Tuesday, March 31, 2015

Jengka

Tonton Filem Jengka

Hari minggu ingat nak duduk rumah je melingkar, lagipun cuaca kat luar bukan main panas terik, enjin kereta aku kalau cuaca panas dia punya prestasi tak cantik, biasalah kereta model zaman dinasour..dulu hampir-hampir nak berlanggar dengan T-Rex nasib sempat aku elak.
Sehinggalah tiba-tiba muncul Aziz M.Osman di kaca televisyen menghasut aku. 
"Saya geram tengok filem seram yang tak seram, jadi saya rasa saya mampu untuk buat sebuah filem seram yang betul-betul seram, maka terhasillah filem ini" lebih kurang begitulah intikata dari [.....]

Sunday, March 29, 2015

Ironi

Aku pernah buat kajian tentang Bill Gates, seorang lejen yang namanya kerap dijaja pada musim keputusan peperiksaan keluar. Selain yang kita sedia maklum bahawa Bill Gates beberapa kali disenarai sebagai orang paling kaya di dunia, kajian aku turut merangkumi kisah peribadi serta sumbangan beliau kepada dunia menerusi Microsoft. Kajian tersebut bukan saja-saja untuk hiburan seisi keluarga, tapi ia untuk satu pembentangan kepada khalayak pelajar lain ketika itu.
Persediaan aku cukup padat dengan info-info penting dan menarik mengenai Bill Gates. Memandangkan gaya persembahan aku agak terhad, jadi aku lebihkan pada pemilihan ayat yang catchy untuk halwa telinga panel. Kebetulan pula, presentation aku menggunakan produk hasil air tangan Bill Gates sendiri iaitu Microsoft Powerpoint, jadi aku bercadang untuk buat [.....]

Thursday, March 26, 2015

Perempuan (2)

Sampai je ofis Miss Z tayang jam berjenama. Muka gembira bukan main dengan jam baru, ironinya datang macam lebih lewat daripada biasa je hari ni. Mungkin beli jam tapi tak cukup masa nak tengok jam. Macam aku beli buku tak sempat nak baca buku.
Dia kata lama dia nak pilih jam tangan tersebut, makan masa 2 jam dan beberapa kedai juga dia ziarah. Ada kedai jam tu dia reject sebab tanya soalan padu "Beli untuk buat hantaran ke?". Miss Z kata soalan tu macam nak kata dia tak mampu beli jam tu kalau bukan sebab hantaran semata-mata. Ah perempuan, suka mengada-adakan hal yang takde hal.
Lepas beberapa jam sebelum masuk waktu lunch, Miss Z  serabut tanya [.....]

Monday, March 23, 2015

Sakitnya tu di sini

Perkahwinan adalah satu permulaan, yang punya sebanyak mungkin laluan dan simpang-siur untuk dijalani. Ia adalah jalan kepada rahmat, ia adalah tiket amanah, lorong kebahagian,ruang rehat dan keseronokkan, ia adalah keberkatan, tapi jangan lupa ia juga merupakan persinggahan dugaan dan ujian bagi orang yang berani.
Salah satu dugaan atau lencongan yang aku alami adalah apabila isteri aku merupakan penyokong pasukan menang nasib Manchester United, sedangkan aku penyokong pasukan terkemuka Liverpool. Untuk makluman yang tidak mengambil tahu, Liverpool dan Man Utd adalah deathly rival club yang ketat sebagaimana Real Madrid/ Barcelona atau Umno dan PAS.
Jadi bila nak trash talk atau nak mengeji dan menganjing Man Utd, terasa kasihan pulak mengenangkan wajah redup si isteri yang tolong iron [.....]

Tuesday, March 17, 2015

Perempuan

Orang perempuan kalau kata dia pokai, maknanya dia masih boleh lagi makan kat shopping mall, beli baju sehelai, beli topup henfon, mungkin tak dapatlah nak belanja kawan atau karaoke 1st class, berbanding dengan lelaki kalau kata dia pokai..maknanya ada lah seposen dua dalam kocek.
Eri pulak, kalau kata dah mengantuk, bukak henfon kemudian sejam dua barulah pejam. Jenis mengantuk yang siap boleh order burger daging ni betul aku tak faham. Aku kalau dah mengantuk..  . . [.....]

Monday, March 16, 2015

What the..

Sepejabat aku bila sampai ofis,  selain hoi dan tanya rehat pukul berapa, yang satu perempuan ni nama Z dia akan tanya "aku cantik tak hari ni?".
Yelah aku tahu ada perempuan pesen nak orang zikirkan kecantikan dia, amik gambar kemudian post dengan caption  'ala tak cantik hari ni :c ". Pancing.
Tapi yang budak Z ni bukan tanya-tanya ayam, ini dia betul-betul nak jawapan, dia kata dia tanya aku sebab aku jujur, serius dia cakap macam tu. Jadi orang jujur hidupnya susah tahu tak. Orang jujur digunakan bila perlu, dibuang bila tak suka.
Bila aku tak larat nak jawab aku mengeluh je la, sebab kalau boleh aku taknak puji, tapi bila dah kena tanya..aku terpaksa [.....]

Saturday, March 14, 2015

Kekwat

Nak tengok filem P.K dengan terbaik dari langit tak dapat-dapat.Pastu Eri ajak pulak tengok filem cicakman 3. Dalam jangka masa separuh saat aku katakan taknak. Aku hanya akan tengok filem tu bila dibayar untuk tengok saja, aku caj RM2 setiap sepuluh minit, kalau cerita cicak tu 2 jam ampa darab lah sendiri kata terel. Kekwat tak. [.....]

Thursday, March 05, 2015

Klon

Tahun 2000 dulu ada satu filem berjudul 6th day lakonan robotik dari Arnold Schwarzenegger. Ceritanya tentang pengklonan manusia dan seterusnya pencurian identiti. Di mana bila Arnold balik rumah, dia sedar ada satu klon yang 100% menyerupai dia telah ambil alih kehidupan dia sebagai dia.


Masa aku kecik memang aku tengok filem ni pakai vcd haram yang abang aku beli. Filem tu menggambarkan tahun 2015 yang serba canggih, korang boleh tengok trailer kat youtube untuk ketahui kecanggihannya, tapi setahu aku sekarang dah 2015 nak gi kerja pun jalan masih jem, internet pun kadang slow.
Cuma yang aku terfikir sekarang,okeh jugak kalau ada konspirasi untuk klon atau ambil alih identiti aku, dapat jugak aku tengok apa [.....]

Tuesday, March 03, 2015

Mesin

Korang pernah tak masa nak bayar parking kat mesin, masukkan token pastu buat bayaran, baki yang patut dipulangkan adalah RM8, dia bagi duit syiling kesemuanya. Aku pernah kena kat parking pejabat. Bunyi syiling tu jatuh macam main mesin judi.
Lepas tu, disebabkan aku banyak syiling,  aku jadi tempat budak ofis nak tukar syiling untuk beli air tin/nescafe cawan 60sen kat pantri. Keluar dari mesin parking, masuk ke mesin air tin, nampak tak permainan dia? Mesin parking rupa-rupanya berkomplot dengan mesin air. Kita dah mula dikawal oleh mesin macam cerita Terminator.
Tinggal robot yang aku hantar dari masa depan je tak tahu kenapa tak sampai lagi. Entah-entah dia dah pergi rumah Zuan Bikin Panas tak, sebab makcik [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home