Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru
Orang sekarang yang pergi makan pun bukan boleh nak makan diam-diam, mesti nak tangkap-tangkap gambar upload kat faceebook instagram, kemudian viral.Kita ni bila ada kedai makan yang viral je mesti rasa nak menjejer air liur, mulalah kaki gigil nak pergi buat lawatan. Tengok gambar saja pun bukan boleh kenyang mesti nak jugak pergi makan jugak ye dak.
|
Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru yang kaya dengan hidupan laut |
Setelah lama memendam rasa, Isnin lepas aku dengan geng pun buat keputusan spontan nak ke Kundang untuk mengkaji tentang Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru. Kalau ikut pada foto-foto yang tersebar meluas di media sosial, char kuey tiow tersebut kaya dengan hidupan laut seperti udang, sotong dan tak lupa juga encik ketam. Sebagai seorang pencinta hidupan laut, benda macam ni tak sepatutnya dibiarkan begitu saja.
Kalau berdasarkan ilmu geografi dan metafizik (ikut waze), perjalanan dari rumah aku ke Kundang tu amik masa dalam 40 minit kalau tak silap. Dalam perjalanan tu sempat jugak aku baca ulasan dari pengunjung Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru, dari segi rasa ramai yang kata puas hati tapi yang tak sedap hati bila ramai yang beri maklumbalas yang terpaksa menunggu sehingga lebih 2 jam.
Punyalah lama, filem Munafik pun kalau tengok baru 98 minit je.
Bila dah kena tunggu sampai 2 jam ni aku expect dia punya sedap biarlah tahan sampai 2-3 hari, setidak-tidaknya layanan dia nanti biarlah elok tak rasa sampai nak cancel order ye tak. Tempat kalau boleh kalau tak bersih sangat pun janganlah pulak kotor. Walau apapun yang dikatakan orang di media massa, sebolehnya aku taknak terpengaruh, seeloknya bila sampai nanti..biar tekak aku yang alami sendiri, gitu.
Bila waze pun dah bagi petanda you have reach the destination. Kami pun memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Tak sabar rasanya nak menikmati Char Kuey Teow Tsunami Tasik Biru. Tak banyak yang aku boleh beritahu, melainkan kedai tu tutup pada hari Isnin. Kami pun berpatah balik dan cari kedai makan lain. Tak jadi pulak tsunami.