Kisah Hamka dan Saiful Nang

Alkisah, suatu hari seseorang berkata pada HAMKA, "Buya, kemarin saya ke Makkah. Eh ternyata ya Buya ya, ternyata di Makkah itu ada pelacur Buya! Gimana itu Buya?" 
Jawab HAMKA sembari tersenyum, "Ah masak? Bulan lalu saya baru pulang dari San Fransisco. Di sana itu ternyata tak ada Pelacur."
Apa maksud Buya HAMKA? Ke manapun kita pergi, di manapun kita berada; diri kita yang sebenar tergambar dalam apa yang kita cari.
Di San Fransisco tak ada pelacur, kalau TIDAK mencari. Di Makkah ada maksiat kalau itu yang DICARI. 

Saat ini mungkin ramai yang telah membaca tentang argument Buya Hamka seperti di atas. Manakan tidak, argument itu telah sewenangnya diguna dan dikongsi untuk menyindir secara langsung atau tidak langsung kepada Saiful Nang

Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, cuma sekadar mencari pencerahan berkenaan argument dari sosok ulama yang disegani masyarakat.

Argument Buya Hamka pada hemat aku mengajak kita untuk menjadi manusia pencari kebaikan dan jangan mencari keburukan dalam setiap hal. Turut memberitahu tentang perbezaan perspektif melalui cara kita melihat. Kemas dan padu.

Sebagai contoh, kita pergi ke sebuah gerai, boleh saja kita cari 10 kebaikan tentang gerai tersebut, boleh juga kita dapatkan 10 sisi buruknya. Terpulanglah nak yang mana satu. Begitulah kefahaman aku.

Cuma seakan telah lari dari maksud argument pula bila merujuk terus pada kes Saiful, jika seandainya seseorang merasakan makanan di gerai tersebut kurang enak, atau meja senget, dituduhnya pula sebagai seorang pencari keburukan. Sebab tak semua situasi dapat dipusing dengan perspektif, ke macam mana?

Selama ini aku tidak ada pun mencari jerebu, tapi mengapa terasa seperti berjerebu di sini? Adakah rakyat Malaysia semuanya mencari jerebu kerana ramai yang mengeluh tentang jerebu sampai yang bekerja makan gaji pun seboleh-boleh mahu diberi cuti.

Mungkin boleh dikata begini juga, di Malaysia tak ada jerebu, kalau TIDAK dicari. Hmm.

Tapi lainlah kalau kata gerai tu jual nasi mahal, tapi bila tanya mahal berapa ringgit terus senyap. Ah Saiful Nang pun satu, main cakap desas-desus gitu je dah kenapa kan. Kalau dah femes dah berpengaruh, nak korek hidung pun kena hati-hati sebab semua orang memandang.

Bahaya juga bila terlalu ramai follower setia di FB. Lelama kita rasa sangat berpengaruh dan semua yg kita tulis sangat betul sehingga apabila orang tegur mereka itu semua salah. - Denaihati Ilhamku
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

Wayne Harraz said...

apa kisah dia? xtgk fb pun...kikikiiiii

Mommy's Diary of Life said...

sgt betul! gigih nak cerita benda aib dah kenapa. dlm ms2 skrg nih. haih

Unknown said...

tak paham.. argument apa ni..?
bukan pasal khutbah Arafah tu kan..?

*blurrr*

dalila said...

baru bace pasal ni tadi..xpenah lg dengar ada org memburukkan tanah haram..masyaAllah..

hilmisidek said...

die dah buang pun post fb tu

Radio Senyap - Segmen Backlink Percuma.

SalbiahM said...

not a fan of Saiful Nang, anyway..tapi apa yang Hamka cakap tu ada betulnya...

Eny Abdullah said...

actually isu ni dibangkitkan oleh org barat dh lama... mungkin saiful nang baru tahu (baca dr mana mana sources) dan dia relatekan isu ni dgn apa yg terjadi di mekah. wallahualam.. apa pun, kalau ianya tidak benar dan adalah agenda westerners untuk memfitnah islam? kalau dia cakap dia pergi kesana, dan nampak sendiri semua tu, apa hak dia nak memalukan islam dan tanah suci mekah? bukankah menutup keaiban itu lebih mulia... kita sendiri sedia maklum, sebaik baik manusia, kita bukan maksum...
Saiful nang memang dah tersalah langkah... sebab itu kalau nak share apa apa kena tahu status berita tu betul e tak....

sabree hussin said...

First time jugak dengar tentang aktiviti macam ni wujud jugak di tanah haram... itupun dari page beliau