Lawak botak, gemuk dan hitam ni dah zaman-berzaman wujud dan telahpun merentas batasan negeri, budaya dan politik.


Tipulah kalau tak tercuit rasa nak ketawa langsung cuma kasang jadi bosan, sebab tiada pembaharuan. Kalau tutup lampu tak nampak orang gelap, bukak lampu nanti orang botak akan menyebabkan silau, orang gemuk takyah cerita la…semua benda nak kena kat dia, kadang gempa bumi pun orang gemuk yang disalahkan.


Secara jujurnya, orang masih ketawa. 3 benda ni kiranya bahan lawak yang turun-temurun dan resepi yang diyakini berkesan. Cuma kena ada pembaharuan la. Macam aku botak, kalau mandi swimming pool memang rambut tak basah. Orang gemuk ni sebenarnya bagus, dorang sebenarnya penstabil graviti bumi..tanpa orang gemuk bumi mungkin sudah melayang dari orbit, terima kasih saya ucapkan.


Seperti puisi yang adamasanya ‘dibolehkan’ melanggar aturan tatabahasa untuk mencapai rasa, demi art yang halus. Lawak juga, pada aku, dibolehkan untuk melanggar logik dan sensitiviti, dalam konteks yang (bagaimanapun) terkawal, sekurang-kurangnya dipersetujui dua pihak.


Persetujuan tu yang kadang berada di garis yang sangat halus dan mulus. Orang komedi nak taknak, kenalah bermain atas garis sebab memang cari makan, tapi kalau macam kita-kita yang cari makan bukan dengan melawak, kita pandang kiri-kanan jugaklah harap takde orang terasa sangat. 


Kalau terasa je lempang, tak puas hati je bakar rumah jiran, geram je smackdown boss..pun tak betul jugak. Lagi tak betul, dia melawak orang boleh, orang melawak dia tak boleh.haha.


Masa aku belajar kat utara dulu, kalau lepak dengan orang kedah, depa akan keluar ayat ni bila nak berseloroh..”jangan amik hati naa..orang kedah memang melawak kashaqqq sikit”. Depa tak tau, orang Selangor pun ramai pendekar. Bila kita melawak, depa lah terguris berasa hati..kata kashaqqq.



 Masa wife aku kuarantin diri dia sebagai langkah berwaspada ketika rakan sekerja positif korona, aku tidur keseorangan di ruang tamu, dia kerja dan tidur kat bilik tengah.


Selain sebab ruang tamu aku ada sofa, televisyen, buku dan pokok-pokok,  aku tak tidur kat bilik master sebab katilnya yg besar membuatkan simptom kesepian lebih terasa bila keseorangan.


Mungkin itu yang wife aku rasa bila aku bangu jam 3-4 pagi untuk menonton Liverpool.

 Dari dulu wife aku tanya, ulang-ulang, macam dia tak puas hati dengan jawapan aku.


Soalan dia, kenapa aku suka dia, atau pilih dia, atau senang cakap..kenapa aku kahwin dengan dia. Soalan dia muncul kerana dia merasakan aku boleh je pilih orang lain, orang yang aku admire atau ex.


Jawapan aku secara rambling, sebab waktu dan ketika, dia ada masa aku dah bersedia, kiranya macam tepat dan terasa dipermudahkan. Macam kat poket kau ada banyak kunci, kau masukkan je kunci yang pertama, terus terasa match dan kau putarkan kunci tu dan pintu pun terbuka.


Soal cinta dan suka tu of course lah kan, kalau tanya kenapa aku suka dan cinta tu pun aku sukar nak jawab, aku cakap dia paling cantik pun dia marah taknak terima, aku siap cakap takde yang lagi cantik kat daerah ni..pun dia taknak terima. 


Masa awal-awal suka tu, ada satu hal yang aku rasa dia tak cliche. Masa aku snap gambar dia randomly, dia tak mintak pun nak tengok gambar yang aku snap tu, which is agak rare lah bagi seorang perempuan. 


Tapi sekarang lain lak, sekarang 100kali suruh snap, pastu kena amik balik, pastu siap pakej kena marah amik gambar tak betul. Manusia berubah di setiap fasa.


So aku takde jawapan lain. Jawapan lebih kurang lah aku jawab setiap kali.


Sehinggalah baru-baru ni, aku jumpa jawapan yang baru, which is jawapan yang aku rasa aku baru sedar. Aku suka dia sebab dia buat aku happy. Dia macam kaut kuota happy dalam diri aku, bila saat pertama jumpa, bersemuka dan seterusnya.


Cuma bila benda tu sentiasa berlaku, kadang tak sedarlah sebenarnya kuota tu dia dah ubah algoritma jantung, sedangkan kalau kuota tu tak dikaut, ada kapasiti dalam diri aku yang suram dan tidak bermaya…detakan yang berbeza.

 

Ok aku lock jawapan ni.


 Apsal hantu kalau dia kacau kita dia buat suara menangis, kadang teresak-esak, kadang tersedu-sedan.


Patutnya dia yang kacau kita..kitalah yang patut menangisi. Kenapa dia yang menangis.


Ke dia menangis sebab kita taknak kawan dia?

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home