Ada orang yang dia limitkan dia punya circle kawan-kawan, tidak beri reaksi atau menyibuk-nyibuk dengan artis atau influencer, pendek kata mengurangkan episod drama-drama yang tidak perlu. Sambil tu dia akan invest pada pemantapan minda dan rohaniah, buat perkara yang dia suka tanpa menganggugat kehidupan orang lain, membaca dan memahami lalu mempraktik sistem fikiran yang kena dengan jiwanya. Dalam nak mencapai hasrat memiliki ketenangan, kosnya bukan murah, masa dan usaha yang konsisten diperlukan, dalam perjalanan tu mungkin akan ada orang yang tak suka tapi, tapi your mental health is your responsibility, priority. Bila orang bagi kau hidangan yang kau taknak consume, kau tolak dan orang akan berasa hati, you just carry own..sebab bila habis hidangan, you are on your [.....]
“ Ketika kita merasa susah dan dizalimi, bersyukurlah kerana masih ada lagi yang lebih susah dan dizalimi dua kali ganda”Dah kenapa nak kena bersyukur orang lain lagi susah. Kesian la kat orang lain. Oh my god. Kau nak aku gembira ada orang lain lagi susah ke. [.....]
Kelmarin sementara rakan-rakan pergi menonton filem tentang perjuangan bangsa menentang British, aku pergi masuk-keluar kedai mencari windbreaker untuk dibeli. Habis 2 jam filem pun tamat, Shamsul Yusuf bertambah kaya namun windbreaker aku masih belum ditemui.Aku beritahu rakan-rakan aku, semua kedai aku dah masuk Puma, Nile, Adidas, New Balance dan lain-lain kedai sukan, tapi takde yang aku suka. Sebelum ni aku pernah beli kat uniqlo, aku minat yang macam tu, tapi bila aku cari jugak kat Uniqlo takde jugak yang berkenan, ada tu ada tapi tak berapa nak minat.
Pastu rakan aku cakap dia ada nampak kat satu kedai ni, tapi harga 5 ratus la. Cun habis . Aku pun terrfikir, betul jugak katanya. Tadi pun aku ada nampak, harga [.....]
Setelah singgah sekejap di pesta buku hari tu, semangat membaca buku aku bangun kembali. Aku baru saja habis membaca buku into the light karya Abdullah Hussein dan sekarang tengah baca Aleph by Paulo Coelho. Aleph ni aku beli kat Bangi masa tengah kopi-kopi (padahal order teh ais cincau) tengah rakan-rakan, masa tu aku melilau di sekitar kedai makan tu tetiba nampak barisan rerurai jual barangan lama termasuklah buku-buku.
Seronok kann beli buku? Kalau baca buku yang tebal dengan info atau sejarah, dah macam membuka dimensi baru dalam kepala. Buku ni secara clichenya macam kawan yang mengajar dan menemani. Dalam buku ni kalau kena dengan bukunya, dia akan mencetuskan soalan-soalan yang tak pernah dipersoalkan dalam hidup seharian kita, dia membawa [.....]
Unmind
Sejak smartphone menjadi popular, aku tidak lagi menulis blog atau menggunakan media sosial menerusi laptop atau komputer. Completely transisi kepada smartphone tanpa menoleh walaupun laptop tu sentiasa ada bersedia untuk diketik-ketik.
Aku fikir ini mungkin sebab smartphone lebih bersifat peribadi untuk aku dan mudah untuk dibawa kemana-mana lah, meskipun aku masih merasakan tulisan akan lebih meluas dan ada dinamika bila mengeruk papan kekunci sebenar di laptop berbamding menggunakan dua jari ni smartphone.
Untuk menulis di smartphone ni pulak kena mengharungi banyak dugaan dan godaan notifikasi dari pelbagai arah. Sedang kau menfokuskan apa yang kau nak tulis, dua jari ni akan melencong ke ikon facebook la, instagram la, whatsapp laa..dan lain-lain. Ini sekaligus membuatkan smartphone yang dulunya membuatkan kita boleh menulis [.....]
Sebagai seorang introvert yang sekali-sekala menyamar sebagai extrovert demi kelangsungan hidup, memang aku tak berapa nak merasa damai di khalayak manusia berpusuan. Tapi nak jugak gi pesta buku kat PWTC.
Buku-buku ternyata lebih murah dari pasaran. Aku pun dengan pantas tapi tegas, cari-cari buku yang boleh dijadikan vaksinasi minda. Nampak je buku berjudul Juara oleh S Othman Kelantan, terus aku sauk, buku ni memang mempunyai status tinggi di kalangan pembaca tempatan.
Malah, darjat buku JUARA ni dinaikkan lagi apabila difilemkan oleh U-Wei menjadi sebuah naskhah filem terbaik di suatu ketika dulu - JOGHO. Sebagai acah-acah menghayati filem-filem U-Wei aku amik terus buku Juara ni, lagipun kena lah dengan jersi Liverpool yang aku pakai masa nak bayar kat kaunter tu..juara.
Bila balik [.....]
Lawak botak, gemuk dan hitam ni dah zaman-berzaman wujud dan telahpun merentas batasan negeri, budaya dan politik.
Tipulah kalau tak tercuit rasa nak ketawa langsung cuma kasang jadi bosan, sebab tiada pembaharuan. Kalau tutup lampu tak nampak orang gelap, bukak lampu nanti orang botak akan menyebabkan silau, orang gemuk takyah cerita la…semua benda nak kena kat dia, kadang gempa bumi pun orang gemuk yang disalahkan.
Secara jujurnya, orang masih ketawa. 3 benda ni kiranya bahan lawak yang turun-temurun dan resepi yang diyakini berkesan. Cuma kena ada pembaharuan la. Macam aku botak, kalau mandi swimming pool memang rambut tak basah. Orang gemuk ni sebenarnya bagus, dorang sebenarnya penstabil graviti bumi..tanpa orang gemuk bumi mungkin sudah melayang dari orbit, terima kasih saya [.....]
Masa wife aku kuarantin diri dia sebagai langkah berwaspada ketika rakan sekerja positif korona, aku tidur keseorangan di ruang tamu, dia kerja dan tidur kat bilik tengah.
Selain sebab ruang tamu aku ada sofa, televisyen, buku dan pokok-pokok, aku tak tidur kat bilik master sebab katilnya yg besar membuatkan simptom kesepian lebih terasa bila keseorangan.
Mungkin itu yang wife aku rasa bila aku bangu jam 3-4 pagi untuk menonton Liverpool. [.....]
Dari dulu wife aku tanya, ulang-ulang, macam dia tak puas hati dengan jawapan aku.
Soalan dia, kenapa aku suka dia, atau pilih dia, atau senang cakap..kenapa aku kahwin dengan dia. Soalan dia muncul kerana dia merasakan aku boleh je pilih orang lain, orang yang aku admire atau ex.
Jawapan aku secara rambling, sebab waktu dan ketika, dia ada masa aku dah bersedia, kiranya macam tepat dan terasa dipermudahkan. Macam kat poket kau ada banyak kunci, kau masukkan je kunci yang pertama, terus terasa match dan kau putarkan kunci tu dan pintu pun terbuka.
Soal cinta dan suka tu of course lah kan, kalau tanya kenapa aku suka dan cinta tu pun aku sukar nak jawab, aku cakap dia paling cantik pun [.....]
Apsal hantu kalau dia kacau kita dia buat suara menangis, kadang teresak-esak, kadang tersedu-sedan.
Patutnya dia yang kacau kita..kitalah yang patut menangisi. Kenapa dia yang menangis.
Ke dia menangis sebab kita taknak kawan dia? [.....]
Santai-santai sabtu ni elok jugak kalau berangan menghiburkan hati.
Alangkah best kalau tiba-tiba, pagi esok..saintis menjumpai penyelesaian kepada covid19 ni rupa-rupanya benda yang simple dan mudah. Contohnya, penawar kepada covid19 adalah minum air halia atau air barli yang diminum sejuk atau nak lagi umph..di-ice blendedkan. Lepas tu semuanya settle dan kitapun ketawa tak henti-henti sampai ada yang sesak nafas.
Alangkah best kalau tiba-tiba, pagi esok..tiba-tiba telefon aku berbunyi dapat panggilan dari atok aku dan dia cakap “Cu..sebenarnya dah lama atok rahsiakan perkara ini, sebenarnya kita dari keturunan Rusia, atok mintak maaf terpaksa rahsiakan perkara ni demi keselamatan, keturunan kita adalah bilionaire dan disebabkan konflik baru-baru ni..atok terpaksa dedahkan segalanya dan atok akan transfer 5juta sekarang juga”.
Sampai pening fikir nak buat [.....]