Tak banyak masa aku luangkan untuk menulis dan membaca blog. Aku tak rindu, serius tak rindu mana. Cuma bila aku taip sms dan hantar, kemudian aku letak telefon bimbit kat telinga seperti menanti panggilan diangkat, itu simptom fikiran aku tak centre. Equilibrium tak tercapai dan aku perlu berehat. Menulis ini adalah rehat dan tafakur, merawat dan melepas sejenak.

Oh ya, ramai dah tak menghantar sms macam aku. Telefon bimbit aku tak smart macam aku, at least itu yang aku fikir. Memang ada orang kata aku humble sebab tak menggunakan telefon pintar, mungkin dia rasa aku  mampu beli telefon pintar maka aku harus beli telefon pintar, cuma aku tak sependapat begitu. Lagipun, tak sepatutnya aku membeli sesuatu hanya kerana mampu. Kalau barang percuma sekalipun, jika tidak mendatangkan lebih kebaikan, mungkin lebih afdhol beri pada orang lain.

Keadaan di tempat kerja juga semakin menekan aku untuk sentiasa sharp dan memberi sepenuhnya komitmen.Kehidupan di luar ofis juga tidak kurang hebat. Boleh sakit jantung dibuatnya. Nak elakkan aktiviti tekan-menekan di efek organ dalaman dan sampai ke otak misalnya, hari sabtu dan ahad biasanya aku akan bersukan dan melepaskan neuron-neuron jahat. Kalau weekday pun selagi ada peluang, cuba juga mengamalkan gaya hidup sihat.

Hal menulis pun satu hal lagi.Setelah sekian lama berehat dari menulis sebarang nukilan, otak ni terasa sembelit. Nak update facebook pun lemah. Perkataan terasa susah nak keluar. Saat ini aku memerlukan pencetus untuk ganglioksida ber-reunion semula. Oleh itu, untuk dapatkan kembali mojo menulis nota, kalau yang terbaca tulisan ini ada apa-apa soalan /cadangan  yang hendak diaju, sila tulis di ruangan komen.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home