Nak dekat pilihanraya ni, aku dengar-dengar parti sana-sini dok campak duit kat masyarakat. Dah macam bagi merpati makan.

Ada yang campak bawah.
Ada yang lambung atas
Tepi.
Kiri.
Kanan.
Belakang.
Leret.
Bergolek.
dan sebagainya.

Meriah, cukup meriah.
Tapi yang aku konfius tak boleh blah, apesal dalam banyak-banyak tu, yang bergolek yang meleret, satu pun tak kena kat aku. Kenapa dan bagaimana boleh tak kena.


**
Manifesto : A manifesto is a published verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issuer, be it an individual, group, political party or government. 

Moneyfesto : Pesta Wang, non-verbal declaration of the intentions, motives, or views of the issueer, be it an individual, group, political party or government.




**


Aku tak tahu sebab musabab why setiap kali aku akan menjawab dengan kukuh "Tak ada" bila ada rakan sekerja mengacu soal "Kau ada blog?".


Perbualan serupa ini terjadi lagi minggu lepas, ketika aku berbasa-basi dengan seorang rakan pejabat di department sebelah. 


"Apsal, apsal tanya camtu, aku ada blog ke tak" soal aku balik dengan rasa agak hairan berbaur bimbang bila secara rambang ditanya tentang blog.


"Sebab aku tengok kau macam orang ada blog"


Aku garu-garu kepala yang memang gatal dek kelemumur. Aku tak tahulah reason aku jawab takda, sama ada paranoid taknak ummat pejabat tahu nota-nota aku atau taknak too naive to believe everyone can be kawan.


Tak lama kemudian, ketika basa-basi menjurus ke arah bola sepak. 


"Kau pun ada main fantasy football ? ( competition in which participants select imaginary teams from among the players in a league and score points according to the actual performance of their players), dia tanya aku.


"Ada" jawab aku.


"Aku dah agak dah, aku dah agak, mesti kau pandai kan pilih-pilih pemain kan, kau nombor berapa sekarang?"


Kebetulan kedudukan aku memang teratas di liga.


"Aku dah agak dah, aku tengok kau aku boleh tahu..haha, sebab tu aku tanya kau ada blog tadi" kata dia sambil melihat muka aku.

Nampaknya muka seposen aku dah tak laku sejak akhir-akhir ni, orang dah boleh baca respon dan realiti, aku kena lari tipikaliti. Untuk pengetahuan semua, aku memang ralat dengan tipikal or something yang too predictable, serupa macam dengar lagu berulang di radio rasa nak tukar siaran.

Sebagai contoh, di setiap tiap tempat makan kan kita akan ada makanan kegemaran atau makanan wajib order, so aku akan order benda yang sama, paling tidak pun 8 daripada 10 kali akan order benda sama. Namun, benda yang aku rasa tak boleh blah, apabila ketika nak pesan makanan, tukang amik pesanan tu sendiri dengan muka bangga terus tanpa segaris ragu nyatakan aku nak order apa, eh..dia pulak yang bagitahu aku sebelum aku bagitahu dia, moment tu aku akan rasa tak boleh blah dan terus aku tukar order yang terniat. Sanggup aku nak order benda lain tahu tak, sanggup.

Dukun Dan Dain Said - Setelah Lebih Sedekad

filem dukun review

( Bacaan lebih crispy jika sudah menonton Bunohan dan Interchange, mungkin juga Pak Ya Cong Codei)

1. Selepas membikin filem Dukun dan kemudiannya tidak ditayang, pengarahnya bernama Dain Said telah menghasilkan 2 lagi filem yang aku suka iaitu Bunohan dan Interchange. Ketiga-tiganya berunsurkan elemen mistik yang berkesinambungan dengan sejarah atau mitos. Tema sebegini boleh dikatakan segar dalam industri filem melayu. Jangan samakan dengan filem hantu-hantu mekap (tiada pertembungan dengan hantu dalam filem ini).

2. Sama seperti Bunohan dan Interchange, filem Dukun membariskan pelakon-pelakon terbaik tanahair. Ummie Aida, Faizal Hussein, Bront Palarae dan Namron (sekadar menyebut beberapa nama), bukan sahaja pelakon utama malah pelakon tambahan pun bukan calang-calang. Pelakon yang tampil membawa watak, bukan tampil dengan follower instagram yang ramai.

3. Dukun, bagi aku sebenarnya lebih kepada surreal / crime daripada seram, sama juga seperti Bunohan dan Interchange. Aku tak dapat lari dari menyebut kedua-dua filem arahan Dain Said tersebut. Nampaknya , karya pengarahannya betul-betul meninggalkan cop mohor / trademark dalam filem. Maafkan aku untuk itu.  Filem ini amat visualisasi, kena jamah dan terjemah menerusi frame by frame, aku pun tak arif nak menelaah sedalamnya.

4. Sebenarnya , banyak persoalan yang muncul tatkala menonton filem ini, jalan ceritanya / plot akan membawa penonton berfikir dan berfantasi sendiri, izinkan saya menyebut sekali lagi, sama seperti ketika menonton Bunohan dan Interchange. Timbulnya tanda tanya tidak bermaksud filem-filem ini longgar, sebenarnya filem ini jenis tidak menyuap sebaliknya mengajak penglibatan penonton.

5. Filem Dukun, meskipun ada masanya terasa seperti sebuah dokumentari, meletakkan persepsi yang berlainan dalam mezahirkan kes kematian / pembunuhan kejam. Sekali lagi, izinkan saya sekali lagi, sebagaimana filem Bunohan dan Interchange, semuanya berkait dengan kisah pembunuhan dan mata filem dikaburkan antara baik dan jahat. Hal ni sebenarnya lebih realistik, filem-filem tipikal selalunya membangun watak orang baik sebaik-baik, orang jahat pula sejahatnya, sedangkan realiti hidup diri manusia sebenarnya bukan semudah itu (sila rujuk watak Pak Ya Cong Codei).
filem dukun review


kanak-kanak ditatang seperti minyak penuh,
yang disayang tanpa setitis nila,
penenang mata pelengkap jiwa raga, 
wanita dicinta penuh puja teruja,
dibaja bercambah berbunga,
bagai bulan jatuh ke riba,
laki-laki dikasihi dengan terma,
selagi kudrat terberi, selagi salah silap diterima. 

manusia mencari cinta pada kriteria,
menyambut janji di atas acara,
harung hidup utara selatan,
melangsai jasa dengan tuntutan,
luhur dan tulus perkataan hadirnya pupus,
jalani hidup dalam kamus,
sunyi dan seorang memenuhi ruang,
menggilap luaran dalaman terbungkam gersang.

tanggungjawaban menjadi landasan berpanjangan,
yang terus aman,
tak bertaman hanya kitaran,
cinta resiprokal tinggal teoritikal,
kekal kritikal dan teaterikal,
sembunyi dalam kubikel dalam nilai sentimental,
ditemukan dalam pencarian mereka yang tidak gentar gementar mencabar arus sedar.


Dah lama tak buat review buku. Kadang aku dah baca buku sedap, aku tak buat review sebab rasa macam review aku tak dapat do justice to the book. Kali ni aku ingat nak tinggal komen sikitlah, tak cecah tahap review lagi. Dapat gaji tempoh hari, aku ada beli buku yang dah lama aku perhatikan kat rak buku MPH. Dari tahun lepas aku pegang buku ni, tapi aku letak balik, aku pegang, aku letak balik. Aku kalau nak beli buku bahasa melayu dan hasil tangan orang Malaysia ni memang agak selektif, teragak-agak dan terkemut-kemut, tapi kali entah bakteria apa merasuk aku dah terkendong ke kaunter pembayaran.

Buku ni tajuknya Ambivalen. Kemain kemas tajuknya, macam nama saintifik. Ambivalen menurut Kamus Dewan ianya bermaksud mempunyai perasaan yang bertentangan terhadap seseorang, sesuatu atau keadaan. Yakni ianya seperti rasa benci dan sayang pada seseorang pada masa yang sama. Aku pun pernah rasa perasaan ambivalen ni, masa tu aku rasa nak terberak dan dalam masa yang sama mengantuk tahap gajah-gajah. Memang hebat perasaan ambivalen ni.

Apa yang menarik mengenai buku ini? 


Percayalah cakap aku, menariknya buku ini terletak pada Kulit buku depan dan belakangnya, sahaja. Aku melihat buku ini berjaya lari tema novel-novel melayu picisan dan tipikal, dari segi kulit bukunya! Boleh nampak adanya pembaharuan dan anjakan paradigma di kulitnya, namun sayang isinya masih kisah anak dato, yang ada maid, ada pemandu peribadi, kemudian bisnes antarabangsa juta-juta, bercinta dengan orang biasa-biasa, ada konflik dalaman dan jiwa-jiwa sikit - multiple personality disorder, akhirnya kahwin dan pregnant dijadikan pengakhiran cerita agung ini. 



Kalaulah aku tahu, baik aku beli kulitnya saja. 

Kulit Belakang

Kulit Depan

Patutnya novel ni diberi tajuk Kekasihku Bukan Kekasihmu Harap Maklum atau Tergantung Sepi Tak Bertali Ikat Tepi, tak payah nak Ambivalen sangat.

Rakan sepejabat aku yang cuba-cuba nak eat clean mengomel. Katanya makanan berkhasiat ni bukan main harganya, mahal berbanding kebanyakkan. Aku mengiyakan, selalunya yang membeli barangan dapur di grocery sebegitu adalah orang ada-ada. 

Dan orang yang tak ada-ada, akan ambil sahaja selagi harga mampu milik, kalau ada lebihan baru beli yang darjat atas sikit sekali sekala. Kami orang kebanyakkan, mengutamakan kemampuan makan sehingga akhir bulan daripada eat clean ala western yang perlukan kos pentadbiran perut yang tinggi.

Sebab tu aku tak setuju kalau orang kata, rakyat Malaysia gemuk-gemuk sebagai petanda kita cukup makan dan kaya, sebab gemuk juga sebenarnya petanda tak cukup duit untuk membeli makanan yang sewajarnya. Sekian, 2 kupang aku.

Yeah

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home