Munafik 2
" Akan ada satu (makhluk) lagi yang muncul dan menghasut anak adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL ! "
1. Aku cukup memandang tinggi pada filem Munafik yang pertama, terutama sekali pada penyampaian atau sisipan idea dan nilai keredhaan yang sebenarnya sukar nak diperjelaskan dengan perkataan, aku tak sempat nak ulas filem Munafik pertama tapi boleh dibaca di blog manusia berubah, memang padu dan sekaligus menjatuhkan hukum wajib tonton pada filem Munafik 2 .
2. Ini adalah filem berat dan serius. Agak sukar untuk menjadi begitu teliti apabila menonton dalam keadaan letih dan sedikit mengantuk, fokus tu akan goyang sikit. Dari satu segi agak mudah untuk aku katakan Munafik 2 sebagai tak best , tapi cerita ni aku rasa memang dibikin kompleks dengan plot dan mesej yang agak 'dalam'..antara sampai dan tak sampai, nak faham secara pandang pertama kena laju dan ada asas dalam topik-topik tertentu.
3. Ada ketikanya aku agak rimas jugak dengan pengisiannya tapi kena lah senario semasa. Dalam filem ni menggambarkan bagaimana manusia berlawan siapa yang lebih patut masuk syurga siapa yang patut ke neraka, siapa lebih tinggi ilmu, siapa sebenarnya penunggang agama dan siapa sesat siapa tak sesat.
4. Level seram aku rasa boleh dipuji, visual dan persembahan hantu /syaitan memang terbaik. Macam biasa cerita seram banyak terkejut-terkejut. Tapi secara peribadi kat aku, takdelah sampai rasa nak terkencing atau terbayang-bayang.
5.Dialog antara Ustaz Adam dan hantu-hantu yang muncul mengandungi pesanan dan petunjuk kepada ustaz Adam dan juga penonton. Kalau terlepas maybe kena repeat. Ada juga ayat-ayat pemusnah sihir atau ayat untuk melindungi diri dari sihir, pengarah mesti dah buat kajian tentang perubatan Islam. Dalam masa yang sama ada ilmu dan dakwah.
6.Aksi berlawan pun agak menarik, cuma aku tak boleh terima ada scene Sakinah ( Maya Karin) dengan sewenangnya 'membelasah' konco-konco Abuja (Nasir Bilal Khan) tanpa banyak tentangan.Watak Abuja tidak diperkenalkan dengan baik,tanpa asal usul dan sebab musabab terus wujud secara stereotaip, nampak ada kelompongan meskipun lakonan bagus.
7. Ada ilmu yang boleh diperhalusi, secara spesifiknya berkenaan dengan fitnah dan dakyah-dakyah yang susah untuk kita jangka dan kenal. Perjuangan fisabilillah penuh rintangan harus dilalui. Kerja dakwah memang kerja antara hidup dan mati, musuh yang di depan bukan acah-acah.
8. Filem Munafik 2 ni ada berkait dengan jalan cerita Munafik 1, sedikit sebanyak persoalan di Munafik 1 ada dijawab dalam filem terbaru ni. Pergolakkan dalaman Ustaz Adam pun memang dilihat masih berlanjutan sampai sekarang.
9. Secara keseluruhannya tak patut aku kata filem ni 'tak best', cuma mungkin plot agak kekok
di mata aku. Selebihnya memang berbaloi dan tidak akan bertaubat untuk menantikan Munafik 3.
3 comments:
Apa maksud pergolakkan dalaman?
Apa maksud pergolakkan dalaman?
Terima kasih utk review ni. Ada terbaca review org lain yg mcm ni jugak tak sehebat Munafik 1.
Post a Comment