Hujung 2018 di suatu malam yang sunyi. Aku dirasuk/dijebak satu entiti tak dapat dikenalpasti.Tidak semena-mena aku telah mendaftar/bayar untuk sertai larian marathon 16 jam, minimun kena lengkapkan 50km.
Sebenarnya 10km pun aku tak pernah cuba. Jadi, bilamana aku masuk untuk minimum 50KM, maknanya sekaligus aku dapat cuba 10km yang pertama, 20 km yang pertama dalam hidup, 30km, 40 dan 50 km. Secara pukal lah senang cerita, tapi tu la..nak settle kena perah air peluh bukan air liur.
Yang bagi semangat nak join pertamanya sebab ada member, kalau sorang-sorang join mungkin akan banyak teringat pada kunci kereta dan rindu memberat kepada sofa kat rumah. Keduanya sebab format loop, boleh manage masa yang diberikan mengikut kesesuaian individu.
Dan boleh makan-makan jugak
PROLOG: Aku datang awal. Bila parking je kereta aku pun bukak spek mata nak lap. Tiba-tiba dengan tenang spek mata aku patah bingkainya. Spek mata ni memang memilih hari yang paling tak sesuai untuk patah. Dia tak memilih untuk patah depan shopping mall, tapi memilih untuk patah masa aku nak marathon. Nice.
Tapi usah khuatir. Memandangkan company tempat aku kerja ada bagi bajet untuk optical, jadi aku memang rajin tukar spek untuk utilize bajet tersebut, maka kat seat belakang ada spek back-up.Lega.lega.
Marathon start pukul 830. Aku makan burger cheese daging disirami air fresh orange (orang belanja).Sambil makan bersembang dengan Din dan Amir yang sudah berpengalaman dalam bidang ni, aku cungkil sikit idea-idea untuk menamatkan marathon dan amik tahu jugak pasal format dan peraturan.
10KM : Ni kiranya testing pace dan lawat kawasan dulu. Secara kasarnya laluan boleh hadam, ada dua bukit yang mengusik perasaan tapi masih boleh dibawa berbincang baik-baik.
Memang steady la move tak henti untuk 10km. Tapi aku bisikkan kat otot aku supaya dont get too excited, tahniah untuk 10km pertama tapi bawak bertenang sebab malam masih remaja.
20KM : Menamatkan 20km (dalam kul 11-1am lupa dah) aku dah boleh berkenalan dengan otot-otot badan aku. Mereka dah mula menegur dan bercakap-cakap dengan aku, aku balas sapaan mereka dalam hati. Taknak otot merajuk awal aku pun rehat dulu, lagipun kalau diikutkan timing, still on track. Tengok live score pun Liverpool tengah leading, aku jadi bersemangat sikit, nampak brader pakai jersi Liverpool tengah berlari aku jerit "Liverpool menang woi".
25-30KM : Aku berhenti dan baring jap sambil sempat tengok highlight kemenangan Liverpool 4-3. Pastu terlelap 10 minit lebih kurang. Bangun je tidur aku cari Din untuk meneruskan perjuangan. Sempat lah makan kudap-kudap sikit, sambil pekena air gedegang se-tin, tapi yang mesin ni tak berapa gedegang bunyinya, hampir tak berbunyi.
Sempat makan bubur nasi dengan sup ayam.
40KM : Ni fasa yang paling menduga zahir dan batiniah. Aku memang taknak push sangat sebab ni pertama kali nak bersuai-kenal. Training pun tak mantap. Macam kita baru first date dengan makwe, jangan terus sembang pasal khemah kahwin. Aku dah beberapa kali berhenti di bus stop mengira-gira kudrat. Fasa ni aku dah start pasang lagu Awie Live unplugged 1995 sambil turut bernyanyi...ohhh mengapa aku, dilukaii.
didusta..dipenjara begini..oh cinta, manisnya jika tiada..rahsia..antara kitaaaa. Terhibur jugaklah hati ini.
Sempat makan dadih coklat.
50KM : Menjelang 50KM ni azan subuh dah berkumandang, berhenti dulu lah dengan larian berbaki 5KM. Din time ni dah selesai dan solat dengan tenangnya. Aku tak terus habiskan larian, taknak rush sangat sebab takde apa pun yang nak dikejarkan, bini pun takde call-call suruh balik.
Sempat makan nasi lemak (sambal sedap) dengan lempeng.
Teruskan 5KM terakhir sambil menikmati pemandangan matahari terbit.
Epilog: Lepas tamat Marathon aku cari Din. Rupanya dia dengan Amir layan tidur beralaskan karpet ditemani seekor kucing garang. Kucing tersebut sempat gigit medal dan tangan Amir. Sebelum pulang, sempat lagi berselfie-sama dengan medal dan T-shirt finisher. Secara keseluruhannya, berpuas hati dan berterima kasih kepada Din, Amir, semua peserta dan organizer kerana memberi sokongan.
Note: Kena kuatkan muscle.
1 comments:
Well done. Awal habisnya! Saya habis dalam jam 10pagi...sebab layan makan bubur ayam bermangkuk2 😁
Post a Comment