Perempuan (2)

Sampai je ofis Miss Z tayang jam berjenama. Muka gembira bukan main dengan jam baru, ironinya datang macam lebih lewat daripada biasa je hari ni. Mungkin beli jam tapi tak cukup masa nak tengok jam. Macam aku beli buku tak sempat nak baca buku.

Dia kata lama dia nak pilih jam tangan tersebut, makan masa 2 jam dan beberapa kedai juga dia ziarah. Ada kedai jam tu dia reject sebab tanya soalan padu "Beli untuk buat hantaran ke?". Miss Z kata soalan tu macam nak kata dia tak mampu beli jam tu kalau bukan sebab hantaran semata-mata. Ah perempuan, suka mengada-adakan hal yang takde hal.

Lepas beberapa jam sebelum masuk waktu lunch, Miss Z  serabut tanya "Kau rasa macam lelaki tak jam ni? Cuba kau tengok,macam boyish tak aku pakai ke okey je, ada orang cakap macam lelaki lah"

Aku tengok balik jam tu dengan lebih teliti, aku menidakkan sekerasnya pendapat yang mengatakan jam tangan tu tak feminin. Dari segi warna, bentuk dan saiz bagi aku memang sesuai dengan perempuan berbanding lelaki. Tapi kata-kata aku tak dapat menyakinkan Miss Z.

"Aku ingat nak tukar lah, aku rasa tak konfiden pulak"- kata dia. Aku dah serabut nak cakap lebih, aku suruh dia tanya lelaki lain, aku tak suruh dia tanya perempuan sebab perempuan suka pusing-pusing ayat almaklumlah.

Kemudian aku suruh dia bukak jam tu aku nak pakai. Aku pakai pastu aku tunjuk kat dia. "Tengok..kan dah macam pondan kalau aku pakai ni" aku tunjuk bukti. Miss Z angguk-angguk. Aku tanya dia sapa yang cakap jam ni macam jantan, ekor mata dia tunjuk kat perempuan sebelah. Mengesahkan teori perempuan suka mengada-adakan hal yang takde hal, pastu sendiri pulak yang mudah terpengaruh dengan kata-kata.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

13 comments:

cinta said...

Hmm... mcm betul la. Tajam sungguh daya pemerhatian.

Ana Jingga said...

eh eh tak semua perempuan kut FR.. :)

shamiera osment said...

hihihi..kelakar pulak kan..

arzmoha said...

takut juga nak komen bab ini. tapi hakikatnya macam betul

arzmoha said...

singgah buat kali pertama di sini

#EFG bukan sembang kosong

Eny Abdullah said...

aaaa setuju dengan kak ana... tak semua perempuan kot hehehehehhe

irrayyan said...

Hihihi. Mengada-ngada betul kan kak ana klu org camni. Hahaha

irrayyan said...

Saya tak ada jam tangan! Muahahaha no komen

Fnd Rocka said...

ramai jugak org gini..barang mahal bolehlah dilayan..kadang barang rm3 pasal malam pun sanggup patah balik

Nik Ainaa said...
This comment has been removed by the author.
Nik Ainaa said...
This comment has been removed by the author.
Sayidah Napisah said...

kita geng kak irra! haha

kak gojes said...

ai tak pakai jam tangan...