Sesuatu yang peribadi (lah sangat). 


Bersenam dan Nasi lemak

bersenam menuihatkan

Secara peribadinya,aku seorang yang suka bersenam. Bersenam tidak kira apa bentuk atau cara, yang berbaring, yang berpusing, yang duduk, yang senget-senget, yang basah ketiak, atau yang sambil-sambil tengok televisyen semua aku suka. Bersenam boleh dikatakan salah satu sumber kegembiraan buat aku. Tatkala kecewa dan kehampaan,atau tertekan menunggu orang, bersenam boleh mengecas elemen positif dalam badan aku.

Selain bersenam,dalam masa yang sama aku gemar pula makan nasi lemak setiap hari di waktu pagi. Sarapan nasi lemak akan bertukar-tukar pada setiap pagi aku,bertukar-tukar itu bermkasud aku membeli makan nasi lemak dari penjual yang berlainan. Hari ni aku makan nasi lemak dari makcik LRT, esok makcik cafe, lusa mungkin makcik tepi jalan, begitulah seterusnya.

Nasi Lemak
Nasi Lemak


Bila aku suka bersenam,tentunya aku mengharapkan (secara tak langsung) untuk mempunyai badan yang fit dan bermaya, tapi bila nasi lemak jatuh hukum wajib maka perkara ini jadi tidak berapa sehaluan, untuk memilih antara satu aku tak kuat. Jadi aku mempoligamikan nasi lemak dan bersenam supaya mereka berdamai demi kemaslahatan fikiran aku. Setakat ini berjalan lancar.

Menepati masa

Menepati masa

Seperti yang dikatakan di perenggan pertama, tentang tertekan menunggu, aku bolehlah dikatakan seorang yang begitu serius dan komited dalam hal menepati masa yang dijanjikan, kurang kompromi, menyebabkan aku mudah berasa tersinggung dan mood pasti terkoyak sekiranya ada yang melanggar atur masa sewenangnya. Namun, sebagai minoriti dalam hal ini, seringkali aku dilihat seperti pesalah (poyo) kerana menepati masa sedangkan yang lain hanya ambil enteng. 


Berlawanan dengan sifat di atas, walaubagaimanapun aku baru perasan yang aku ada sedikit pengecualiaan dalam hal ni, sebab pelik juga bila aku tersenyum lebar kegirangan setiap kali brader Domino Pizza sampai lambat.

"Eh, kan lambat, ada voucher tak..hehe", tersipu-sipu saya dibuatnya.




Yelah yelah aku mengaku lah azam tahun 2015 aku untuk pandai berenang macam tak sempat dah untuk direalisasikan, tinggal 5 hari je lagi sebelum aku renew lagi setahun. Tapi okeylah dah boleh terapung sikit macam kuda laut.
2016 kena banyak makan ikan lah agaknya baru semangat ikan tu merasuk ke seluruh badan.


Kalau kau biasa datang sini, mesti akan perasan yang bulan Desember adalah bulan yang tidak produktif aku sebagai blogger atau penulis nota. Bukan sahaja jumlah entri diupdate pada bulan ini adalah paling kurang bagi tahun 2015, malahan paling kurang membaca blog-blog lain dan memberi komen. Aku tak rajin nak bentangkan angka-angka bagi menyokong dakwaan aku tu, bukan ada yang peduli lagipun, cuma nak beritahu kat sini yang penurunan mendadak itu adalah berpunca dari kesibukan bekerja makan gaji. Okey, itu sangat klise. Delete.

Sebenarnya,aku ada menulis tentang beberapa perkara lain, tapi tak semua lepas untuk publish kat sini. Kebiaasaanya selepas aku tulis, hasilnya akan dihantar kepada editor untuk nilai boleh ke tak boleh nak publish, kemudian tunjukkan pula pada juru konsep sama ada kandungan tu menepati piawaian yang ditentukan atau dah tersasar, kalau dah dapat persetujuan barulah aku hantar kat penjaga nota untuk proses akhir tentukan perlu diarkibkan atau buang saja dalam kotak kenangan hiba aku. Birokrasi begini memang ambil masa lama, walaupun jurutulis, editor, juru konsep dan penjaga nota adalah orang yang sama, yakni aku sendiri. Hmm..terlalu rumit. Delete.


Meski aku kurang menulis sejak akhir-akhir ini, sebenarnya aku banyak mengambil gambar untuk mengabadikan peristiwa. Sebetulnya mengambil gambar bukanlah forte aku, (macam yang Ramli MS cakap nyanyi rap bukan Forte Siti Nordiana), tapi tak kisahlah asalkan nak rakam gambar tu kerja cepat, hanya perlu klik-klik je. Tapi (sepatutnya tak boleh 'tapi' dua kali berturut-turut bila menulis, tapi aku peduli apa) aku pun sedar yang gambar tak dapat menggambarkan perasaan dan fikiran aku sebagaimana tulisan dan nota-nota mampu lakukan. Apa yang aku boleh buat mungkin meransang hormon menulis dengan gambar-gambar yang sepatutnya. 

Oh rupanya Draft adalah Draf dalam bahasa melayu (tahu selepas aku google).

Kedai Makan Yang Baik


Kedai makan yang baik adalah kedai makan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi ke dapur dan kembali dengan membawa cili potong, lagi terbaik yang ada pelbagai jenis cili dan perasa kicap.

Bukan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi naik bas balik ke kampung halaman, pergi ke kebun cili yang mungkin diusahakan oleh saudara mara, kemudian pakai kasut but pergi mencari cili, petik cili kemudian dalam perjalanan pulang terjumpa dengan kawan lama bersembang pulak kenangan ketika membesar bersama dan sempat berdiskusi tentang Adira yang kahwin tak bagitahu, selepas itu naik bas kembali ke kedai makan tadi, bila dah sampai di kedai makan lihat di telefon pintar ada notifikasi whatsapp pula, baca dulu sementara ada masa.

Pastu bila aku tanya dengan baik, mana cili potong, dijawab "Sorry saya terlupa".

Hmm..tak berapa baik.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home