Sakitnya tu di sini

Perkahwinan adalah satu permulaan, yang punya sebanyak mungkin laluan dan simpang-siur untuk dijalani. Ia adalah jalan kepada rahmat, ia adalah tiket amanah, lorong kebahagian,ruang rehat dan keseronokkan, ia adalah keberkatan, tapi jangan lupa ia juga merupakan persinggahan dugaan dan ujian bagi orang yang berani.

Salah satu dugaan atau lencongan yang aku alami adalah apabila isteri aku merupakan penyokong pasukan menang nasib Manchester United, sedangkan aku penyokong pasukan terkemuka Liverpool. Untuk makluman yang tidak mengambil tahu, Liverpool dan Man Utd adalah deathly rival club yang ketat sebagaimana Real Madrid/ Barcelona atau Umno dan PAS.

Jadi bila nak trash talk atau nak mengeji dan menganjing Man Utd, terasa kasihan pulak mengenangkan wajah redup si isteri yang tolong iron baju pagi-pagi, kang tersilap keji badan aku pulak tersilap iron. Padahal badan aku belum berkedut, bergetah adalah.

Sampai pernah si isteri tanya kat aku kenapa team kita rival, kenapa tak rival dengan team orang lain. Itu pun susah aku nak jawab, sebab bukan jodoh saja yang perlukan keserasian, rival pun perlu juga ada chemistry untuk fight, made for each other. Bertembung dan meletup.

Yang terbaru adalah beberapa jam yang lepas, bila mana Liverpool buat kesekian kalinya bertembung dengan Man Utd di Anfield yang tersohor, aku sungguh mengharap pada Liverpool untuk menang memandangkan Liverpool sedang berada dalam top form tahun 2015 tak pernah kalah pun. Aku pulak tengok kat mamak dengan seperjuangan, isteri taknak ikut sekali, pada firasat aku mungkin dia dah tahu team dia akan kalah jadi dia bercadang nak tidur awal.

TAPI, sayang seribu kali sayang, Liverpool boleh pulak berlakon tak power time gini, Gerrad pulak terjerat awal, terasa sakitnya tu di sini di dalam hati.Yang lagi sakit bila dah kalah tu nak start enjin kereta pun rasa lemah, rasa berat,rasa segan nak kena balik rumah jumpa isteri. Apa boleh buat..hanya mampu berdoa semoga isteri dah tidur
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

18 comments:

Yana Yani said...

aku rasa confuse nak lahirkan perasan bila baca entry ni
nak gelak ke or tumpang sedih
tapi bila difikirkan dan ditimbang tara, aku rasa nak gelaklah
sebab aku pun penyokong MANCHESTER UNITED...wahaha!

p/s-membalas kunjungan

cinta said...

mesti isteri tu tidur dalam senyum kan?

Eny Abdullah said...

penulisan yg bagus...
Kak Eny from EFG group
enyyusnizar.blogspot.com

Cik Ain said...

bola.. bolaaa.. tumpang simpati.. hihihiiii
#exchangefeedgroup

Ana Jingga said...

singgah dr EFG dan follow sini... welcome to #exchangefeedgroup FR.

Unknown said...

hahahahaa... Gerrad terjerat awal tu best...!!

*dilema yang dilalui oleh ramai pasangan suami isteri... haiiihhh... kami pun sama.. Ain Chelsea -- Hubby Arsenal...!! grgrgrgrgrgrr... tapi satu je kami sepakat... bila time kutuk Man U...!!hahahahahhaaa.... :p

Fnd Rocka said...

hi rival

Fnd Rocka said...

ok.kutuk man utd ni boleh dijadikan aktiviti kekeluargaan lah kiranya

Fnd Rocka said...

haa yela..macam mengoda pun ada tidur dalam senyuman ni

Mimin Adam said...

Hahahhaa. Mcm tuu aee. Tukar jee laaa. Sokong sama team. Xde sakitnya tuu di sini lg. #EFG

arzmoha said...

esok pasti ada....mungkin banner sudah tersedia di atas katil

Fnd Rocka said...

itu bukan sakit lagi..nazak dah

arzmoha said...

bab bola memang cukup lemah.. kalau member sembang pasal bola then bila semua pusing tanya pandangan
aku hanya. krik krik krik

Sayidah Napisah said...

kc pun penyokong liverpool ! haha

khatyaiman said...

tajuk memang betul..sakitnya tue di sini sebab dok gelak sambil baca entry nie..

aswaleyla said...

betol tu k. khaty . sakit noo di sini .

Qaseh Vee said...

musuh ketat tidur sekatil namanya tu ... hahahhaaa

Fnd Rocka said...

ha ha haa