Lawak botak, gemuk dan hitam ni dah zaman-berzaman wujud dan telahpun merentas batasan negeri, budaya dan politik.
Tipulah kalau tak tercuit rasa nak ketawa langsung cuma kasang jadi bosan, sebab tiada pembaharuan. Kalau tutup lampu tak nampak orang gelap, bukak lampu nanti orang botak akan menyebabkan silau, orang gemuk takyah cerita la…semua benda nak kena kat dia, kadang gempa bumi pun orang gemuk yang disalahkan.
Secara jujurnya, orang masih ketawa. 3 benda ni kiranya bahan lawak yang turun-temurun dan resepi yang diyakini berkesan. Cuma kena ada pembaharuan la. Macam aku botak, kalau mandi swimming pool memang rambut tak basah. Orang gemuk ni sebenarnya bagus, dorang sebenarnya penstabil graviti bumi..tanpa orang gemuk bumi mungkin sudah melayang dari orbit, terima kasih saya [.....]
Masa wife aku kuarantin diri dia sebagai langkah berwaspada ketika rakan sekerja positif korona, aku tidur keseorangan di ruang tamu, dia kerja dan tidur kat bilik tengah.
Selain sebab ruang tamu aku ada sofa, televisyen, buku dan pokok-pokok, aku tak tidur kat bilik master sebab katilnya yg besar membuatkan simptom kesepian lebih terasa bila keseorangan.
Mungkin itu yang wife aku rasa bila aku bangu jam 3-4 pagi untuk menonton Liverpool. [.....]
Dari dulu wife aku tanya, ulang-ulang, macam dia tak puas hati dengan jawapan aku.
Soalan dia, kenapa aku suka dia, atau pilih dia, atau senang cakap..kenapa aku kahwin dengan dia. Soalan dia muncul kerana dia merasakan aku boleh je pilih orang lain, orang yang aku admire atau ex.
Jawapan aku secara rambling, sebab waktu dan ketika, dia ada masa aku dah bersedia, kiranya macam tepat dan terasa dipermudahkan. Macam kat poket kau ada banyak kunci, kau masukkan je kunci yang pertama, terus terasa match dan kau putarkan kunci tu dan pintu pun terbuka.
Soal cinta dan suka tu of course lah kan, kalau tanya kenapa aku suka dan cinta tu pun aku sukar nak jawab, aku cakap dia paling cantik pun [.....]
Apsal hantu kalau dia kacau kita dia buat suara menangis, kadang teresak-esak, kadang tersedu-sedan.
Patutnya dia yang kacau kita..kitalah yang patut menangisi. Kenapa dia yang menangis.
Ke dia menangis sebab kita taknak kawan dia? [.....]