(Sempena Season Baru 2021 - 2022 English Premier League)


Kalau orang bawak grabcar, biasanya soalan yang mesti akan ditanya oleh si penumpang,”Dah lama ke bawah grab?”. Soalan sebegini boleh dikatakan soalan yang wajib tanya untuk ice-breaking dengan driver, kalau tak keluar soalan ni rasa tak sah rukun naik grab.. aku pun pernah tanya dan rasanya driver pun dok tunggu je penumpang tanya. Tapi masa balik dari cucuk mikrochip hari tu aku ubah skema soalan, aku tanya “Euro hari tu layan tak?”. Lepas tu perbualan kami jadi seperti sahabat lama lah bercerita tentang bolasepak macam kat mamak Fariz Maju.


Betul lah orang berpengalaman cakap, kamu takkan dapat jawapan yang betul kalau tanyakan soalan yang salah.


Masa aku tukar ke unit baru 7 tahun lepas, soalan pertama aku tanya kat rakan sekerja aku Roslan bukan tentang Bos okey tak, kerja department ni ada elaun tak, yang aku tanya first adalah “layan bola tak?”. Nampak dia teruja dengan soalan tu then terus ngam lah dapat jumpa dengan peminat bola sepak, walaupun team bermusuhan tapi value dan spirit bolasepak tu salingberhubung. Semangat kesukanan tu sebenarnya boleh diterapkan di level profesional kalau kena caranya.


Orang berpengalaman pun ada berkata, orang yang main bola ni dia semangat setiakawan dia tinggi. Mungkin sebab dah diterapkan kerja berpasukan dan saling menyokong di atas padang. Member passing bola kau sambutlah, member jatuh kau cover area dia, kalau member tak cukup terel kau seimbangkan dengan permainan yang dia terel..contoh kalau Mo Salah tak reti tanduk bola janganlah kau passing kat kepala dia.

 

Beberapa tahun kemudian aku dapat pulak manager yang boleh dikatakan minat bola jugak meski tak mendalam. Tak mendalam tu maksudnya dia tahu keputusan bola sepak, nama pemain-pemain dia boleh petik tapi jangan cerita lebih-lebih sangat tentang posisi seseorang pemain atau pasal gameplan / corak permainan..takut kau pening nanti, kalau lepas game liga dia tanya bila semi-final nanti kau pening. Soalan tu nanti buatkan orang tercengang. Dan dia satu-satunya orang yang boleh pakai jersi Manchester United minggu ni kemudian minggu depan pakai jersi Liverpool, minggu lagi satu jersi Manchester United dan Minggu satu lagi jersi Liverpool..aku hanya mampu geleng kepala je la, dia jenis yang boleh buat macam tu, doesnt give a damn. Tapi kalau buat kat England camtu, boleh masuk syurga awal woo.


Jadi, apa sebenarnya soalan icebreaking yang betul? Rasanya tak ada yang betul atau salah, bergantung pada persekitaran dan subjek. Kalau zama sekarang ni soalan yang biasa adalah “dah dua dos?”. Dalam pada nak menuju herd immunity ni nak ngorat awek pun kena validate, awak dah dua dos? Agak saintifik jugak salam perkenalan tu. Pfizer ke AstraZaneka? Kat situ boleh sukat chemistry.


Kalau macam aku, yang tak dapat lari dari imej berkerusiroda, ada satu soalan yang sudah menjadi klise walau di mana aku berada. “Eksiden ke?”. Kalau malas nak drive aku akan naik grabcar, belum sempat aku tanya dah berapa lama dia bawak grab, dia dah tembak “eksiden ke?”. Kalau grabfood atau pandafood muncul kat pintu pun dia tanya “eksiden ke”. Pergi kedai runcit pun orang tanya “eksiden ke”. Nak pergi cucuk vaksin pun nurse tanya “eksiden ke”. Pergi kedai makan, waiter datang bukan tanya aku nak makan apa tapi tanya aku eksiden ke. Memang muka eksiden aku ni. 


Sebenarnya aku okey je cuma sebab dah berulang rasa macam malas la sikit. Macam manalah Amy Search boleh nyanyi lagu Isabella sampai 30 tahun, tak boring ke dia? Oh lupa plak, dia nyanyi dia dapat duit. Lepas ni kalau orang tanya eksiden ke aku akan jawab, injured masa main bola wakil Malaysia lawan Argentina 1998, masa tu sepupu Messi jadi striker dia pass kepada adik angkat sebelah mak Sergio Aguero yang kemudian mengelecek ke arah pintu gol, ke kiri ke kanan bola seakan melekat di kakinya, aku yang masa tu baru berusia 17 tahun terus mengekori rapat lalu apa lagi…zasssss aku mencuri bola dari kakinya dengan mudah dan mengawal bola, tiba-tiba datang Carlos Tevez membentes dari belakang hingga aku pun terjatuh..lepas dari tu aku tak main bola dah , aku apply kerja bank.


Tapi nak pendekkan cerita, eksiden.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home