Aku pernah buat kajian tentang Bill Gates, seorang lejen yang namanya kerap dijaja pada musim keputusan peperiksaan keluar. Selain yang kita sedia maklum bahawa Bill Gates beberapa kali disenarai sebagai orang paling kaya di dunia, kajian aku turut merangkumi kisah peribadi serta sumbangan beliau kepada dunia menerusi Microsoft. Kajian tersebut bukan saja-saja untuk hiburan seisi keluarga, tapi ia untuk satu pembentangan kepada khalayak pelajar lain ketika itu.
Persediaan aku cukup padat dengan info-info penting dan menarik mengenai Bill Gates. Memandangkan gaya persembahan aku agak terhad, jadi aku lebihkan pada pemilihan ayat yang catchy untuk halwa telinga panel. Kebetulan pula, presentation aku menggunakan produk hasil air tangan Bill Gates sendiri iaitu Microsoft Powerpoint, jadi aku bercadang untuk buat gimik seterusnya mengangkat kehebatan Bill Gates dengan cara memulakan presentation lebih kurang begini bila diterjemah ke bahasa kebangsaan.
"Hadirin sekalian, orang yang ingin saya ceritakan ketika ini, merupakan seorang yang amat penting dalam memacu dunia ke era kemajuan teknologi, kebijaksanaan beliau telah banyak membantu manusia, termasuklah saya, di mana saya akan membentangkan sedikit sebanyak latar belakang dan sumbangan beliau dengan menggunakan salah satu produk hasil tangan beliau iaitu Microsoft Power Point", ucap aku bersemangat sambil buat eye-contact, hadirin mula tertarik dan beri perhatian yang nampak ikhlas dari cahaya dari mata mereka, aku lega dan jadi lebih feel.
"Orang yang saya maksudkan tak lain tak bukan, orang paling kaya di dunia, Bill Gates" sambung aku lagi sambil menekan butang enter di komputer. Buat seketika takde apa yang keluar di skrin. Aku enter lagi, aku enter lagi. Aku mohon hadirin bersabar sebentar, aku godek-godek file, aku tak pandai sangat tapi buat-buat macam pandai lah sebab semua orang tengah perhati ni, selepas lebih kurang 5-10 minit mengodek..nampaknya hari tersebut bukan hari aku. Aku terpaksa teruskan presentation tentang sumbangan dan kehebatan Bill Gates, tanpa bantuan Powerpoint dan kebijaksanaan Bill Gates.
"Maafkan saya, produk Bill Gates tak dapat membantu saya pada hari ini"
17 comments:
lupa save agakna
Hak3...
Adoi. Save kat tempat lain kut? Takpun corrupt file?
Bw dari #exchangefeedgroup :)
hehehehhee....
ada masa-masanya memang rasa nak kembali ke zaman presentation guna kerja majong je kann... hikkksss... :p
apapun ain suka description "..setiap bacaan tidak akan dikenakan GST.." tu.. smart...!!
#EFG#
*guna kertas majong*
haha marah Bill Gates kalu baca ni FR hehe :)
adoii..nasib la tu T_T bukan hari kita. tunggu di lain hari mungkin jadi hari kita..hehe
Hahahha. Stressnya bila tak ada bhan yg daa disediakan.semoga tabah! Huhu
sebagai org yg tak bertulisan lawa, aku anti kertas majong
Hahhaha. bertabahlahh FR :D
isu dengan convert file sebenarnya
masuk medan perang tak bawa senjata
memang, nasiblah tak menjejaskan sangat..
typo juga tidak dikenakan GST
syok conteng2 atas kertas majong.. hihi
nak gelak ke tak ni ye.hmm *gelak dlm hati*
Post a Comment