Minit Akhir

 Masa aku duduk kat asrama dulu, kawan-kawan sekeliling aku memang rajin study. Ada yang rajin study untuk mendapat keputusan yang cemerlang, ada yang rajin study sebab ada banyak masa terluang, ada juga yang study sebab segan tengok kawan-kawan lain study..aku yang last tu.


Kalau mintak aku takrifkan diri aku, memang aku cakap aku tak rajin dan tak pandai. Cuma aku pastikan aku sentiasa di landasan yang betul. Ada masa kita pecut, ada masa kita slow. Kadang aku macam study tapi sebenarnya acah-acah study, ikut-ikut kawan lah. Bila acah-acah study ni pun kalau dilakukan secara konsisten, dia jadi macam betul-betul. Itu yang aku nampak pada diri aku lah, tak tahulah macam mana kawan-kawan lain nampak, tu kena tanya dorang.


Segala buku tebal dengan lambakan teori-teori di dalamnya sebenarnya tak susah untuk difahami, yang susahnya bila nak muntahkan balik di kertas peperiksaan. Nak senang ingat memang kena praktikkan, baru masuk dan melekat. Macam aku memang tak suka hafal, bila aku hafal terasa macam hilang keseronokan belajar..sebab benda tu dah tertera dalam buku. Kadang otak aku macam ada sistem self-sabotaj supaya aku tak hafal. Contohnya ada 5 point, aku akan capture 3-4 point sahaja, point yg selebihnya seperti sengaja dikaburkan supaya dapat feel cuba mengimbas dan mengingatkan atau memikirkan kekosongan tu. Kalau semua dah ada macam tak sedap. Proses nak dapatkan jawapan tu lagi stim daripada jawapan yang betul, tapi akan jeorpadize air muka la bila result keluar nanti.


Aku kalau roomate aku tak bukak buku, aku pun tak bukak. Bila sorang dah bukak buku, barulah datang peer pressure. Cuma tu la, roomate aku rajin bukak buku, bila dia duduk je depan meja study dan buka lampu study, aku pun mulalah rasa serba salah kalau tak study sama, jadi aku pun selak-selaklah buku bagi menghilangkan rasa serba salah tadi. Bila ada kawan-kawan datang ketuk pintu bilik kitaorang, dengan tangkas segala buku kitaorang tutup dan baring atas katil (kadang siap berselimut) berlagak seperti seorang student yang tidak punya apa-apa untuk dikisahkan. Bila member tanya “dah start study ke”. Roomate aku biasanya akan jawab “belum” atau “sikit-sikit je” (nada tu bagi bunyi ngantuk-ngantuk sikit). Tapi sebenarnya, di sebalik selimut dan di bawah bantal empuk tu sebenarnya berderet nota-nota yang sedang diproses ke otak.


Tak tahulah kenapa, tapi di kalangan rakan seperjuangan time tu, kalau tanya dah study ke belum, memang gitulah jawapannya, aku suspek mungkin taknak pressure kawan-kawan lain dan taknak nampak rajin sangat. Masalahnya yang rajin pun akan acah-acah tak rajin, semua taknak jadi yang terpaling rajin, aku rasa mungkin tak ‘cool’ kalau rajin study pada masa tu. Orang jadi segan dengan kita kalau nampak rajin ye tak. Benda yang trend pada masa tu adalah study last minute. 


Aku pun into the scene jugak dalam perjuangan study last minute. Last minute ni sebenarnya lebih kepada teamwork, yang study awal-awal tu lebih kepada acara perseorangan. Bestnya teamwork ni bila dah last minute, masing-masing keluarkan senjata masing-masing, so setiap orang dapat input atau faedah dari pergelutan last minute tu. Acara ni aku saksikan saban semester, setiap orang akan push kapasiti otak to the limits, nota-nota penuh lantai dan di dinding, mulut terkumat-kamit meratib teori dan formula, ada yang style suka tulis nota pastu lipat-lipat nota sampai 10 kali lipat pun ada. 

Semakin kecik nota tu dilipat, semakin meresahkan kawan-kawan lain yang cuba kekal husnozan.


Aku sebenarnya bertuah sebab aku dapat pick-up banyak benda dari mendengar kawan-kawan study dan kadang intai-intai nota dorang yang kreatif dan inovatif, aku takkan baca nota aku sendiri sebab tulisan aku buruk..lebih baik aku takyah study daripada aku mengelirukan diri aku sendiri. Kawan-kawan pun tak pernah lokek, sentiasa sharing bila dah belajar benda baru, walaupun kita dah tahu tapi bila kawan yang cakap dia akan jadi lagi memorable…sebab bila kawan terangkan dia lebih senang nak ingat daripada buku, bila nak jawab soalan exam tu kita toleh sikit muka kawan tu dan jawapan akan keluar sikit demi sikit.


Kalau final exam tu waktu pagi, tak tidur atau tidur sejam atau dua jam tu adalah perkara norma. Aku pun pada masa tu macam tak berani nak tidur lama-lama, aku takut benda yang aku baca tu hilang kalau aku tidur, takyah tanyalah kat mana rasionalnya tapi memang camtulah logik aku time tu. Dia macam microsoft excel yang tengah saving data, jangan close kang nak bukak balik data jadi corrupt.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments: