Perempuan kalau pergi kedai makan, bila makanan masuk mulut je terus dia nak bagi komen. Tak perlu nak tanya atau mintak pendapat, dia secara sukarela akan bagi terus. Kadang komen-komen terlalu terperinci, sekali suap dia bagi komen. Suapan kedua, dia komen, suapan ketiga..komen. Kemudian akan disusuli dengan analisa cara masakan atau resepi, termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Kalau nasib tak baik, makanan tu tak kena dengan selera dia, tahanlah kau dengar dia komplen dan buat perbandingan dengan lain-lain kedai. Itu belum masuk hal harga dan layanan terhadap pelanggan.

Sebagai pendengar yang baik, sila lah dengar kalau tak nanti kena bawak ke kedai lain pulak.
‌Benda ni ada bagusnya dalam meningkatkan kualiti makanan dan servis, tapi kadang sedikit memutuskan mood aku yang datang sekadar nak makan bukan nak menjuri atau memberi markah. Lebih-lebih lagi bila aku pulak yang ditanya "sedap tak? sedap tak". Kalau aku jawab sedap, kena beritahu sedap macam mana, kalau beritahu tak sedap, ditanya pula kenapa tak sedap. Aku bukan pandai sangat nak jelaskan pasal makanan, kadang-kadang kalau amik nasi kosong dengan lauk-pauk tu, bila nak bayar aku tak tahu apebenda lauk yang aku makan. So, jenis-jenis ikan pun aku tak arif nak bezakan, siapalah aku untuk komen lebih-lebih.

Ironinya, dengan kepakaran dan pengetahuan serba-serbi orang perempuan, selalu bermimpikan makanan dan like & share gambar tempat makanan di media sosial, bila ditanya...hari ni nak makan apa. Tak pernah nak bagi jawapan yang jelas, korang pun tahu apa jawapan yang tidak berbentuk jawapan yang diberi. Kadang-kadang hanya renungan panjang.

"Tak tahulah..awaklah pilih"

Whaaaaat....
Aku baru belikan kasut sukan untuk isteri aku. Susah sebenarnya nak ajak dia beli kasut sukan, sebab dia akan prefer untuk beli seluar jeans, beg dan benda-benda lain. Oleh itu aku kena alihkan fokus (tanpa paksaan) dia kepada kasut sukan atau seluar sukan setiap kali. Sebab kalau kluar duit untuk beli barangan sukan ni lebih berbaloi untuk menaikkan spirit dia untuk bersukan, bersukan tu kan bagus untuk awet muda. Sapa taknak isteri awet muda?

Bukan apa, setiap kali nak ajak berjogging misalnya, mesti beliau akan  menjadi kreatif dan mewujudkan alasan entah dari mana . Antaranya kasut sukan tak ada, seluar sukan belum basuh, hari nak hujan. Yang paling latest , "biarlah saya betulkan diet dulu". Yang ni aku pelik sikit, apa dia ingat dia nak main sukan komanwel ke apa nak kena kira diet baru leh main, jangan dia kata nak kena buat ujian air kencing dulu dah lah. Bila semua alasan dah expired..di suatu pagi aku pun kejutkan dari tidur.Tanpa paksaan aku tanya "Nak ikut saya ke taknak?"

Duduk termenung beliau di depan aku nemikirkan jawapan. Sambil menunggu jawapan keluar dari mulutnya, aku buat senaman dengan dumbell dulu. Aku menjangkakan jawapan ni akan melalui proses yang lama, makin lama ditunggu lagi solid badan aku. Nak ajak kawin dulu pun tak sesukar begini.

Pernah aku jumpa satu tempat ni yang sesuai untuk bersukan atau beriadah, aku pun bawak beliau bersama-sama. Sampai je kat tempat tu, kami pun ke kaunter pendaftaran. Begitu banyak kemudahan sukan kat tempat tu membuatkan komuniti setempat menjadikan ianya sebagai centre untuk bersukan, ada court badminton, kolam renang, gymnasium, skuasy, padang bola pun ada. Beliau pun kagum jugak dengan segala kemudahan serta yuran yang murah, tapi kagum tu tiba-tiba berderai menjadi debu apabila beliau nampak sebuah kafe. Literally beliau tinggalkan aku untuk masuk ke kafe, begitu laju dan tak sempat aku nak tangkap, belum sempat apa-apa beliau dan beramah mesra dengan owner cafe dan dah bersiap sedia nak order kek untuk dimakan.

Aku jadi serba salah, sama ada nak layankan bini atau  kekalkan pada objektif asal, isteri aku dah tersenyum-senyum simpul tengok makanan, kali ini aku memilih untuk meneguhkan niat dan beritahu "Datang sini nak pergi gym, pergi gym dululah". Owner kedai pun macam memahami dan mengiyakan kata-kata aku, owner kedai pun kata lepas bersenam boleh datang dan kemudian isteri aku menyerahkan semula menu kepada owner kedai. Nampaknya masih jauh lagi perjalanan.....


Di dinding sebuah kedai gunting rambut terpampang wajah seorang pelakon bollywood fofuler.

"Kasi potong sama macam tu Shah Rukh Khan"

"Ini kasi saya 5 ribu pun tak boleh buat Shah Rukh Khan"

"Mahatma Gandhi"

"Ok sepuluh ringgit."


Tahu nak kerja senang je penggunting rambut zaman sekarang.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home