Tuesday, April 28, 2015

Ku tak bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya

Sekitar pukul 12 tengahari di pejabat, mata dan mula kuyu, fokus pun dah lari jauh meninggalkan aku. Jalan penyelesaiannya, macam biasalah pergi sakat orang yang boleh disakat. Menyakat ni secara ringkasnya termasuklah mengusik, menganjing, membuat kelakar, mempersenda atau memprovok psikologi rakan sepejabat.

Aku pun bergerak dari meja aku ke arah rakan sepejabat. Aku perhati semua sedang separa khusyuk menelaah skrin komputer. Sambil menunggu peluang menyakat, perlahan aku dendangkan lagu Hazama yang cukup tepat dengan mood aku ketika itu.

"Ku takkan bisa menjadi..lebih dari apa yang terdayaa..namun ku masih..agar masih cubaaa..untuk..". Antara ingat dengan tak ingat lirik aku hentam, tapi vokal sama macam penyanyi asal.

”Fendi...fendi! Sini kejap" gadis admin panggil dari belakang memotong stim.

[.....]

Monday, April 27, 2015

Afraid

In this life,
If i am AFRAID to lose anything i have,
REFUSE to play the risk i need,
RUN from the challenge in front,

Then..at some point in my life..sooner or later i will realize that i am Afraid of my own life, Refuse to live my life..and eventually Run to nothingness..

Oh lord..i am afraid!





19 August 2011 [.....]

Friday, April 24, 2015

Menangi Samsung Galaxy 6 Edge




MENANGI HANDPHONE  SAMSUNG GALAXY 6 EDGE,
BMW 320i SERTA WANG TUNAI SEJUTA RINGGIT MALAYSIA.
Sila gores disini

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

dengan benda TAJAM..Selamat mencuba.

Cuba la mana tahu ada rezeki.. [.....]

Thursday, April 23, 2015

Kedai Peralatan Elektronik



Minggu lepas aku singgah di sebuah kedai peralatan elektronik di Nu Sentral. Aku terus ke bahagian yang pamerkan telefon bimbit terbaru untuk buat tinjauan. Tiba-tiba aku dengar bunyi berdentum dari arah belakang, aku toleh, beberapa pelanggan lain pun toleh, tapi tak ada apa yang berlaku lalu aku pun teruskan tinjauan telefon dan tablet. Selang beberapa ketika, berbunyi lagi dentuman, kali ni macam bunyi besi, disusuli pula dengan suara orang seakan-akan sedang berkelahi.
Aku pun mulalah bertanda tanya. Ada staf bergaduh ke apakah ini. Kalau nak [.....]

Wednesday, April 22, 2015

Freedom To Choose

My Recipe
Everyone has their own recipe to cook their raw dreams to become the real menu of success . Bear in mind that other people poison can be somebody else favourite food,vice versa. My not so secret recipe always by the combination of three main ingredients; calm, brave, and positive energy .
I think i am calm enough, but not brave enough. Positive energy is on and off along the way. So this makes me 1.5 per 3 up to my potential. Or 50 percent. [.....]

Monday, April 20, 2015

Tonton Filem The Cobbler

Tonton Filem The Cobbler


"Don't judge a man until you have walked a mile in his shoes."
Pepatah mat saleh di atas sangat popular dan sering diulang-ulang. Mengikut pemahaman aku pepatah ni bawa maksud usah menilai tindakan seseorang tanpa kita mengetahui apa yang dilaluinya terlebih dahulu. Filem terbaru Adam Sandler ni cuba untuk mengambil pepatah itu secara sangat literal, di mana watak seorang tukang kasut diceritakan mampu berubah secara fizikal menjadi pemilik kasut yang dipakainya. Sebagai contoh, kalau pakai kasut Emma Maembong, terus bertukar [.....]

Sunday, April 19, 2015

Prejudis, Prasangka dan Perkauman.

Aku tak mampu untuk jadi racist  Sebab masa aku belajar matematik tambahan dulu aku punyalah bangang,langsung tak sebijak Datuk Haji Ahmad Maslan, markah yang pernah aku dapat 15/100, 7/100 pun pernah, punyalah sempoi kiraan markah aku, sekaligus memudahkan cikgu untuk menanda kertas aku tanpa perlu pening kepala. Kemudian time nak dekat-dekat SPM kawan aku Gan Cheng Long datang meja aku dengan membawa buku teks matematik tambahan, dia suruh aku cuba jawab soalan latih tubi. Kau bayangkan dia yang berusaha datang nak beri tunjuk ajar padahal aku tengah sembang [.....]

Thursday, April 16, 2015

Berjaga

Persediaan Peperiksaan
Berkait dengan nota bertarikh March 17, 2015.
Eri kalau kata dah mengantuk, bukak henfon kemudian sejam dua barulah pejam. Jenis mengantuk yang siap boleh order burger daging ni betul aku tak faham. Tak macam aku, kalau mengantuk memang takde penerangan lebih lanjut.
Lain pula dengan halnya semalam, Eri kata dia nak berjaga malam untuk buat persediaan peperiksaan nanti. Aku pun bercadang untuk temankan sampai dia habis belajar, tapi lepas 10 minit aku tengok dia dah keras dah, buku terlangkup dia pun terlentok. 
Hipotesis aku kuat mengatakan dulu dia ada terhantuk kepala sehingga mmenyebabkan wayar 'mengantuk' dengan wayar 'berjaga' berselisih. [.....]

Monday, April 13, 2015

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.

Isu Sesat Jalan Ketika Memandu
Walaupun kenyataannya aku pernah gondol anugerah pelajar terbaik matapelajaran geografi semasa tingkatan 4, rupa-rupanya itu tidak sama sekali menghalang aku dari sering sesat bila di jalan raya. Kompas dalam kepala aku semacam tak berfungsi sebagaimana yang diinginkan, kalaulah umat manusia meletakkan harapan terakhir pada aku untuk menunjuk jalan yang sebenar, anggap saja lah jalan kebenaran itu umpama cahaya di hujung terowong yang berliku dan berhantu.
Sebab tu kebiasaanya kalau nak pergi tempat yang baru aku akan rancang perjalanan dengan terperinci, maknanya aku perlu tahu susur,lorong,papan tanda atau landmark yang berada di hadapan. Bila dah tahu berdasarkan sumber dipercayai, aku akan ikut dengan ketat tanpa kompromi, kalau perlu tulis nota..aku tulis nota. [.....]

Sunday, April 05, 2015

Tonton Fast and Furious 7

Tonton Fast and Furious 7


"Dah tengok lah Fast Furious?" aku tanya brader GSC masa dalam lif nak ke Hall 2 di tingkat atas. "Ok tak?" aku tanya lagi lepas dia kata dah tengok, sekadar berbasa-basi. 
"Oklah, kali ni lebih banyak aksi berbanding berbanding cerita pasal kereta, banyak kepada fighthing" dia ulas. 
"Cerita pasal dendam, aksi memang 5 star" sambung dia lagi, amboi siap bagi bintang. Ramai yang menantikan filem ni, tak terkejutlah bila masuk Hall 2 seat penuh. Expectation untuk Fast 7 [.....]

Saturday, April 04, 2015

Mudah Membeli Kereta

Mudah Membeli Kereta Yang bagusnya kerja kat tempat aku ni, senang nak beli kereta import. Benda ni selalu aku ingatkan kat rakan ofis aku, sekadar nak suntik cas positif,untuk setia dan kerja lebih kuat.
5 minit kemudian dia akan tanya "eh apesal tadi kau cakap kerja sini senang nak beli kereta import? company kita ada orang dalam ke apa?" 
Aku amik jarak selamat sikit dan bacakan skema jawapan "Sebab kedai jual kereta kat bangunan sebelah je, bila-bila pun boleh singgah beli". 
Senang beli, susah bayarlah tapinya. Tak percaya boleh tanya PM kita, beliau amat mengambil berat dan memahami susah senang rakyat. [.....]

Thursday, April 02, 2015

Berani

Kisah Keberanian Seorang Insan Keberanian wujud dalam beberapa bentuk. Kadang kala ia muncul dalam bentuk seorang lelaki yang tiada apa-apa datang menawarkan cintanya kepada si gadis. Dia berani meletakkan kepecayaan pada penguasa alam dalam hal rezeki dan jodohnya. Walaubagaimanapun, pasti akan wujud sebuah keraguan yang berbentuk seorang gadis cantik senyum nampak lesung pipit.
Atau, keberanian kadang kala muncul dalam bentuk  seorang wanita bekerjaya meletakkan jawatan di tempat kerja bergaji lumayan untuk mengejar cita-cita dan kebahagiaan. Orang begini dia berani buat pilihan yang sukar  dan menanggung risiko. 
Selain itu, keberanian juga wujud dalam bentuk yang lebih ketara seperti berjalan di lorong gelap yang dikuasai anjing-anjing liar, atau pun keberanian untuk menentang kezaliman pihak tertentu. Dalam apa bentuk [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home