Chronicles of KK

Kembali ke KL - Kota Metropolitan. Tempat bersalaman dam bercakaran.

Aku sampai di KLIA lebih kurang jam 3 petang , aku naik transit terus ke KLIA2 untuk menanti yang lain, kami berbeza pesawat dan waktu penerbangan.

Di KLIA2 aku bercadang untuk bersiar-siar cuci mata (melihat-lihat barang jualan), mencari apa-apa buku yang sesuai untuk bacaan, makan dan terus melepak di foodcourd level 2M sampai kejang.

Setelah berpusing-pusing, akhirnya aku bersua dengan MPH. Agak sukar juga nak cari MPH sebab saiznya yang agak kecil berbanding apa yang aku bayangkan.

Ada beberapa buah buku yang menarik perhatian aku, tetapi harganya tidak menepati belanjawan pada hari tersebut. Para peminat buku tentunya sudah sedia faham tentang harga buku-buku import di pasaran, terutamanya judul terbaru.

Sehingga aku terpengang sebuah buku terbitan tempatan berjudul 'Chronicles of KK', seperti kebetulan pula, memandangkan aku baru pulang dari Kota Kinabalu dan kini di tangan aku merupakan sebuah buku kontemporari yang mengumpulkan cerpen-cerpen berlatarbelakangkan Kota Kinabalu, lelaki Inggeris yang mendiam di dalam badan aku menjerit "What a coincidence!"

Dengan harganya RM21.90, memang sesuai untuk the young , the sengkek and the kiam siap seperti aku yang memerlukan bacaan kontemporari di KLIA2. Buku ini diterbitkan oleh Fixi Novo, salah satu anak syarikat Fixi (kalau aku nak salah)

Aku baca sedikit isi kandungannya, supaya KK yang dimaksudkan benar-benar Kota Kinabalu, bukan Kuala Ketil atau Kuala Kubu, atau Kuala Kangsar. Jangan-jangan Kim Kardashian tak? Setelah mengesahkan perkara itu, aku bawa buku koleksi ceepen  'Chronicles of KK'  ke kaunter dan mengeluarkan wang secukupnya.

"Abang ada kad tak?" tanya lelaki di kaunter 

"Ada" aku jawab. Aku keluarkan kad, lihat pada tarikh luputnya masih jauh nun 2017, aku serah pada lelaki di kaunter.

Lelaki di kaunter terkejut. Apahal aku bagi kad pun terkejut, bukan bagi pistol.

"Ini kad Popular bang, sini MPH" lelaki di kaunter MPH bersuara.

"Oh...takde, takde" balas aku sambil mengambil balik kad Popular aku tanpa membuat eye-contact. Tadi mintak kad, aku bagilah kad, lain kali cakaplah jelas-jelas kad MPH. Aku tak bagi kad Petron pun dah cukup baik.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Haha..ok la tu..kad petron

arzmoha said...

masa smapai kl dulu tak ada pula orang bercakaran...salam salam ja...heheh

arzmoha said...

errrr....abang masuk kedai buku tak tengok sign board ka hahaha

Unknown said...

Haha. Mesti cam x sedar masuk mph, igt semua kedai buku kedai popular eh? It's normal :)

http://www.fatindays.com