WABAK DAN MABUK
Ketika musim wabak melanda ni , semua orang mengambil langkah berjaga-jaga, contohnya memakai mask, mengelakkan dari berada di tempat tumpuan pelancong ataupun masuk ke masjid sebab masjid tak ramai orang biasanya.
Lain pula dengan perempuan kegemaran aku, memandangkan musim wabak dengan trend, dia duduk rumah mengeruhkan lagi keadaan dengan cara layan filem Contagion kemudian sambung pula dengan filem Flu, dua-dua filem ni berkisar tentang penyakit berjangkit yang kritikal betul sampai dia taknak keluar rumah.
Aku yang biasanya tak kisah duduk rumah lama-lama, tiba-tiba rasa gelisah pulak, tapi aku cuba relaks dan baca buku yang masih pending dalam telefon bimbit. Kemudian main dumble bagi hilangkan sengal-sengal, kemudian monitor aktiviti-aktiviti masyarakat di mukabuku dan selebihnya makan.
Ada satu perasaan yang paling penting selain kejayaan, kekayaan, excited, rasa dihargai dan lain-lain, perasaan tu dipanggil feeling at home. Maksudnya sejauh mana kau pergi pun, bila berada di rumah kena ada satu perasaan aman untuk merehatkan segala perasaan-perasaaan lain - feeling at home. Harap feeling at home ni dapat juga merehatkan perasaan kecewa dan gundah gulana.
Kalau keluar rumah yang kita perlu risau pun tak semestinya virus, tapi yang sedia ada pun sebenarnya sudah agak bahaya, contohnya godaan air boba dan lain-lain minuman yang mengundang diabetes pembunuh bersiri, cuma setakat ni minum air boba belum kena saman macam hisap rokok.
Pemandu mabuk pun sangat bahaya sejak akhir-akhir, dah macam wabak pula kes-kes mabuk. Mungkin sebab pesalah mabuk dilindungi, maka wabak mabuk terus menular. Ek? Apsal mabuk pulak yang dilindungi, bukan mabuk yang patut dihindari ke.
Kalau nak keluar pakai mask pun kena pastikan betul supaya tak sia-sia, lagi pulak banyak mask pun made in China ye tak.