Ramai yang tak tahu, aku sebenarnya mempunyai pasangan kembar. Kami sama-sama membesar secara kacak. Seperti pasangan kembar yang lain, kami selalu bersama dalam mengharungi ranjau dan turun-naik/ klimaks duniya. Jikalau lama tak bersua, rindu akan muncul bagai bulan mengambang  dikandung awan. Pasangan kembar aku tu namanya, bola sepak.

Bola sepak merupakan sukan yang bukan biasa-biasa. Bagi yang tidak selami, mendalami dan mengalami akan menganggap sukan bola sepak adalah sia-sia atas pertimbangan 22 orang pemain mengejar sebiji bola yang kasihan. Namun, sebenar-benarnya, dalam bola sepak itu, beradanya olahraga dia mana pemain berlari pecut, melompat tinggi menanduk bola, melipat bola seperti ahli gimnas, melontar bola, kadang-kala bertinju dengan pihak lawan, di mana semua ini memerlukan keunggulan tubuh badan yang bukan biasa-biasa.

Taktikal pula, jika mahu disusun, diatur dan dicerita satu persatu, takkan habis seperti menghitung dosa manusia se-dari lahir. Aspek psikologi juga amak berperanan dalam menggerakkan sukan dipanggil bola sepak ini, baik pemain mahupun penyokong, mental kena padu spirit kena teguh. Naik atau jatuh, jangan perlu sesama kita bermusuh(secara peribadi).

Ironinya, aku mengenal bola sepak bermula apabila aku tidak lagi boleh bermain bola sepak. Selepas berlaku kemalangan pada suatu hari yang dinota, algoritma tubuh badan aku dah berubah lalu aku mengenali bola sepak dari tepi padang atau di mana-mana saja bola sepak berada. Kalau bola sepak dimainkan di padang, maka tepi padang lah aku menyaksikan. Kalau bola sepak di jalan raya, maka di tepi jalan raya lah. Bila bola sepak sudah mendiami kepala, maka bola sepak boleh di mainkan di mana-mana sahaja.

Masa zaman sekolah, ketika waktu rehat yang singkat tu, rakan sekelas aku akan berlari ke kantin sepantas Mo Salah membeli makanan mengalas perut lalu lekas-lekas bersedia di kawasan lapang bersimen untuk bermain bola sepak. Walaupun namanya bola sepak, tapi yang disepak tu kadang tin minuman, botol, bola tennis atau gumpalan padat kertas-kertas yang dibaluti dengan pelekat lalu dibentuk bulat. Dan aku di tepi gelanggang, diam-diam menyimpan perasaan tidak sabar menanti mereka beraksi (seperti kucing melihat ikan). Dari sudut itu aku dapat melihat mana yang berbakat dan mana yang berkarat, di kalangan kawan-kawan itu , aku mempunyai pemain-pemain  pilihan aku, sama seperti menonton bola di peti televisyen aku akan bandingkan cara bermain mereka seperti pemain bola profesional.

Ada yang mempunyai teknik hantaran bola yang baik, ada yang sepak bola macam orang mabuk ketum ,ada yang gemar skor gol saja demi meraih populariti, ada yang mempunyai kawalan bola yang baik dan tendangan padu tapi suka main jadi penjaga gol, ada juga yang licik macam scammer, ada jugak main tak seberapa tapi gaduh je yang lebih.. had yang ni aku paling tak gemar sebab game akan terhenti pastu abis awal, potong betul lah. Ego dan kesamsengan patut jangan dibawa masuk padang.

Aku agak bertuah jugak sebenarnya sebab batch aku pada ketika itu boleh dikatakan mewah dengan bakat dan potensi bola sepak, sama ada mereka mahu membawa terus bakat itu atau menyerah kepada bakat lain itu cerita lain. Dengan bakat-bakat yang ada ketika itu, berpeluang menyaksikan mereka bermain bola secara tulus, percuma dan live adalah kenangan zaman kanak-kanak aku yang menyenangkan. Agak bersifat syok sendiri untuk membuat kenyataan sebegitu, namun keyakinan aku sebenarnya berasas apabila sekolah aku menjadi juara peringkat daerah dan salah seorang pemain terbaik kami sekarang dah jadi kapten futsal negara. Tahniah.

Bila masuk sekolah menengah, aktiviti main bola waktu rehat ni dah kurang, bakat bola sepak di kalangan rakan sekelas pun aku tak perasan. Malang sungguh nasib aku ketika itu. Bila waktu pendidikan jasmani pun sambutan untuk main bola padang tak meriah, yang boleh main selalu nau tak bawak kasut, sibuk buat kerja sekolah semalam, yang pergi main pun tak berapa nak fit, aku nak tengok pun tak lalu. Pada waktu tersebut aku dah kurang tengok kawan-kawan main bola sebab kawan-kawan aku tak reti main bola. Maka, hubungan aku dengan bola sepak lebih  kepada menonton di TV (siang/ malam) , berhubungan melalui suratkhabar dan permainan bola sepak di PC sahaja.

Masuk ke Universiti, main game bola menjadi lebih sedap sebab ramai pencabar, ianya adalah sesuatu yang mengujakan untuk aku selain pergi kuliah (ceewah). Kawan-kawan aku ketika itu ramai peminat bola sepak, disebabkan sama anutan bola sepak maka tak susah nak cari geng untuk tengok bola /sembang bola. Kalau di kalangan kawan lelaki, lebih ramai yang minat bola daripada yang tak minat. Kemeriahan tu dapat dirasakan lebih-lebih lagi bila ada kejohanan besar seperti European Champions League / Piala Eropan / Piala Malaysia atau World Cup. Lain-lain kelab pilihan tak mengapa, yang penting semangat kesukanan tersemat di dada dan bukan menyokong kelab semberono seperti Manchestet United, eh?


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home