Review Sayidahnapisah.com | Blogger Siswazah


Segmen review blog kelolaan EFG hari ni akan mengupas tentang sayidahnapisah.com pula. Aku akan menulis gaya Tun M bercerita tentang 1mdb, panas dan telus. Tanpa membuang masa dan perkataan, berikut adalah 5 fakta tentang Napisah yang akan dibongkar.

1. Sebelum ini Pisah (nama rempit) menggunakan memburucintamu.blogspot sebagai platform untuk blogging. Aku tak pasti kenapa diubah kepada namanya sendiri,tapi aku ada 2 hipotesis. Pertama, cinta yang diburu telah ditemui. Kedua, mungkin Pisah merasakan masih muda untuk terburu-buru memburu cinta. Akhirnya Pisah menukar kepada satu nama yang cengeng sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.

2. Sayidahnapisah.com banyak berkongsi link untuk download atau tonton program televisyen seperti Runningman,Hati perempuan,Dia..isteri luar biasa. Aku ingatkan makcik-makcik je yang layan, rupanya Pisah yang berusia awal 20-an pun layan drama melayu pesen gitu, inilah yang orang kata minat tak kira usia. Aku masa baya-baya dia aku tengok One Tree Hill dengan Dark Angel, bajet mat saleh lah sikit brader.

3. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Pisah dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya. Sebab tu Pisah ada selitkan post motivasi dan informasi terkini. Kalau yang camni aku boleh follow, sebab sebagai orang muda kita kena lebih cas positif dalam diri. Kalau Pisah dapat banyakkan post berkenaan motivasi memang cantiklah, sesuai dengan pangkat dirinya sebagai siswazah unggul. Bagi yang tidak tahu, Pisah sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Jadi, kena berhati-hati bila berkawan dengan dia, jenis berkira lah ni, puii!


4. Apa yang aku mahu belajar dari Cik Pisah adalah cara dia membahagi masa sebagai seorang pelajar terbaik, blogger acah-acah comel dan pengguna media sosial yang agresif. Setakat ni nampak macam dia boleh handle semua pangkat dan disegani disetiap lapangan. Secara peribadi, Pisah lebih menonjol daripada blog dia, makna kata Pisah adalah Pisah tak kira di mana pun berada. Cuma perlu banyakkan menulis dengan pena mata dan hati sendiri.



5. Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tersebut hidup terseksa. Trademark Pisah pulak adalah senyuman Colgate tiada kaviti. Walau apa pun, bak tulisan di header Pisah, we are born to be real not to be perfect,so kita layankan je la..zassss!

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

38 comments:

Azirahman said...

hehe...tersengih sorang sorang akak baca review ni...

arzmoha said...

Sayidah Napisah mungkin sudah temui cintanya di SayidahNapisah dot com. Rasanya rugi tak berkenalan kaki bom blog orang ni

RahimAim1 said...

Hahahahaha... terbaik... PISAH.. hampir2 baca PISANG.. hehehe...

Akupenghibur.com said...

pisah oh pisah.. berpisah tiada hahaahaha

MasturaDin said...

hahaha..cengeng pon boleh...

kak gojes said...

hahaha..ni dia review cik pisah

Inani Hazwani said...

Mimpi indah malam ni abg FR banyak tengok gambar KC. Hahaha :D

cinta said...

Baca review ni rasa macam makan nasi campur kuah asam pedas lauk ayam goreng + ulam + sambal belacan + pergedil.
Sedap.
Ala comey la pulak napisah ni senyum cenggitu.

Fnd Rocka said...

aku tengah lapar sangat ni..kau punya komen macam menyeksa aku je

Fnd Rocka said...

haipp!!

Amelia said...

KC yang suka mengusik, kadang2 rasa nak cubit je pipi dia tu

Fnd Rocka said...

cubit je pakai playar gabung

Zyra Roxx said...

hahaha review yang lain dari yg lain ><

Sayidah Napisah said...

hati2 kak. tengok kanan kiri time senyum tu hahahahaha

Sayidah Napisah said...

mana ada bom. mana bommm? mana bommm?

larikkkk

*meroyan

Sayidah Napisah said...

heh sebut baik2 sikit hahaha

Sayidah Napisah said...

tambah sikit lagi. kc dan comel berpisah tiada :p

Sayidah Napisah said...

hehehe. i is comel not cengeng :p

Sayidah Napisah said...

tudia tudiaaaaaaaa!

Sayidah Napisah said...

aipp kak nani! jangan jd pengacara melodi sgt hahaa

Sayidah Napisah said...

okay lagi sorang ckp saya comel. susah la mcm ni hmmm :p

Sayidah Napisah said...

okay dah beratur ni nak cubit pipi kc. kena siap sedia :p

Sayidah Napisah said...

yeke? yeke? :p

Sayidah Napisah said...

okay satu je saya tak puas hati sekarang ni


satu jeee



satu je okay kan??


dengar tak ni? hmmm


tak puas hati sbb



typo takde , huh

Sayidah Napisah said...

pergh lawaknya komen atas niiii. hahahahah. kbai #lawakhambar

RahimAim1 said...

Ahha..daripada sebut PISHANG..ahha

RahimAim1 said...

blog Along... dia singgah..katanya lupe bom..nak tuntut dia blom mlm ni..huhu

RahimAim1 said...

Abg FR... nyanyi je lagu sayidah napisah selalu
#Parodi Lagu Arjuna Beta

RahimAim1 said...

Cubit pakai pengetip kuku..ahha

RahimAim1 said...

comel? (terus pengsan)

RahimAim1 said...

paling penting..baca bismillah sebelum senyum..hehe

Fnd Rocka said...

puii!

Fnd Rocka said...

bijak along ni, pengetip kuku!

Fnd Rocka said...

ok bagilah satu typo...nak sanga typo kan..

Jari Manis said...

Wowww..PISAH ada juga di sini :-)

Eny Abdullah said...

blogger acah acah comeil? hahahahahhaha

Mia said...

Orang yang belajar matematik memang jenis berkira ke? hehe... Mungkin suka mengira agaknya... Good Review...

khatyaiman said...

pisah aka mak esah..fr nie kalau sekali buat karangan,memang A+++..apapun,kc omey dan nakal sentiasa menceriakan efg