crossed a dangerous line. Penceritaan yang agak meleret, berjaya mengelirukan dan sedikit memeningkan. Twist yang agak baik juga. Berbaloi jugak menyaksikan pergolakan watak utama filem ini Rachel Watson dalam menyelesaikan petembungan kehidupan masa lampau beliau dan masa sekarang. Pada suatu ketika, penonton tidak tahu yang masa satu benar dan yang mana satu palsu. Apabila menonton filem ini teringat pula pada filem Gone Girl (yang ni terbaik).


Rock Bro! - Kembali Ke Pangkal Jalan


Rock Bro meneruskan pengembaraan Rimba Bara, sama seperti filem terdahulu, kali ini Mamat Khalid mengolah dan memberi pengakhiran yang selayaknya kepada kisah pahit maung sekumpulan rocker memperjuangkan muzik rock. Tidak banyak yang baharu nmelainkan kesinambungan dari filem terdahulu, cuma cerita dan olahan pergi lebih dalam dan meninggalkan kesan kepada emosi penonton. Aku sememangnya ada soft spot dengan filem Mamat Khalid kerana kemelayuaannya. Filem ini meski tidak mensasarkan kepada sebarang anugerah, namun trilogi Rock ni berjaya sebenarnya merekod sedikit sebanyak kegemilangan zaman rock melayu yang kemudiaanya beransur-ansur goyang dibawa gelombang hip-hop sebagaimana diparodikan melalui Zul Kapan yang beralih arah. Ditunjukkan juga bagaimana masyarakat kita yang tidak menghargai bakat tempatan, semua nak percuma, kalau tengok konsert pun sanggup panjat pokok daripada beli tiket walaupun ditawar tiket pada harga rendah, mungkin budaya begini yang membuat Yuna lebih berjaya di luar, atau kalau Kurt Cobain lahir kat Malaysia beliau takkan jadi siapa-siapa dengan bakat yang tidak diraikan.





Aku tak reti nak jawab macam mana. Bila perempuan kegemaran aku mempersoalkan kewajaran aku bercakap dengan bertatasusila setiap kali menghubungi talian hotline tak kira TM, Maxis, mana-mana bank, pizza, kfc atau nombor kereta sewa, homestay lebih-lebih lagi masa nak buat komplen lah. Contohnya, apa perlu mengucap sejahtera kepada pihak yang kita tak puas hati.Aku tak berapa nak yakin macam mana nak jawab dengan jaya.

Pada aku, setiap orang tak kira siapapun, aku akan dahulukan respek sewajarnya atau selayaknya, kemudian-kemudian tu kita cerita kemudian, tapi aku dahulukan respek. Yang aku perasan selalu, orang memang akan beri respek, malah lebih dari itu, ada yang beri sanjungan dan segala kemanisan kepada orang lain, tapi hanya bila mana orang yang dituju itu ada kapasiti untuk membalasnya. Bak kata orang, baik ada makna lah.

Hal ni kita selalu lihat berlaku di tempat kerja misalnya, dengan bos cakap kemain berjaga-jaga tutur kata, senyum tak lekang,kalau boleh cium tangan bos memang sampai siku dia cium, almaklumlah bos berada dalam kapasiti untuk menentukan prestasi kita ye dak. Atau bila bercakap dengan pelanggan, bukan main harum manis bak bunga di taman syurga firdausi, tapi bila bercakap dengan bukan pelanggan yang tak memberi apa-apa pulangan kat dia memang macam lahanat bahasanya. Hal ni jangan kita buat macam baru pertama kali dengar, hal ni adalah perkara biasa, rutin dan tak payah nak bajet inesen sangat ye dak.

Sebab tu, orang kata, kalau nak cari isteri atau suami, perhatikan masa dia nak order makanan, ada betulnya jugak ye tak. Kalau dengan kau dia punya manis sampai diabetes, tapi dengan pelayan kedai yang kononnya dia bayar gajinya dilayan tak sewajarnya, memang kena faham balik lah beza konsep respek orang dan bodek orang. 

Teringat pada kisah seorang yang aku follow kat facebook, beliau mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ni dengan sebuah kereta,  meskipun beliau tahu kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemandu yang lagi satu, beliau tetap turun dari kereta dan dengan tenang menghulur tangan mendahulukan salam kepada pemandu tersebut yang mulutnya berbau arak. Malangnya salamnya ditepis. Orang lain mempersoalkan, apa wajarnya dia nak bersalaman pulak dalam keadaan genting, mungkn maki hamun lebih wajar kan. Kenapa tak marah pun kat orang tu? Lelaki separuh abad tu jawab:

"Papa, orang Melayu. Budaya balairong seri. Hulur tangan. Apabila dia tidak sambut salam dan bau nafasnya dapat papa hidu, tahu lah papa keadaan dia. Apabila papa marah marah juga, apa bezanya papa yang waras dengan dia yang mabuk"




Demikianlah kehidupan, katanya.

begitu banyak jejak langkah,
melukiskan garis peristiwa,
hingga menterjemah isi hati,
menjadi sesukar memindah samudera,
biar kadang arus bergetar di tengah riuh dunia,
tiada sedetik hati meredup tanpa syukur pada kurnia.
Kembali ke KL - Kota Metropolitan. Tempat bersalaman dam bercakaran.

Aku sampai di KLIA lebih kurang jam 3 petang , aku naik transit terus ke KLIA2 untuk menanti yang lain, kami berbeza pesawat dan waktu penerbangan.

Di KLIA2 aku bercadang untuk bersiar-siar cuci mata (melihat-lihat barang jualan), mencari apa-apa buku yang sesuai untuk bacaan, makan dan terus melepak di foodcourd level 2M sampai kejang.

Setelah berpusing-pusing, akhirnya aku bersua dengan MPH. Agak sukar juga nak cari MPH sebab saiznya yang agak kecil berbanding apa yang aku bayangkan.

Ada beberapa buah buku yang menarik perhatian aku, tetapi harganya tidak menepati belanjawan pada hari tersebut. Para peminat buku tentunya sudah sedia faham tentang harga buku-buku import di pasaran, terutamanya judul terbaru.

Sehingga aku terpengang sebuah buku terbitan tempatan berjudul 'Chronicles of KK', seperti kebetulan pula, memandangkan aku baru pulang dari Kota Kinabalu dan kini di tangan aku merupakan sebuah buku kontemporari yang mengumpulkan cerpen-cerpen berlatarbelakangkan Kota Kinabalu, lelaki Inggeris yang mendiam di dalam badan aku menjerit "What a coincidence!"

Dengan harganya RM21.90, memang sesuai untuk the young , the sengkek and the kiam siap seperti aku yang memerlukan bacaan kontemporari di KLIA2. Buku ini diterbitkan oleh Fixi Novo, salah satu anak syarikat Fixi (kalau aku nak salah)

Aku baca sedikit isi kandungannya, supaya KK yang dimaksudkan benar-benar Kota Kinabalu, bukan Kuala Ketil atau Kuala Kubu, atau Kuala Kangsar. Jangan-jangan Kim Kardashian tak? Setelah mengesahkan perkara itu, aku bawa buku koleksi ceepen  'Chronicles of KK'  ke kaunter dan mengeluarkan wang secukupnya.

"Abang ada kad tak?" tanya lelaki di kaunter 

"Ada" aku jawab. Aku keluarkan kad, lihat pada tarikh luputnya masih jauh nun 2017, aku serah pada lelaki di kaunter.

Lelaki di kaunter terkejut. Apahal aku bagi kad pun terkejut, bukan bagi pistol.

"Ini kad Popular bang, sini MPH" lelaki di kaunter MPH bersuara.

"Oh...takde, takde" balas aku sambil mengambil balik kad Popular aku tanpa membuat eye-contact. Tadi mintak kad, aku bagilah kad, lain kali cakaplah jelas-jelas kad MPH. Aku tak bagi kad Petron pun dah cukup baik.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home