Sekitar pukul 12 tengahari di pejabat, mata dan mula kuyu, fokus pun dah lari jauh meninggalkan aku. Jalan penyelesaiannya, macam biasalah pergi sakat orang yang boleh disakat. Menyakat ni secara ringkasnya termasuklah mengusik, menganjing, membuat kelakar, mempersenda atau memprovok psikologi rakan sepejabat.

Aku pun bergerak dari meja aku ke arah rakan sepejabat. Aku perhati semua sedang separa khusyuk menelaah skrin komputer. Sambil menunggu peluang menyakat, perlahan aku dendangkan lagu Hazama yang cukup tepat dengan mood aku ketika itu.

"Ku takkan bisa menjadi..lebih dari apa yang terdayaa..namun ku masih..agar masih cubaaa..untuk..". Antara ingat dengan tak ingat lirik aku hentam, tapi vokal sama macam penyanyi asal.

”Fendi...fendi! Sini kejap" gadis admin panggil dari belakang memotong stim.

"Apa?" aku jawab sambil mengundurkan diri ke meja gadis admin. Aku baru nak enjoy-enjoy berhazama.

"Boleh tolong tak?", tanya gadis admin penuh harapan. Matanya disayukan.

" Hmm..apa dia" balas aku dengan nada professional,gurau pun gurau jugak tapi kalau melibatkan hal kerja aku terpaksa serius, lagipun tolong-menolong amalan mulia lagi berpahala.

"Tolong jangan menyanyi..hik hik hik” ujar gadis admin.

" Hmmmmmmmmm..." hmmm aku. Aku pulak terkena.
In this life,
If i am AFRAID to lose anything i have,
REFUSE to play the risk i need,
RUN from the challenge in front,

Then..at some point in my life..sooner or later i will realize that i am Afraid of my own life, Refuse to live my life..and eventually Run to nothingness..

Oh lord..i am afraid!





19 August 2011



MENANGI HANDPHONE  SAMSUNG GALAXY 6 EDGE,
BMW 320i SERTA WANG TUNAI SEJUTA RINGGIT MALAYSIA.
Sila gores disini

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

dengan benda TAJAM..Selamat mencuba.

Cuba la mana tahu ada rezeki..


Minggu lepas aku singgah di sebuah kedai peralatan elektronik di Nu Sentral. Aku terus ke bahagian yang pamerkan telefon bimbit terbaru untuk buat tinjauan. Tiba-tiba aku dengar bunyi berdentum dari arah belakang, aku toleh, beberapa pelanggan lain pun toleh, tapi tak ada apa yang berlaku lalu aku pun teruskan tinjauan telefon dan tablet. Selang beberapa ketika, berbunyi lagi dentuman, kali ni macam bunyi besi, disusuli pula dengan suara orang seakan-akan sedang berkelahi.

Aku pun mulalah bertanda tanya. Ada staf bergaduh ke apakah ini. Kalau nak bergaduh ke mengamuk ke aku nak cabut awal-awal ni demi keselamatan. Kalau nak berlawan memang aku tak arif, tapi seni menyelamatkan diri dari bahaya orang tak tentu hala adalah sikit-sikit belajar. Lepas tu datang lagi bunyi macam benda pecah, aku tak sedap hati dah, tapi aku tengok jurujual depan aku ni buat selamba je. Aku pun apa lagi beranikan diri untuk mengintai dari celahan barangan elektronik.

Rupa-rupanya, aku nampak ada jurujual dengan pelanggan tengah test televisyen dengan speaker bukan main real bunyi dia. Jelas dan padu. Tak tahulah cerita apa dia pasang tapi yang pasti rasa menyirap betul bila dah tahu aku kena tipu dengan televisyen. Ni kalau jiran aku beli televisyen tu pasang kat rumah, jangan peliklah kalau polis kepung rumah dia sebab ada jiran kacak yang prihatin buat laporan terdengar bunyi senjata api dan suara orang sedang bergaduh.

My Recipe


Everyone has their own recipe to cook their raw dreams to become the real menu of success . Bear in mind that other people poison can be somebody else favourite food,vice versa. My not so secret recipe always by the combination of three main ingredients; calm, brave, and positive energy .

I think i am calm enough, but not brave enough. Positive energy is on and off along the way. So this makes me 1.5 per 3 up to my potential. Or 50 percent. In other word, i am average based on my own intrepretation.

In realization of that, i will carefully prepare the ingredient for my next to-be-fair-to-my-potential project. Believe or not Im actually in the process of baking a new cake of dreams. I got my calm, i got my brave, i got my positive energy, and for the newest addition..i got my freedom to choose!

 9\4\2011

Tonton Filem The Cobbler




"Don't judge a man until you have walked a mile in his shoes."

Pepatah mat saleh di atas sangat popular dan sering diulang-ulang. Mengikut pemahaman aku pepatah ni bawa maksud usah menilai tindakan seseorang tanpa kita mengetahui apa yang dilaluinya terlebih dahulu. Filem terbaru Adam Sandler ni cuba untuk mengambil pepatah itu secara sangat literal, di mana watak seorang tukang kasut diceritakan mampu berubah secara fizikal menjadi pemilik kasut yang dipakainya. Sebagai contoh, kalau pakai kasut Emma Maembong, terus bertukar jadi Emma Maembong.

Aku memang jangkakan sesuatu yang merepek dan fantasi dari filem ni sebagai satu cara untuk ia sampaikan sesuatu mesej atau teladan yang mengharukan seperti filem Click, namun keseluruhannya nampak lebih kepada merepek dan komedi yang biasa saja. Bila melihat pada konsep dan jalan cerita, filem ini berpontensi untuk menjentik isu seperti empati terutamanya, tapi makin lama makin tak tentu arah rasa macam nak baling kasut. Lagi satu yang aku tak puas hati, kalau iye pun nak buat filem tak sedap, sekurang-kurangnya bubuhlah heroin yang sedap mata memandang, kan?

Aku tak mampu untuk jadi racist

 Sebab masa aku belajar matematik tambahan dulu aku punyalah bangang,langsung tak sebijak Datuk Haji Ahmad Maslan, markah yang pernah aku dapat 15/100, 7/100 pun pernah, punyalah sempoi kiraan markah aku, sekaligus memudahkan cikgu untuk menanda kertas aku tanpa perlu pening kepala. Kemudian time nak dekat-dekat SPM kawan aku Gan Cheng Long datang meja aku dengan membawa buku teks matematik tambahan, dia suruh aku cuba jawab soalan latih tubi. Kau bayangkan dia yang berusaha datang nak beri tunjuk ajar padahal aku tengah sembang kosong gaya macam pandai benar. Memang aku selalu tanya dia hal matematik pun tapi ini dia yang betul-betul nak aku tahu,walaupun muka dia tak hensem tapi mmpaklah kejujuran yang lahir dari kemerahan jerawat di wajahnya untuk melihat aku lulus paper add math kejadah tu. Aku yang malas pun rasa malu nak malas. 

Tak lupa jugak kawan aku Sankar Palanisamy, dulu aku selalu call telefon rumah dia sebab nak tanya-tanya pasal kerja sekolah. Sebenarnya bukan rajin sangat pun buat kerja sekolah, saja nak main telefon yang lebih tu. Yang menariknya tentang Sankar, dia selalu teman aku pergi surau. Tolak tepi soal nak lepak, tapi aku sebenarnya terkesan jugak bila ada sebilangan rakan lain ejek dan cemuh dia datang surau dengan aku, padahal dia tak masuk pun surau, tak mencemarkan surau pun, lebih dari tu dia mengimarahkan surau sebab bantu aku yang berkerusi roda ke surau.Nasiblah dia tak terasa hati pada cemuhan, hanya senyum tak simpan dendam, insyaAllah. Sebab tu, aku tak mampu nak jadi racist, rasa kekok seperti peribahasa Sweden bagai puteri mahu ke pasar awam. Maknanya, kalau tak biasa tu tak biasa jugaklah tak payah nak cerita panjang lagi.Aku percaya tak siapa dilahirkan begitu racist, tapi society dah meWarnakan kita. 




 

Persediaan Peperiksaan


Berkait dengan nota bertarikh March 17, 2015.

Eri kalau kata dah mengantuk, bukak henfon kemudian sejam dua barulah pejam. Jenis mengantuk yang siap boleh order burger daging ni betul aku tak faham. Tak macam aku, kalau mengantuk memang takde penerangan lebih lanjut.

Lain pula dengan halnya semalam, Eri kata dia nak berjaga malam untuk buat persediaan peperiksaan nanti. Aku pun bercadang untuk temankan sampai dia habis belajar, tapi lepas 10 minit aku tengok dia dah keras dah, buku terlangkup dia pun terlentok. 

Hipotesis aku kuat mengatakan dulu dia ada terhantuk kepala sehingga mmenyebabkan wayar 'mengantuk' dengan wayar 'berjaga' berselisih.

Isu Sesat Jalan Ketika Memandu


Walaupun kenyataannya aku pernah gondol anugerah pelajar terbaik matapelajaran geografi semasa tingkatan 4, rupa-rupanya itu tidak sama sekali menghalang aku dari sering sesat bila di jalan raya. Kompas dalam kepala aku semacam tak berfungsi sebagaimana yang diinginkan, kalaulah umat manusia meletakkan harapan terakhir pada aku untuk menunjuk jalan yang sebenar, anggap saja lah jalan kebenaran itu umpama cahaya di hujung terowong yang berliku dan berhantu.

Sebab tu kebiasaanya kalau nak pergi tempat yang baru aku akan rancang perjalanan dengan terperinci, maknanya aku perlu tahu susur,lorong,papan tanda atau landmark yang berada di hadapan. Bila dah tahu berdasarkan sumber dipercayai, aku akan ikut dengan ketat tanpa kompromi, kalau perlu tulis nota..aku tulis nota. Kadang jalan mudah pun aku selidik bagai nak cari harta karun kaedahnya .

Cuma sekarang dah ada banyak aplikasi GPS dalam telefon bimbit,memudahkan orang hilang kompas macam aku, yang aku percaya agak ramai. Bagaimanapun, tak banyak telefon bimbit yang ada built-in gps, terpaksa bergantung pada internet connection jugak macam mana perangai. Sekurang-kurangnya bila ada GPS nak pergi satu malaysia pun ada lah konfiden, kalau sesat pun tak terus hanyut, masih boleh diselamatkan cuma lambat atau cepat je lah sampainya. Kos minyak dan tol pun mungkin bertambah.

Tapi tak payah cerita satu Malaysia lah, aku pernah nak balik rumah sendiri pun sesat sampai sejam lebih berpusing-pusing di dekat-dekat situ, padahal 15 minit pun boleh sampai. Aku siap call mak aku nak tanya jalan balik rumah, masa call tu dia punya segan nak tanya naik ke kategori mengaibkan. Dah lah aku naik dengan kawan aku time tu, rasa nak simpan muka dalam poket.

Ada satu masa tu, ada jalan kena tutup atas sebab tertentu, maka polis trafik divert jalan ke arah lain, aku punyalah trauma taknak sesat..aku berhentikan kereta kemudian panggil brader polis trafik yang dihormati try pujuk bagi aku jalan jugak sebab time tu takde GPS, malangnya dia tak bagi muka pun kat aku, sudahnya sesatlah aku kan. Nasiblah aku bawa pedoman hidup sebagai bekalan.

Tapi tu lah, nak tak nak kena biasakan juga dengan jalan-jalan yang penting. Nak harapkan Eri pun tak boleh sangat sebab selalu kena bergerak solo, lagipun dia tu tak payah cerita jalan raya sangatlah,dalam shopping mall pun boleh sesat..alahai, nasib baiklah sayang.

Tonton Fast and Furious 7




"Dah tengok lah Fast Furious?" aku tanya brader GSC masa dalam lif nak ke Hall 2 di tingkat atas. "Ok tak?" aku tanya lagi lepas dia kata dah tengok, sekadar berbasa-basi. 

"Oklah, kali ni lebih banyak aksi berbanding berbanding cerita pasal kereta, banyak kepada fighthing" dia ulas. 

"Cerita pasal dendam, aksi memang 5 star" sambung dia lagi, amboi siap bagi bintang. Ramai yang menantikan filem ni, tak terkejutlah bila masuk Hall 2 seat penuh. Expectation untuk Fast 7 ni cukup tinggi sebab sekuel sebelumnya berjaya dengan bergaya. Walaupun bukan peminat kental franchise Fast Furious, lepas habis tonton aku boleh katakan filem ni cukup rencah sebagai sebuah filem fenomena dan menghiburkan.

Pertamanya, ada aksi berkelahi yang bermutu. Street fight ada, ala military fight ada cat fight pun ada bila mana ada babak Letty bercakaran dengan perempuan chubby kat Dubai. Tak cukup dengan itu, ditambah pulak dengan kemunculan cameo dari Tony Jaa pelakon Thai yang berlawan dengan Paul Walker, tapi watak dia sekadar tempelan sajalah tak beri impak sangat, tiba-tiba muncul bikin panas kemudian tinggal begitu saja, mungkin gajah dia hilang lagi.

Kedua, aksi dengan kereta yang serba mendebarkan. Korang boleh expect babak kejar-mengejar yang belum pernah dilihat di mana-mana filem. Kejar mengejar di kawasan bukit, dalam bangunan, celah bangunan memang sempoi bak ang dan crazy. Aku salute pada kepelbagaian pergerakan, terutamanya yang di luar dugaan dan yang bereksperimen dengan hukum graviti dan fizik. Susah nak terangkan dengan patah perkataan, memang di luar batasan hinggakan adrenalin mencecah ke paras amaran jingga.

Sambil-sambil tu filem ni nakal jugak ada belanja beberapa selingan aksi seksi wanita-wanita bertubuh ranum, sama ada yang menari atau berbikini, atau menari sambil berbikini. Sebagai filem yang ditayang secara meluas rasa macam terlebih seksi pulak, kalau filem underground lain cerita. Aku kalau boleh nak pejam mata tapi risau pulak tertidur kan, aduhai dunia. 

Watak yang dilakonkan oleh Jason Statham yang kononnya berdendam aku rasa kurang develop. Padahal Fast 7 ni wujud sebab dia, kalau dia tak berdendam, takdelah cerita Fast 7. Cuma aksinya sebagai jaguh bertempur dan karisma bintang filem tak dapat disangkal.

Keseluruhannya, meski plot dan jalan cerita agak ringkas, kekuatan filem ni terletak pada aksi dan visualnya. Senang cakap, satu persembahan yang hebat untuk santapan mata. Elemen kekeluargaan dan persahabatan cuba diketengahkan juga tapi tak ketara perasaannya kat aku. Penamatnya agak sayu dan sentimental, dengan dialog-dialog manis yang menjurus kepada ucapan selamat kepada Paul Walker. 

Mudah Membeli Kereta

Yang bagusnya kerja kat tempat aku ni, senang nak beli kereta import. Benda ni selalu aku ingatkan kat rakan ofis aku, sekadar nak suntik cas positif,untuk setia dan kerja lebih kuat.

5 minit kemudian dia akan tanya "eh apesal tadi kau cakap kerja sini senang nak beli kereta import? company kita ada orang dalam ke apa?" 

Aku amik jarak selamat sikit dan bacakan skema jawapan "Sebab kedai jual kereta kat bangunan sebelah je, bila-bila pun boleh singgah beli". 

Senang beli, susah bayarlah tapinya. Tak percaya boleh tanya PM kita, beliau amat mengambil berat dan memahami susah senang rakyat.

Kisah Keberanian Seorang Insan

Keberanian wujud dalam beberapa bentuk. Kadang kala ia muncul dalam bentuk seorang lelaki yang tiada apa-apa datang menawarkan cintanya kepada si gadis. Dia berani meletakkan kepecayaan pada penguasa alam dalam hal rezeki dan jodohnya. Walaubagaimanapun, pasti akan wujud sebuah keraguan yang berbentuk seorang gadis cantik senyum nampak lesung pipit.

Atau, keberanian kadang kala muncul dalam bentuk  seorang wanita bekerjaya meletakkan jawatan di tempat kerja bergaji lumayan untuk mengejar cita-cita dan kebahagiaan. Orang begini dia berani buat pilihan yang sukar  dan menanggung risiko. 

Selain itu, keberanian juga wujud dalam bentuk yang lebih ketara seperti berjalan di lorong gelap yang dikuasai anjing-anjing liar, atau pun keberanian untuk menentang kezaliman pihak tertentu. Dalam apa bentuk keberanian pun akan adanya keraguaan sebagai antagonis, kecil atau besar saja bezanya, kalau besar memang susah sikit nak lawan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, untuk berani tak semestinya perlu berbadan sasa ala Vin Diesel, perempuan yang kecil pakai baju saiz kanak-kanak dan sopan santun (kejut kucing pun kucing tak bangun) kalau berjiwa besar dan percaya diri pasti berani dia boleh menjadi singa.

Namun, keberanian yang paling penting tak kira masa dan situasi adalah keberanian untuk jujur atau bercakap benar. Dari gelandangan, hartawan,wartawan sampailah ke Sonaone , perlu keberanian untuk berlaku jujur. Contohnya, kalau perempuan tanya "aku gemuk tak?". Kalau dia gemuk, kita perlu berani berkata "Gemuk!". Sampai satu masa orang pun tak berani nak tanya lagi. 

Aku bernasib baik kerana aku mempunyai sebilangan kawan yang berani dalam bidang yang berlainan. Cuma hari ni aku tak sangka aku ada seorang kawan perempuan yang macam cibai berani.

"Aku nak tanya kau ni, aku tak kira aku nak malu ke apa, tapi aku nak tanya, ketiak aku bau busuk tak??" dia tanya aku. Aku tak pernah jumpa lagi perempuan yang berani tanya kat lelaki ketiak dia busuk ke tak. Aku taknak jawab bukan sebab tak berani, tapi kalau aku jawab maknanya aku cium bau ketiak dia, wadehel lah kan. 

"Kalau dari jarak macam ni aku takde bau, kau tanya orang lain..kau tanya orang lain" aku jawab, muka memang takde senyum lah.

TIPS: Kalau kau nak buat orang marah pagi-pagi buta, kau tanyalah kat orang tu "Ketiak aku busuk tak?". Tak kira apa jawapannya, orang tu terpaksa cium bau ketiak kau sebagai pemulaan hari nya.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home