Dalam perjalanan aku bermimpi,Santa Claus tiba dengan pedati, Rusa-rusanya diikat di mercu KLCC,Santa terkejut melihat air kian meninggi,Kali ini bukan salji,Turunlah dia ke negeri ini,Niat di hati mahu menawar budi.
Menteri sudah bersiap serba-serbi,Bermati-mati menyelamat bumi pertiwi,Bukan dengan kasut tumit tinggi,Bukan dengan kotak berlambang parti,Tanpa kamera dan majlis rasmi,Banjir yang melanda diurus tanpa tapi-tapi,Ini adalah emergency, bantuan dan misi,mesti diurus rapi! kata pak Menteri.Siang ke malam, malam ke pagi,Dibenaknya beliau mengatur strategi,Wajahnya kini tiada seri,Bibirnya pucat lesi,Di saat banjir tidak terperi,Ini bukanlah masa untuk memancing undi! Ini masa untuk kita manabur bakti, kata Pak Menteri lagi.
Legalah hati,Melihatkan wilayah ini,Rakyatnya elok dikasihi,Santa Claus berlalu pergi,Orang tidak percayanya lagi,Kerana sudah ada hero bernama menteri.
Sayangnya, hanya mimpi.Selamat datang, ke realiti. [.....]
Membaca di antara garis
Member aku beli monitor RM400. Aku cakap okeylah, tapi aku tak tanya pun monitor tu 2nd hand ke, jenama apa dan berapa inchi. Apa yang aku “okeylah” pun tak tahu, mungkin respons awal tu kadang tak dapat kawal, tapi tindakan selanjutnya tu kena cover balik jangan hanyut dalam perspektif ciptaan.
Dalam perbualan, seringkali kira memberi reaksi tanpa memperhalusi konteks. Dalam media sosial pun kita lebih menerima teks sepenuhnya tanpa mengambil kira subteks dan konteks yang resonans dengan mesej / realiti.
Situasi yang selalu berlaku, bila orang beritahu pagi tadi dia makan sarapan kena RM15. Mesti akan ada orang yang dengan pantas menembak “mak oii mahalnya, nak pergi Anfield balik hari ke”. Padahal, yang menembak tu tak pasti pun [.....]
Masa aku duduk kat asrama dulu, kawan-kawan sekeliling aku memang rajin study. Ada yang rajin study untuk mendapat keputusan yang cemerlang, ada yang rajin study sebab ada banyak masa terluang, ada juga yang study sebab segan tengok kawan-kawan lain study..aku yang last tu.
Kalau mintak aku takrifkan diri aku, memang aku cakap aku tak rajin dan tak pandai. Cuma aku pastikan aku sentiasa di landasan yang betul. Ada masa kita pecut, ada masa kita slow. Kadang aku macam study tapi sebenarnya acah-acah study, ikut-ikut kawan lah. Bila acah-acah study ni pun kalau dilakukan secara konsisten, dia jadi macam betul-betul. Itu yang aku nampak pada diri aku lah, tak tahulah macam mana kawan-kawan lain nampak, tu kena tanya dorang.
Segala buku [.....]
B anyak cafe yang masih belum dibuka. Ada yang tutup terus akibat covid yang berlanjutan, ada juga sebab masih awal dari waktu operasi mereka. Pusing punya pusing sehinggalah aku jumpa sebuah cafe yang macam relaks-relaks bersesuaian dengan mood bercuti, aku pun masuk tanpa memberi salam. Benda paling penting sekarang adalah scan mysejahtera.
M eja masih kosong. Kelihatan dua gadis pelayan cafe sedang tak berapa banyak kerja datang menjenguk aku di muka pintu, mungkin sebab memang sedang tak banyak kerja so dua-dua berebut-rebut mengalukan kedatangan aku di situ. Kekacakan mungkin ada [.....]
(Sempena Season Baru 2021 - 2022 English Premier League)
Kalau orang bawak grabcar, biasanya soalan yang mesti akan ditanya oleh si penumpang,”Dah lama ke bawah grab?”. Soalan sebegini boleh dikatakan soalan yang wajib tanya untuk ice-breaking dengan driver, kalau tak keluar soalan ni rasa tak sah rukun naik grab.. aku pun pernah tanya dan rasanya driver pun dok tunggu je penumpang tanya. Tapi masa balik dari cucuk mikrochip hari tu aku ubah skema soalan, aku tanya “Euro hari tu layan tak?”. Lepas tu perbualan kami jadi seperti sahabat lama lah bercerita tentang bolasepak macam kat mamak Fariz Maju.
Betul lah orang berpengalaman cakap, kamu takkan dapat jawapan yang betul kalau tanyakan soalan yang salah.
Masa aku tukar ke unit baru 7 [.....]
Revisit
The world isn't just the way it is. It is how we understand it, no? And in understanding something, we bring something to it, no?Doesn't that make life a story?
Bila kita tonton semula filem yang kita tonton pada fasa umur yang lalu, seringkali kita mendapat input-input yang baru, yang sebelum ni kita tak dapat pick-up. Begitu juga apabila membaca semula buku yang kita pernah baca suatu ketika dulu. Bahkan, kalau kita kembali ke tempat yang kita pernah lawati pun, ada perkara yang kita baru perasan, bergantung pada lensa [.....]
Kawan sepejabat aku cakap disebabkan kerja dia yang by nature mempunyai kuota angkat punggung dari kerusi yang terhad, mak dia cadang amik je job lain macam jadi cikgu ke kalau ada. Walaupun cikgu-cikgu selalu kata jadi cikgu di musim-musim begini susah, tapi aku rasa mak dia nampak kerja dia lagi havoc memandangkan mak dia pun cikgu. Apapun, mempunyai pilihan adalah sesuatu yang bagus, sentiasa bersedia dan mempunyai back-up. Aku rasa mungkin mak ayah dia dah capai lekuk di mana pendapatan per kapita dah tinggi dan cukup untuk diagihkan kepada [.....]
Dalam situasi semasa, kemelut kesihatan dan ekonomi, sebahagian kita mengalami tekanan hidup. Aku terima bahawasanya kerja memang stress. Aku pernah ada beberapa role yang berbeza kat sini, semuanya memberi tekanan yang berlainan. Ada yang kena kejar masa, ada yang kena menangani karenah manusia, ada yang perlu memerah kepintaran dengan kasar dan selalunya perlu dilakukan serentak. Memandangkan aku menganggap kerja is kerja maka aku layankan je la, meskipun sedikit sebanyak mempengaruhi mental namun cuba sedaya upaya bersikap professional.
Pernah suatu ketika seperti hari kebiasaan di pejabat, bila stress aku pun [.....]
Hampir aku melupakan, di suatu ketika tidak lama dahulu, kedai mamak adalah tempat aku menjalankan aktiviti sosial.
Ketika musim bola Euro dan Copa America sedang berlangsung skrg, menambahkan lagi berat rindu aku pada kedai mamak, berat yang kalau diletakkan di belakang badan gajah dia akan rebah serta-merta. Jika sekarang adalah normal bukan norma baharu, pastinya aku sudah menikmati beberapa perlawanan bola sepak di kedai mamak bersama-sama teh tiga layer dan nasi goreng cili padi. Kaw.
Kenangan yang manis tentulah ketika dapat duduk di port paling strategik iaitu depan skrin besar. Biasanya aku paling awal kalau hal tengok bola, sebab aku tak boleh tengok bola tapi nampak belakang badan atau kepala orang je. So kalau dapat view paling depan tu kiranya [.....]
Ketika era pandemik melanda, izikan aku tulis hal selainnya.
Sebelum ni, maknanya awal tahun ni aku ada beli sejenis lampu solar led uv ke apa-ntah untuk pokok. Lampu ni kononnya untuk memberi cahaya dan zat tambahan kepada pokok, terutamanya pokok yang indoor. Aku beli sebab nak bagi supplement lah kat pokok-pokok aku tu, sebab balkoni aku ni cahaya yang sampai tak berapa nak sampai, suam-suam air teh lepas dicicah biskut kosong.
Namun, sejak beberapa bukan yang lepas, aku dapati berlakunya perubahan yang ketara yang mana cahaya terik mula menerangi balkoni. Aku agak melonjak gembira melihatkan perubahan baharu ni. Memandangkan aku baru pindah ke rumah berbalkoni ni, akan suspek ada fasa-fasa musim panas dan musim redup. Dan sekarang adalah summer time [.....]
Lama betul aku tak pergi ofis.
Meskipun bekerja dari rumah pun steady, tapi tetap sedikit sebanyak ada jugak rindu pada suasana ofis. Moment ketika boss datang, member pun berbisik-bisik dan berkuis-kuis “bosss..bosss datang”. Moment ni mencemaskan tapi menarik untuk diperhalusi. Bila kawan dah bisik-bisik camtu, kita jadi serba salah membawa ke gelabah, yer tahu bos datang…so aku nak kena buat apa, bukannya aku tengah isap gam pun kat ofis. Paling-paling pun isap teh ais ikat tepi sangkut kat kerusi.
Tapi tu lah, lama-lama bila dengar je orang bisik “bos datang..bos datang”, automatik semua luruskan tulang belakang, tangan atas keyboard, mata menatap skrin..pastu buat-buat tak sedar bos dah ada kat sebelah..eh bos dah sampai..good morning bos.
Member baru nak bawang pasal Avengers [.....]
Sebelum ni aku ada tonton video pendek yang memaparkan seorang lelaki campak duit kertas kepada khalayak ramai. Menurutnya, duit-duit kertas yang dicampak itu adalah duit tinggalan seorang sahabat, yang telah arwah dan tidak sempat menggunakan duit-duit tu. Tanpa bersoalanjut tentang legit, mesej yang boleh dicerna adalah harta lebihan yang dikumpul-kumpul akhirnya tidak dapat membeli masa,atau ditukar kepada currency yg boleh digunapakai setelah merentasi ‘daerah’ abadi. The things you own end up owning you.
Kita by default sedang hidup dalam sistem consumerism, nak terus hidup kita akan beli apa yang [.....]
Aku sebenarnya lelaki kacukan. Dalam badan aku ada makanan Japan, Itali, Mamak, Melayu, Chinese dan semalam berbuka dengan juadah Korea. Hmm bertambah oppa lah aku nampaknya...nasib baik sempat bersahur dengan lauk sardin tadi, jadi muka kembali kesardinan.
Di mana-mana sekarang banyak betul kedai makanan Korea..mendapat sambutan lak tu. Korea nampaknya menjajah dunia dengan Kpop dan Kdrama....kemudian mudahlah makanan dan fesyen-fesyen diterima. Nak menambahkan lagi pengaruh Korea, Youtuber Malaysia pulak ada yang kahwin dengan makwe Korea, peti ais dengan tv pun buatan Korea. Kadang mimpi pun meracau anyeong haseyo anyeong [.....]
Masa melintas 7Eleven, teringat aku pada suatu pesan, atau boleh juga ditakrifkan sebagai nasihat dari seorang cikgu. Nasihat cikgu-cikgu nampak je macam biasa-biasa, tapi kadang bila dah besar baru kita nampak dia punya azimat.
Kata-kata yang lama tersemat di memori tu, hari ini kembali di depan mata seperti menonton filem 3 dimensi beserta audio Dolby Atmos yang sangat surround. Memberi kesan yang sangat mendalam.
“Kalau tak larat puasa penuh, cubalah puasa separuh hari” kata cikgu tadika 25 tahun yang lalu.
[.....]
Dalam banyak-banyak hubungan, hubungan aku dengan spek mata yang paling karib. Melekat je manjang. Kalau ada orang yang claim pernah nampak aku tanpa spek mata, maknanya dia memang orang yang rapat dengan aku. Yakni betul-betul rapat. Sama ada dia pernah nampak aku semasa aku sedang tidur , atau...nampak aku ketika aku sedang mandi (contoh je). Kedua-dua situasi tu memang aku tak pakai spek mata.
Sebagai pemakai spek mata sejak sekolah menengah, banyak insiden yang kami lalui. Antara yang pahit adalah spek mata terpatah dan hilang ketika mandi di kolam [.....]
Hari ni (semalam) aku pergi ke kedai buku di KLCC. Terasa seperti menelusuri ruang-ruang waktu di zaman muda-mudi. Ketika tu aku agak karib dengan buku, seharian boleh menelaah dan menghayati buku perlahan-lahan. Sekarang nak melihat-lihat buku pun rasa tercekik, tambahan pula di zaman telefon pintar ni dayafokus dah jadi pendek.
Membaca buku ni antara aktivity happy vibes aku yang aku boleh buat tanpa perlu menjadi kaya terlebih dahulu. Membaca buku tak semestinya untuk jadi pandai,membaca boleh jadi hiburan yang mempunyai kesan sampingan yang baik..dia macam memvaksin minda jugak. Cuma [.....]