Setelah singgah sekejap di pesta buku hari tu, semangat membaca buku aku bangun kembali. Aku baru saja habis membaca buku into the light karya Abdullah Hussein dan sekarang tengah baca Aleph by Paulo Coelho. Aleph ni aku beli kat Bangi masa tengah kopi-kopi (padahal order teh ais cincau) tengah rakan-rakan, masa tu aku melilau di sekitar kedai makan tu tetiba nampak barisan rerurai jual barangan lama termasuklah buku-buku.
Seronok kann beli buku? Kalau baca buku yang tebal dengan info atau sejarah, dah macam membuka dimensi baru dalam kepala. Buku ni secara clichenya macam kawan yang mengajar dan menemani. Dalam buku ni kalau kena dengan bukunya, dia akan mencetuskan soalan-soalan yang tak pernah dipersoalkan dalam hidup seharian kita, dia membawa [.....]
Unmind
Sejak smartphone menjadi popular, aku tidak lagi menulis blog atau menggunakan media sosial menerusi laptop atau komputer. Completely transisi kepada smartphone tanpa menoleh walaupun laptop tu sentiasa ada bersedia untuk diketik-ketik.
Aku fikir ini mungkin sebab smartphone lebih bersifat peribadi untuk aku dan mudah untuk dibawa kemana-mana lah, meskipun aku masih merasakan tulisan akan lebih meluas dan ada dinamika bila mengeruk papan kekunci sebenar di laptop berbamding menggunakan dua jari ni smartphone.
Untuk menulis di smartphone ni pulak kena mengharungi banyak dugaan dan godaan notifikasi dari pelbagai arah. Sedang kau menfokuskan apa yang kau nak tulis, dua jari ni akan melencong ke ikon facebook la, instagram la, whatsapp laa..dan lain-lain. Ini sekaligus membuatkan smartphone yang dulunya membuatkan kita boleh menulis [.....]
Sebagai seorang introvert yang sekali-sekala menyamar sebagai extrovert demi kelangsungan hidup, memang aku tak berapa nak merasa damai di khalayak manusia berpusuan. Tapi nak jugak gi pesta buku kat PWTC.
Buku-buku ternyata lebih murah dari pasaran. Aku pun dengan pantas tapi tegas, cari-cari buku yang boleh dijadikan vaksinasi minda. Nampak je buku berjudul Juara oleh S Othman Kelantan, terus aku sauk, buku ni memang mempunyai status tinggi di kalangan pembaca tempatan.
Malah, darjat buku JUARA ni dinaikkan lagi apabila difilemkan oleh U-Wei menjadi sebuah naskhah filem terbaik di suatu ketika dulu - JOGHO. Sebagai acah-acah menghayati filem-filem U-Wei aku amik terus buku Juara ni, lagipun kena lah dengan jersi Liverpool yang aku pakai masa nak bayar kat kaunter tu..juara.
Bila balik [.....]