Wednesday, December 30, 2015

Sesuatu yang peribadi

Sesuatu yang peribadi (lah sangat). 
Bersenam dan Nasi lemak
Secara peribadinya,aku seorang yang suka bersenam. Bersenam tidak kira apa bentuk atau cara, yang berbaring, yang berpusing, yang duduk, yang senget-senget, yang basah ketiak, atau yang sambil-sambil tengok televisyen semua aku suka. Bersenam boleh dikatakan salah satu sumber kegembiraan buat aku. Tatkala kecewa dan kehampaan,atau tertekan menunggu orang, bersenam boleh mengecas elemen positif dalam badan aku.
Selain bersenam,dalam masa yang sama aku gemar pula makan nasi lemak setiap hari di waktu pagi. Sarapan nasi lemak akan [.....]

Saturday, December 26, 2015

5 hari lagi

Yelah yelah aku mengaku lah azam tahun 2015 aku untuk pandai berenang macam tak sempat dah untuk direalisasikan, tinggal 5 hari je lagi sebelum aku renew lagi setahun. Tapi okeylah dah boleh terapung sikit macam kuda laut. 2016 kena banyak makan ikan lah agaknya baru semangat ikan tu merasuk ke seluruh badan.

[.....]

Friday, December 25, 2015

Nota Belum Siap (Draf)

Kalau kau biasa datang sini, mesti akan perasan yang bulan Desember adalah bulan yang tidak produktif aku sebagai blogger atau penulis nota. Bukan sahaja jumlah entri diupdate pada bulan ini adalah paling kurang bagi tahun 2015, malahan paling kurang membaca blog-blog lain dan memberi komen. Aku tak rajin nak bentangkan angka-angka bagi menyokong dakwaan aku tu, bukan ada yang peduli lagipun, cuma nak beritahu kat sini yang penurunan mendadak itu adalah berpunca dari kesibukan bekerja makan gaji. Okey, itu sangat klise. Delete.
Sebenarnya,aku ada menulis tentang beberapa perkara lain, tapi tak semua lepas untuk publish kat sini. Kebiaasaanya selepas aku tulis, hasilnya akan dihantar kepada editor untuk nilai boleh ke tak boleh nak publish, kemudian tunjukkan pula [.....]

Thursday, December 24, 2015

Kedai makan yang baik

Kedai Makan Yang Baik
Kedai makan yang baik adalah kedai makan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi ke dapur dan kembali dengan membawa cili potong, lagi terbaik yang ada pelbagai jenis cili dan perasa kicap.
Bukan yang bila kita mintak cili potong, dia akan pergi naik bas balik ke kampung halaman, pergi ke kebun cili yang mungkin diusahakan oleh saudara mara, kemudian pakai kasut but pergi mencari cili, petik cili kemudian dalam perjalanan pulang terjumpa dengan kawan lama bersembang pulak kenangan ketika membesar bersama dan sempat berdiskusi tentang Adira yang kahwin tak bagitahu, selepas itu naik bas kembali ke kedai makan tadi, bila dah sampai di kedai makan lihat di telefon pintar ada [.....]

Wednesday, November 25, 2015

Stuck in the Forest


“If you’re stuck in the forest, it’s dark and you’re afraid, and someone tells you not to be, then it doesn’t work. It’s your own mind. Only you can affect that" -Jurgen Klopp
[.....]

Monday, November 23, 2015

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka

Soalan-Soalan Yang Tak Semua Orang Suka
Selalu sudah diluahkan oleh masyarakat tentang rasa menyampah apabila dijolok dengan soalan fenomena tentang bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak. Soalan sebegini akan berbunyi di setiap peringkat atau fasa hidup dari keluar dari rahim hingga masuk ke liang lahad, seperti ini sajalah tanda aras dan tujuan hidup seorang manusia.
Sebab dan punca orang bertanya soalan sensitif Ada beberapa sebab dan punca mengapa kerapkali ada di kalangan kita membuat orang lain tak selesa dengan soalan-soalan begini, [.....]

Tuesday, November 17, 2015

Puisi Yang Setiap Lelaki Harus Tahu


IF If you can keep your head while all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself while all men doubt you
But make allowance for their doubting too,
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
Yet never look too good, nor talk to wise: If you can dream – and not make dreams your master,
If you can think – [.....]

Monday, November 16, 2015

Kisah Kanak-kanak dan dompetnya


Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah dulu nak beli beg dompet ni, bila tengok rakan sebaya semua dah pakai mana boleh tahan, Fila la...Puma la..Bilabong bagai..lalu aku pun kumpul duit belanja sekolah dengan entah duit mana-mana aku kumpul. 
Bila agak-agak dah cukup, aku dengan abang aku naik basikal, pergi pasar malam berunding dengan pakcik pasar mana tahu dapat kurang harga. Time tu nak beli pun pikir banyak kali sebab susah payah nak bagi cukup duit, sepanjang perjalanan pegang je duit takut kalau seposen cicir pun [.....]

Saturday, November 14, 2015

Ketakutan Pada Pengucapan Awam (Episod 1)

Ketakutan Pada Pengucapan Awam
Semasa menjalani latihan di tempat kerja aku, pelatih bertanyakan kepada kami 'What is your FEAR?'.
Dalam bilik tu ada 6 orang termasuk aku. Miss Z seorang rakan aku yang bergigi besi menceritakan tentang ketakutannya pada doktor gigi. Ada kawan aku lagi sorang takut pada anjing. Bila sampai giliran aku, aku pun dengan berani menjawab "Fear of public speaking". Dalam kata lain 'stage fright' atau takut bercakap di hadapan khalayak ramai.
Gejala takut bercakap di khalayak ramai ni kisahnya bermula sejak di [.....]

Thursday, November 12, 2015

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit

Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? Kereta aku mengalami kemurungan sehingga tak mahu pergi kerja. Mula-mula suhu naik macam orang kena denggi, kemudian tersengguk-sengguk macam kena parkinson. Aku bawaklah jumpa pakar, bila denggi dah kebah, parkinson pulak makin menjadi-jadi. Terus mental aku jem, termenung kat rumah. Sejak dari hari tersebut, spirit nak menulis dah lumpuh separuh badan. 
Aku buka sebuah novel pendek karya penulis kontoversi Faisal Tehrani,judulnya Bagaimana Anyss Naik Ke Langit,kononnya ibarat memberi tongkat kepada semangat menulis yang lumpuh tu lah supaya dapat merangkak semula.  
[.....]

Wednesday, October 28, 2015

4 Pilihan Kos Perkahwinan



[.....]

Tuesday, October 27, 2015

Tips Mengatasi Tekanan Hidup

Tips Mengatasi Tekanan Hidup Ramai orang lupa yang tekanan juga banyak membunuh. Ada yang tertekan untuk menjadi kurus. Ada yang tertekan untuk menjadi sado. Ada yang tertekan mahu jadi putih sampai nampak urat hijau pun nak putih lagi. Ada yang tertekan tak cukup susu badan. Ada yang tertekan dengan pekerjaannya. Ada yang tertekan untuk memenuhi harapan mertua. Ada yang tertekan mahukan jodoh atau baby. Malah ada yang tertekan melihat orang lain tertekan. Ada juga yang tertekan bila orang lain tertekan melihat dia tertekan.
Boleh katakan tertekan ni [.....]

Saturday, October 24, 2015

Tips Menghadapi Jerebu

Tips Menghadapi Jerebu
Pakai Mask



Memandangkan jerebu makin menjadi-jadi, pergi mana-mana pun saya kena pakai mask, adik-adik semua pun jangan lupa pakai mask tau demi kesihatan paru-paru kita.
Sedut yang jernih, tapis yang keruh, contohi abang Fendi. [.....]

Thursday, October 22, 2015

Tips Mengorat Awek Di Pejabat

Tips Mengorat Awek Di Pejabat Menerusi Perniagaan

Orang selalu kata perniagaan ni sumber terbesar untuk mencari rezeki. Berdasarkan pengamatan aku pula, perniagaan juga merupakan sumber terbesar untuk mencari jodoh, terutamanya untuk lelaki yang mahu mencari pasangan hidup atau mahu mengurat makwe lah senang cerita.Bahkan, jodoh itu pun dikatakan salah satu cabang rezeki.
Di sini aku catatkan beberapa perniagaan di pejabat yang berpontensi besar untuk menarik perhatian makwe-makwe, seterusnya berpotensi untuk disenarai-pendekkan untuk tujuan yang lebih mulia kepada si bujang, yang dah berkahwin tidak digalakkan buat [.....]

Wednesday, October 21, 2015

Tips Kelihatan Kurus Dalam Foto









Berdiri sebelah si gemuk













Lagi gemuk lagi bagus







[.....]

Sunday, October 18, 2015

Aku On The Way

Minggu lepas kononnya nak carpool dengan sorang member ofis, aku sampai awal setengah jam.
Bila tepat masa yang dijanjikan masih tak nampak bayang dan batang hidung, aku buat panggilan peringatan yang pertama. Tak angkat.
Aku relaks beberapa minit kemudian buat panggilan gertakan pula. Tak angkat. Kemudian aku terima mesej "tunggu..aku otw".
15 minit kemudian masih tak sampai, aku buat panggilan peringatan lagi sebab aku memang alergik orang yang tak tepati masa.
 "Jap..jap...on the way.." katanya, tapi sumpah aku tak percaya sebab aku tak dengar [.....]

Friday, October 16, 2015

Shahrul

Masa kuliah dulu tuhan temukan aku dengan satu entiti yang bila ada orang tumpang bilik, dia paksa orang tu tidur di atas katil dia dan dia akan tidur di lantai, sekadar memetik satu contoh daripada yang lain-lain. Pesen melebihkan bahagia orang lain ni bukan macam tahi hidung boleh muncul setiap hari lepas bangun tido.
Entiti yang mudah memberi senyuman walau di saat kesukaran, menerima kawan tak kira keji dan buruk mana, menutup aib kawan-kawan seperti aib sendiri, mulut dia amat susah nak sebut benda tak baik pasal orang lain.
Bagai cerita bagi orang selipar tuhan bagi kasut, aku percaya tuhan takkan terlepas pandang mencurah bahagia kepada kawan aku ni walau di mana dia berada. Terima kasih [.....]

Wednesday, October 07, 2015

Terima Kasih Brendan Rodgers


Ekoran dari pemecatan Brendan Rodgers , aku sebagai pembaca berita sukan tegar di pelbagai medium persuratan atas talian, sudah mula merasa senak perut menghadam segala cerita,spekulasi dan ramalan berkaitan dengan pemecatan tersebut dan perlantikkan baru nanti. Begitu banyak sampai baca tak habis-habis, macam nak skroll timeline facebook. Sensasi.
Sebagai seorang pengurus yang tidak mempunyai sebarang piala yang boleh dimegahkan, Brendan Rodgers masih meninggalkan Liverpool dengan kenangan dan thrill yang padu untuk dijadikan kenangan dan pembuka jalan seterusnya. Terutamanya musim 2012/2013 di mana Liverpool bermain bola sepak [.....]

Sunday, October 04, 2015

Punca Lelaki Kacak Selalu Sibuk

Tahukah anda...lelaki yang kacak selalunya sibuk....

Nak tau kenapa beliau sibuk ?

Sebab beliau banyak habiskan masa membaca?

Pergi belajar ballet?

Atau beliau terlalu sibuk mengkaji tentang kekacakkan?

Ermm..... nanti la saya bagitahu....

Saya sibuk sekarang ni....



[.....]

Friday, October 02, 2015

Misteri Wallet Fnd Rocka - CABARAN INSTABLOG EFGKBBA DAY 2

Apa Ada Dalam Wallet Anda?
Sebenarnya makan tahun jugak aku tak guna wallet atau dompet. Masa aku pakai dompet dulu pun kadang aku tinggal-tinggalkan, malas nak layan. Sampailah beg dompet dah mereput, pastu aku dah tak berminat nak ganti dengan yang baru.
Jadi, untuk meneruskan Cabaran 7 Hari Instablog EFGKBAA, hari ni untuk cabaran hari kedua aku nak post gambar beg yang aku jadikan pengganti kepada dompet atau tempat simpan duit. Beg ni namanya beg Puma, aku terbeli kat Nu Sentral.
Kelihatan tenang...
Kandungannya secara [.....]

Thursday, October 01, 2015

Neil Armstrong dan Gadis Selfie

Neil Armstrong dan Gadis Selfie

Neil Armstrong mencipta sejarah Neil Armstrong suatu masa dulu secara kontroversinya pernah naik ke bulan, bulan tu jauh tahu tak, National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengatakan jarak antara Bumi dan bulan adalah sekitar 384.400 kilometer. 
Dari kiraan matematik orang-orang terdahulu, jika disusun rapat-rapat planet Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto, Merkuries, Venus dan Mars pun masih masih berbaki 4.392 kilometer antara bumi dan bulan.
Tapi saat Armstrong berjaya melakar sejarah memijak kaki di bulan, korang tahu tak berapa banyak [.....]

Thursday, October 01, 2015

Maksud COMEL beserta contoh SELFIE PALING COMEL - CABARAN INSTABLOG EFG DAY 1

Maksud COMEL beserta contoh SELFIE PALING COMEL - CABARAN INSTABLOG EFG DAY 1
a delicate and attractive kind of beauty commonly associated with youth, innocence, and helplessness. Human infants and many baby animals define "cuteness" for most people, and the standard characteristics of infancy are typically used to judge the cuteness of other phenomena
by Jimlo March 14, 2006 More than just a pretty face, a person who also is beautiful inside and makes others feel good by her acts, words or simple presence. Often refers to [.....]

Tuesday, September 29, 2015

Apakah Jerebu dan Golongan Berisiko


Apakah Jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. 

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Golongan Berisiko Jerebu Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu [.....]

Tuesday, September 29, 2015

Cuti Sekolah Kerana Jerebu

Knock! Knock!
Yesss...
Bos kenapa kami tak diberi cuti, bukan kerajaan dah umum ke budak sekolah dapat cuti sebab jerebu?
Sini bukan sekolah kan, sini tempat bekerja.
Tapi sama je kan, kami bernafas pakai hidung jugak, bukan insang!
Memanglah.
So?
So...kamu tak perlulah ke sekolah.
Memang saya tak ke sekolah pun boss, kan saya kerja di sini.
Betul lah tu. Pandai!
Bagi lah cuti boss..pleaseeee..
Ok boleh je, cuma nanti gaji kamu saya beri pada orang lain lah.
Kenapa pulak camtu..
Kamu yang nak macam budak sekolah kan, budak sekolah mana ada terima gaji.
Alaaa!
Kipidap! Kipidap!
-----------------------------------------------------------------------------------------------

[.....]

Monday, September 28, 2015

Kisah Hamka dan Saiful Nang

Alkisah, suatu hari seseorang berkata pada HAMKA, "Buya, kemarin saya ke Makkah. Eh ternyata ya Buya ya, ternyata di Makkah itu ada pelacur Buya! Gimana itu Buya?"  Jawab HAMKA sembari tersenyum, "Ah masak? Bulan lalu saya baru pulang dari San Fransisco. Di sana itu ternyata tak ada Pelacur." Apa maksud Buya HAMKA? Ke manapun kita pergi, di manapun kita berada; diri kita yang sebenar tergambar dalam apa yang kita cari. Di San Fransisco tak ada pelacur, kalau TIDAK mencari. Di Makkah ada maksiat kalau itu yang DICARI. 
Saat ini mungkin ramai yang telah membaca tentang argument Buya Hamka seperti di atas. Manakan tidak, argument itu telah sewenangnya diguna dan dikongsi untuk menyindir secara langsung atau tidak langsung [.....]

Thursday, September 24, 2015

Bayaran Bulanan Tanpa Faedah

Di sebuah pasaraya seorang pemuda berjalan sambil mencari pintu keluar ke parking. Punyalah besar pasaraya tersebut hingga kalorinya terbakar sebanyak 50kal semata-mata nak cari jalan keluar sahaja. Kurang sedikit daripada 72 kalori yang terbakar ketika melakukan hubungan seks selama 15 minit bagi yang mempunyai berat badan 70 kg. 

Tiba-tiba pemuda disapa seorang penjual.
"Bang, nak tengok dulu, boleh bayar tunai atau bayar bulanan pun ada, tanpa faedah"
Pemuda tersebut berhenti seketika, bukan kerana tertarik dengan produk yang dipamerkan tapi kerana penat berjalan dan penjual menyorongkan kerusi. Setelah habis mendengar penjual tersebut 'menjual barang', pemuda yang penat berjalan tadi bertanya pula.
"Wauu..betul ke tanpa faedah ni?"
"Betul bang. Itulah kelebihannya. Beli tunai atau ansuran [.....]

Tuesday, September 22, 2015

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis Resepi Memikat Suami atau Isteri - Teh 3 Lapis

Ini adalah antara minuman kegemaran aku, selain kelihatan menarik, ianya juga mengahasilkan rasa yang adventurous bila bercampur di dalam mulut dan melalui rongga tekak. Pergh.
Cara Penyediaan Teh 3 Lapis
Kalau nak ikut senang dan mudah aku, ringkas je cara penyediaannya.

1. Masukkan gula melaka pekat 2. Masukkan ais 3. Masukkan susu cair 3. Masukkan teh pekat

Pastu...siap!
Resepi Memikat Suami [.....]

Monday, September 21, 2015

Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu - Meet Joe Black.

Filem Yang Memberi Kesan Emosi Padu - Meet Joe Black.
Parrish (Anthony Hopkins), businessman and devoted family man, is about to celebrate his 65th birthday. However, before he reaches that landmark, he is visited by Death (Brad Pitt), who has taken human form as Joe Black, a young man who recently died. Joe and Bill make a deal: Bill will be given a few extra days of his life, and Joe will spend the same time getting to know what it's like to be human. It seems [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home