Tonton Filem Jengka



Hari minggu ingat nak duduk rumah je melingkar, lagipun cuaca kat luar bukan main panas terik, enjin kereta aku kalau cuaca panas dia punya prestasi tak cantik, biasalah kereta model zaman dinasour..dulu hampir-hampir nak berlanggar dengan T-Rex nasib sempat aku elak.

Sehinggalah tiba-tiba muncul Aziz M.Osman di kaca televisyen menghasut aku. 

"Saya geram tengok filem seram yang tak seram, jadi saya rasa saya mampu untuk buat sebuah filem seram yang betul-betul seram, maka terhasillah filem ini" lebih kurang begitulah intikata dari Aziz M.Osman yang cuba mempromosikan filem terbaru dia Jengka. Bukan main dia, tak tahula propa ke apa.

Aku nak kata minat sangat kat Aziz ni takdelah pun, tapi tak mengecewakan jugaklah. Yang aku kenal dia menerusi filem, Aziz ni serius dengan karya dia. Bila dia cakap dia geram dengan filem seram yang tak seram, dan dia boleh buat filem  seram yang seram,terus aku pegang pada keseriusan kata-kata dia, terus aku minta Eri book tiket. Lagipun dah lama aku tak tengok wayang filem melayu.

Atas genre filem seram, Filem Jengka ni pada aku tersusun plot dan jalan ceritanya. Tidak terkejar-kejar mahu memomokkan penonton dengan hantu. Dipaparkan terlebih dahulu pada realiti kehidupan pasangan suami-isteri dan adik-beradik. Kemudian dijelmakan konflik dengan watak antagonis iaitu telefon bimbit pintar dan juga penunggu.

Apa yang aku suka pada filem ini adalah ciri-ciri lokalism yang dipaparkan, terutamanya apabila menggunakan Jengka dan pokok kelapa sawit sebagai elemen seram utama. Sedikit sebanyak dapat lari dari elemen hantu Thailand atau Korea. Selain itu, filem ini buat aku ketawa pada bahagian kelakarnya, lebih daripada filem yang dilabel filem komedi. Nampak bersahaja.

Cuma, yang aku ralat dan kecewa apabila melihat kesan khas/grafik pada beberapa babak, nampak kekok dan boleh buat spoil mood, mungkin terhad kat bajet lah. Apapun kepada yang nak tengok filem Jengka, terutama kepada perempuan, kalau iye pun takut sampai tutup muka, tapi bila dah tutup muka sepanjang cerita pastu time tu jugak nak tanya apa jadi apa jadi, dari seram lama-lama boleh jadi geram dibuatnya. 

Aku pernah buat kajian tentang Bill Gates, seorang lejen yang namanya kerap dijaja pada musim keputusan peperiksaan keluar. Selain yang kita sedia maklum bahawa Bill Gates beberapa kali disenarai sebagai orang paling kaya di dunia, kajian aku turut merangkumi kisah peribadi serta sumbangan beliau kepada dunia menerusi Microsoft. Kajian tersebut bukan saja-saja untuk hiburan seisi keluarga, tapi ia untuk satu pembentangan kepada khalayak pelajar lain ketika itu.

Persediaan aku cukup padat dengan info-info penting dan menarik mengenai Bill Gates. Memandangkan gaya persembahan aku agak terhad, jadi aku lebihkan pada pemilihan ayat yang catchy untuk halwa telinga panel. Kebetulan pula, presentation aku menggunakan produk hasil air tangan Bill Gates sendiri iaitu Microsoft Powerpoint, jadi aku bercadang untuk buat gimik seterusnya mengangkat kehebatan Bill Gates dengan cara memulakan presentation lebih kurang begini bila diterjemah ke bahasa kebangsaan.

"Hadirin sekalian, orang yang ingin saya ceritakan ketika ini, merupakan seorang yang amat penting dalam memacu dunia ke era kemajuan teknologi, kebijaksanaan beliau telah banyak membantu manusia, termasuklah saya, di mana saya akan membentangkan sedikit sebanyak latar belakang dan sumbangan beliau dengan menggunakan salah satu produk hasil tangan beliau iaitu  Microsoft Power Point", ucap aku bersemangat sambil buat eye-contact, hadirin mula tertarik dan beri perhatian yang nampak ikhlas dari cahaya dari mata mereka, aku lega dan jadi lebih feel.

"Orang yang saya maksudkan tak lain tak bukan, orang paling kaya di dunia, Bill Gates" sambung aku lagi sambil menekan butang enter di komputer. Buat seketika takde apa yang keluar di skrin. Aku enter lagi, aku enter lagi. Aku mohon hadirin bersabar sebentar, aku godek-godek file, aku tak pandai sangat tapi buat-buat macam pandai lah sebab semua orang tengah perhati ni, selepas lebih kurang 5-10 minit mengodek..nampaknya hari tersebut bukan hari aku. Aku terpaksa teruskan presentation tentang sumbangan dan  kehebatan Bill Gates, tanpa bantuan Powerpoint dan kebijaksanaan Bill Gates.


"Maafkan saya, produk Bill Gates tak dapat membantu saya pada hari ini"


Sampai je ofis Miss Z tayang jam berjenama. Muka gembira bukan main dengan jam baru, ironinya datang macam lebih lewat daripada biasa je hari ni. Mungkin beli jam tapi tak cukup masa nak tengok jam. Macam aku beli buku tak sempat nak baca buku.

Dia kata lama dia nak pilih jam tangan tersebut, makan masa 2 jam dan beberapa kedai juga dia ziarah. Ada kedai jam tu dia reject sebab tanya soalan padu "Beli untuk buat hantaran ke?". Miss Z kata soalan tu macam nak kata dia tak mampu beli jam tu kalau bukan sebab hantaran semata-mata. Ah perempuan, suka mengada-adakan hal yang takde hal.

Lepas beberapa jam sebelum masuk waktu lunch, Miss Z  serabut tanya "Kau rasa macam lelaki tak jam ni? Cuba kau tengok,macam boyish tak aku pakai ke okey je, ada orang cakap macam lelaki lah"

Aku tengok balik jam tu dengan lebih teliti, aku menidakkan sekerasnya pendapat yang mengatakan jam tangan tu tak feminin. Dari segi warna, bentuk dan saiz bagi aku memang sesuai dengan perempuan berbanding lelaki. Tapi kata-kata aku tak dapat menyakinkan Miss Z.

"Aku ingat nak tukar lah, aku rasa tak konfiden pulak"- kata dia. Aku dah serabut nak cakap lebih, aku suruh dia tanya lelaki lain, aku tak suruh dia tanya perempuan sebab perempuan suka pusing-pusing ayat almaklumlah.

Kemudian aku suruh dia bukak jam tu aku nak pakai. Aku pakai pastu aku tunjuk kat dia. "Tengok..kan dah macam pondan kalau aku pakai ni" aku tunjuk bukti. Miss Z angguk-angguk. Aku tanya dia sapa yang cakap jam ni macam jantan, ekor mata dia tunjuk kat perempuan sebelah. Mengesahkan teori perempuan suka mengada-adakan hal yang takde hal, pastu sendiri pulak yang mudah terpengaruh dengan kata-kata.




Perkahwinan adalah satu permulaan, yang punya sebanyak mungkin laluan dan simpang-siur untuk dijalani. Ia adalah jalan kepada rahmat, ia adalah tiket amanah, lorong kebahagian,ruang rehat dan keseronokkan, ia adalah keberkatan, tapi jangan lupa ia juga merupakan persinggahan dugaan dan ujian bagi orang yang berani.

Salah satu dugaan atau lencongan yang aku alami adalah apabila isteri aku merupakan penyokong pasukan menang nasib Manchester United, sedangkan aku penyokong pasukan terkemuka Liverpool. Untuk makluman yang tidak mengambil tahu, Liverpool dan Man Utd adalah deathly rival club yang ketat sebagaimana Real Madrid/ Barcelona atau Umno dan PAS.

Jadi bila nak trash talk atau nak mengeji dan menganjing Man Utd, terasa kasihan pulak mengenangkan wajah redup si isteri yang tolong iron baju pagi-pagi, kang tersilap keji badan aku pulak tersilap iron. Padahal badan aku belum berkedut, bergetah adalah.

Sampai pernah si isteri tanya kat aku kenapa team kita rival, kenapa tak rival dengan team orang lain. Itu pun susah aku nak jawab, sebab bukan jodoh saja yang perlukan keserasian, rival pun perlu juga ada chemistry untuk fight, made for each other. Bertembung dan meletup.

Yang terbaru adalah beberapa jam yang lepas, bila mana Liverpool buat kesekian kalinya bertembung dengan Man Utd di Anfield yang tersohor, aku sungguh mengharap pada Liverpool untuk menang memandangkan Liverpool sedang berada dalam top form tahun 2015 tak pernah kalah pun. Aku pulak tengok kat mamak dengan seperjuangan, isteri taknak ikut sekali, pada firasat aku mungkin dia dah tahu team dia akan kalah jadi dia bercadang nak tidur awal.

TAPI, sayang seribu kali sayang, Liverpool boleh pulak berlakon tak power time gini, Gerrad pulak terjerat awal, terasa sakitnya tu di sini di dalam hati.Yang lagi sakit bila dah kalah tu nak start enjin kereta pun rasa lemah, rasa berat,rasa segan nak kena balik rumah jumpa isteri. Apa boleh buat..hanya mampu berdoa semoga isteri dah tidur
Orang perempuan kalau kata dia pokai, maknanya dia masih boleh lagi makan kat shopping mall, beli baju sehelai, beli topup henfon, mungkin tak dapatlah nak belanja kawan atau karaoke 1st class, berbanding dengan lelaki kalau kata dia pokai..maknanya ada lah seposen dua dalam kocek.

Eri pulak, kalau kata dah mengantuk, bukak henfon kemudian sejam dua barulah pejam. Jenis mengantuk yang siap boleh order burger daging ni betul aku tak faham. Aku kalau dah mengantuk..  . .
Sepejabat aku bila sampai ofis,  selain hoi dan tanya rehat pukul berapa, yang satu perempuan ni nama Z dia akan tanya "aku cantik tak hari ni?".

Yelah aku tahu ada perempuan pesen nak orang zikirkan kecantikan dia, amik gambar kemudian post dengan caption  'ala tak cantik hari ni :c ". Pancing.

Tapi yang budak Z ni bukan tanya-tanya ayam, ini dia betul-betul nak jawapan, dia kata dia tanya aku sebab aku jujur, serius dia cakap macam tu. Jadi orang jujur hidupnya susah tahu tak. Orang jujur digunakan bila perlu, dibuang bila tak suka.

Bila aku tak larat nak jawab aku mengeluh je la, sebab kalau boleh aku taknak puji, tapi bila dah kena tanya..aku terpaksa jawab secara objektif.

Bila aku jawab cantik, Z balas "thanks...aku tahu kau jujur". Bila aku jawab takdelah cantik sangat, atau tak cantik pun(muka keliru),dia kata "dahlah kau, malas nak layan".

What the..

Nak tengok filem P.K dengan terbaik dari langit tak dapat-dapat.Pastu Eri ajak pulak tengok filem cicakman 3. Dalam jangka masa separuh saat aku katakan taknak. Aku hanya akan tengok filem tu bila dibayar untuk tengok saja, aku caj RM2 setiap sepuluh minit, kalau cerita cicak tu 2 jam ampa darab lah sendiri kata terel. Kekwat tak.
Tahun 2000 dulu ada satu filem berjudul 6th day lakonan robotik dari Arnold Schwarzenegger. Ceritanya tentang pengklonan manusia dan seterusnya pencurian identiti. Di mana bila Arnold balik rumah, dia sedar ada satu klon yang 100% menyerupai dia telah ambil alih kehidupan dia sebagai dia.



Masa aku kecik memang aku tengok filem ni pakai vcd haram yang abang aku beli. Filem tu menggambarkan tahun 2015 yang serba canggih, korang boleh tengok trailer kat youtube untuk ketahui kecanggihannya, tapi setahu aku sekarang dah 2015 nak gi kerja pun jalan masih jem, internet pun kadang slow.

Cuma yang aku terfikir sekarang,okeh jugak kalau ada konspirasi untuk klon atau ambil alih identiti aku, dapat jugak aku tengok apa yang dia boleh,mampu,akan buat bila berada di tempat aku, nak jugak tengok diri aku dari kacak mata orang lain kan. Tapi jangan amik terus lah, dapat aku rehat 2-3 bulan untuk aku tak menjadi aku pun ok dah ye tak, ke macam mana.

Korang pernah tak masa nak bayar parking kat mesin, masukkan token pastu buat bayaran, baki yang patut dipulangkan adalah RM8, dia bagi duit syiling kesemuanya. Aku pernah kena kat parking pejabat. Bunyi syiling tu jatuh macam main mesin judi.

Lepas tu, disebabkan aku banyak syiling,  aku jadi tempat budak ofis nak tukar syiling untuk beli air tin/nescafe cawan 60sen kat pantri. Keluar dari mesin parking, masuk ke mesin air tin, nampak tak permainan dia? Mesin parking rupa-rupanya berkomplot dengan mesin air. Kita dah mula dikawal oleh mesin macam cerita Terminator.

Tinggal robot yang aku hantar dari masa depan je tak tahu kenapa tak sampai lagi. Entah-entah dia dah pergi rumah Zuan Bikin Panas tak, sebab makcik aku kata muka sama. Tak pun, dia pergi rumah Nicholas Saputra,muka seiras jugak..tapi aku lah yang kata.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home