Sesuatu yang peribadi

Sesuatu yang peribadi (lah sangat). 


Bersenam dan Nasi lemak

bersenam menuihatkan

Secara peribadinya,aku seorang yang suka bersenam. Bersenam tidak kira apa bentuk atau cara, yang berbaring, yang berpusing, yang duduk, yang senget-senget, yang basah ketiak, atau yang sambil-sambil tengok televisyen semua aku suka. Bersenam boleh dikatakan salah satu sumber kegembiraan buat aku. Tatkala kecewa dan kehampaan,atau tertekan menunggu orang, bersenam boleh mengecas elemen positif dalam badan aku.

Selain bersenam,dalam masa yang sama aku gemar pula makan nasi lemak setiap hari di waktu pagi. Sarapan nasi lemak akan bertukar-tukar pada setiap pagi aku,bertukar-tukar itu bermkasud aku membeli makan nasi lemak dari penjual yang berlainan. Hari ni aku makan nasi lemak dari makcik LRT, esok makcik cafe, lusa mungkin makcik tepi jalan, begitulah seterusnya.

Nasi Lemak
Nasi Lemak


Bila aku suka bersenam,tentunya aku mengharapkan (secara tak langsung) untuk mempunyai badan yang fit dan bermaya, tapi bila nasi lemak jatuh hukum wajib maka perkara ini jadi tidak berapa sehaluan, untuk memilih antara satu aku tak kuat. Jadi aku mempoligamikan nasi lemak dan bersenam supaya mereka berdamai demi kemaslahatan fikiran aku. Setakat ini berjalan lancar.

Menepati masa

Menepati masa

Seperti yang dikatakan di perenggan pertama, tentang tertekan menunggu, aku bolehlah dikatakan seorang yang begitu serius dan komited dalam hal menepati masa yang dijanjikan, kurang kompromi, menyebabkan aku mudah berasa tersinggung dan mood pasti terkoyak sekiranya ada yang melanggar atur masa sewenangnya. Namun, sebagai minoriti dalam hal ini, seringkali aku dilihat seperti pesalah (poyo) kerana menepati masa sedangkan yang lain hanya ambil enteng. 


Berlawanan dengan sifat di atas, walaubagaimanapun aku baru perasan yang aku ada sedikit pengecualiaan dalam hal ni, sebab pelik juga bila aku tersenyum lebar kegirangan setiap kali brader Domino Pizza sampai lambat.

"Eh, kan lambat, ada voucher tak..hehe", tersipu-sipu saya dibuatnya.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

MasturaDin said...

hahahahaha...

Unknown said...

mempoligamikan nasi lemak...??!!
owwhhh.. ini perlu dibahaskan.. kesian nasi lemak.. :p

Unknown said...

kisah cinta nasi lemak kah? hahaha