Berani

Kisah Keberanian Seorang Insan

Keberanian wujud dalam beberapa bentuk. Kadang kala ia muncul dalam bentuk seorang lelaki yang tiada apa-apa datang menawarkan cintanya kepada si gadis. Dia berani meletakkan kepecayaan pada penguasa alam dalam hal rezeki dan jodohnya. Walaubagaimanapun, pasti akan wujud sebuah keraguan yang berbentuk seorang gadis cantik senyum nampak lesung pipit.

Atau, keberanian kadang kala muncul dalam bentuk  seorang wanita bekerjaya meletakkan jawatan di tempat kerja bergaji lumayan untuk mengejar cita-cita dan kebahagiaan. Orang begini dia berani buat pilihan yang sukar  dan menanggung risiko. 

Selain itu, keberanian juga wujud dalam bentuk yang lebih ketara seperti berjalan di lorong gelap yang dikuasai anjing-anjing liar, atau pun keberanian untuk menentang kezaliman pihak tertentu. Dalam apa bentuk keberanian pun akan adanya keraguaan sebagai antagonis, kecil atau besar saja bezanya, kalau besar memang susah sikit nak lawan.

Berdasarkan pengalaman peribadi, untuk berani tak semestinya perlu berbadan sasa ala Vin Diesel, perempuan yang kecil pakai baju saiz kanak-kanak dan sopan santun (kejut kucing pun kucing tak bangun) kalau berjiwa besar dan percaya diri pasti berani dia boleh menjadi singa.

Namun, keberanian yang paling penting tak kira masa dan situasi adalah keberanian untuk jujur atau bercakap benar. Dari gelandangan, hartawan,wartawan sampailah ke Sonaone , perlu keberanian untuk berlaku jujur. Contohnya, kalau perempuan tanya "aku gemuk tak?". Kalau dia gemuk, kita perlu berani berkata "Gemuk!". Sampai satu masa orang pun tak berani nak tanya lagi. 

Aku bernasib baik kerana aku mempunyai sebilangan kawan yang berani dalam bidang yang berlainan. Cuma hari ni aku tak sangka aku ada seorang kawan perempuan yang macam cibai berani.

"Aku nak tanya kau ni, aku tak kira aku nak malu ke apa, tapi aku nak tanya, ketiak aku bau busuk tak??" dia tanya aku. Aku tak pernah jumpa lagi perempuan yang berani tanya kat lelaki ketiak dia busuk ke tak. Aku taknak jawab bukan sebab tak berani, tapi kalau aku jawab maknanya aku cium bau ketiak dia, wadehel lah kan. 

"Kalau dari jarak macam ni aku takde bau, kau tanya orang lain..kau tanya orang lain" aku jawab, muka memang takde senyum lah.

TIPS: Kalau kau nak buat orang marah pagi-pagi buta, kau tanyalah kat orang tu "Ketiak aku busuk tak?". Tak kira apa jawapannya, orang tu terpaksa cium bau ketiak kau sebagai pemulaan hari nya.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

Anizz Annisa said...

hahha.. panjang lebar penerangan pasal keberanian..haaha... aduhh berani betul gugurl tu tanye.. waduhhh.. anis pon xsanggup nak jawab n bau...

Inani Hazwani said...

Erkkkk. cium ketiak. Hahahah

Mimin Adam said...

hahha, dia nak bagitau FR ketiak ada bau tuu eceli. haha

Lya Akif Imtiyaz said...

Ermmm berani nya tulis pjg2 hehe

Unknown said...

"kejut kucing pun kucing tak bangun..." err..apakahh..??!!
hahahahahaaa...

kesiannya perempuan tu.. desperate sangat ke..? takde kawan pempuan lain ke dia nak tanya soalan2 mcm tu...? issyyhhkkkk... *geleng-geleng kepala*

Fnd Rocka said...

ha ha..licik permainannya

Fnd Rocka said...

oit oit..my best friend lah kat office, mungkin kalau tanya perempuan susah nak dpt jawapan direct

arzmoha said...

cis...memang tak patut cium ketiak di pagi hari.
lainlah kalau cium haruman nescafe sambil ditemani nasi lemak telur lebih

adkdayah said...

beraninya tanya macam tu..tapi kalau dah kawan baik x kisah pun,,hehe

Cekgu Norazimah said...

hahahah ! soklan begitu sekali lg

mayangbakingmadness said...

amboi kemain beraninya.. ttp mungkin dia sendiri bau dan rasa org perasan ketiak dia berbau kot.. itu yg minta kepastian

khatyaiman said...

soalan dan jawapan memang berani nie..tuan entry pernah kena kott..wakakaka