Bagaimana Anyss Naik Ke Langit

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?

Kereta aku mengalami kemurungan sehingga tak mahu pergi kerja. Mula-mula suhu naik macam orang kena denggi, kemudian tersengguk-sengguk macam kena parkinson. Aku bawaklah jumpa pakar, bila denggi dah kebah, parkinson pulak makin menjadi-jadi. Terus mental aku jem, termenung kat rumah. Sejak dari hari tersebut, spirit nak menulis dah lumpuh separuh badan. 

Aku buka sebuah novel pendek karya penulis kontoversi Faisal Tehrani,judulnya Bagaimana Anyss Naik Ke Langit,kononnya ibarat memberi tongkat kepada semangat menulis yang lumpuh tu lah supaya dapat merangkak semula.  

Faisal Tehrani


Mengulas sedikit mengenai Bagaimana Anyss Naik Ke Langit. Dikatakan beberapa karya Faisal sebelum ini telah diharamkan. Untuk buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit ni Aku menjangkakan mungkin aku akan dihanyutkan dengan isu Syiah, Wahabi atau perkara kerohanian, tapi sangkaan aku terpatah seratus, buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit sebenarnya sebuah buku terus terang yang membawa isu kemanusiaan dan alam sekitar. Secara tak langsung mengenai pembalakan dan Tuan Yang Terutama Abdul Taib Mahmud.

Faisal membawa fungsi 'memberitahu' atau 'mendedahkan' kepada karya sastera  dan tentunya Faisal tidak mengikut arus perdana sebaliknya membawa isu yang berat serta sensitif. Barangkali Faisal mahu bersuara bagi yang sudah hilang suara. Sebagaimana kita merasa seperti ahli syurga memperjuangkan kemanusiaan di bumi Palestin, kita sebenarnya membiarkan kemanusiaan dirogol di bumi sendiri. 

Walaupun nilai hiburannya agak kurang dengan diselitkan agak banyak keratan akhbar di dalam buku ini, namun 'keberanian' dan 'kejantanan' Faisal dalam menulis harus kita salute tanpa sembunyi.

Apapun , kereta aku nampaknya telah pulih seperti sediakala meskipun tak bertenaga seperti kereta baru dari kilang. Cuma, apabila sesuatu berlaku kepada harta kebendaan yang aku miliki,perasaan murung dan sedih itu menyegarkan ingatan aku kepada kata-kata Tyler Durden: The things you own end up owning you......

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

Mieza S said...

macam best. dah lama nak beli. tapi, macam berat sangat isunya. takut bosan

Suria Amanda said...

Citer dia mudah nak faham ke atau complicated nak faham?

Unknown said...

tak pernah baca karya beliau yang panjang-panjang. baca cerpen pun rasa tak mampu sungguh nak hadam.. huhuhuhuuu..

orang-orang hebat macam FR je leh faham karya hebat2 ni.. kan.. kan.. :)

Fnd Rocka said...

Kak Dramatiq Uniq - saya pun masih tak dapat menjawab bagaimana Anyss naik ke langit

Fnd Rocka said...

Kak Amanda Suria Vaganza- Penyampaiannya mudah dan terus-terang, orang kata buku ni tak seperti buku Faisal lain yang lebih kompleks

Anizz Annisa said...

anys? lebih kurg nama anis je..hahah..eja je lain.. so mcm mana dia naik ke langit? lama tak baca buku tebal2.. takut xboleh habis..

ummul azkee said...

best yer buku ni..boleh la beli dan hadam perlahan2 mana tahu boleh menulis ayat power mcm fr :)