Revisit
The world isn't just the way it is. It is how we understand it, no? And in understanding something, we bring something to it, no?Doesn't that make life a story?
Bila kita tonton semula filem yang kita tonton pada fasa umur yang lalu, seringkali kita mendapat input-input yang baru, yang sebelum ni kita tak dapat pick-up. Begitu juga apabila membaca semula buku yang kita pernah baca suatu ketika dulu. Bahkan, kalau kita kembali ke tempat yang kita pernah lawati pun, ada perkara yang kita baru perasan, bergantung pada lensa [.....]
Kawan sepejabat aku cakap disebabkan kerja dia yang by nature mempunyai kuota angkat punggung dari kerusi yang terhad, mak dia cadang amik je job lain macam jadi cikgu ke kalau ada. Walaupun cikgu-cikgu selalu kata jadi cikgu di musim-musim begini susah, tapi aku rasa mak dia nampak kerja dia lagi havoc memandangkan mak dia pun cikgu. Apapun, mempunyai pilihan adalah sesuatu yang bagus, sentiasa bersedia dan mempunyai back-up. Aku rasa mungkin mak ayah dia dah capai lekuk di mana pendapatan per kapita dah tinggi dan cukup untuk diagihkan kepada [.....]
Dalam situasi semasa, kemelut kesihatan dan ekonomi, sebahagian kita mengalami tekanan hidup. Aku terima bahawasanya kerja memang stress. Aku pernah ada beberapa role yang berbeza kat sini, semuanya memberi tekanan yang berlainan. Ada yang kena kejar masa, ada yang kena menangani karenah manusia, ada yang perlu memerah kepintaran dengan kasar dan selalunya perlu dilakukan serentak. Memandangkan aku menganggap kerja is kerja maka aku layankan je la, meskipun sedikit sebanyak mempengaruhi mental namun cuba sedaya upaya bersikap professional.
Pernah suatu ketika seperti hari kebiasaan di pejabat, bila stress aku pun [.....]
Hampir aku melupakan, di suatu ketika tidak lama dahulu, kedai mamak adalah tempat aku menjalankan aktiviti sosial.
Ketika musim bola Euro dan Copa America sedang berlangsung skrg, menambahkan lagi berat rindu aku pada kedai mamak, berat yang kalau diletakkan di belakang badan gajah dia akan rebah serta-merta. Jika sekarang adalah normal bukan norma baharu, pastinya aku sudah menikmati beberapa perlawanan bola sepak di kedai mamak bersama-sama teh tiga layer dan nasi goreng cili padi. Kaw.
Kenangan yang manis tentulah ketika dapat duduk di port paling strategik iaitu depan skrin besar. Biasanya aku paling awal kalau hal tengok bola, sebab aku tak boleh tengok bola tapi nampak belakang badan atau kepala orang je. So kalau dapat view paling depan tu kiranya [.....]
Ketika era pandemik melanda, izikan aku tulis hal selainnya.
Sebelum ni, maknanya awal tahun ni aku ada beli sejenis lampu solar led uv ke apa-ntah untuk pokok. Lampu ni kononnya untuk memberi cahaya dan zat tambahan kepada pokok, terutamanya pokok yang indoor. Aku beli sebab nak bagi supplement lah kat pokok-pokok aku tu, sebab balkoni aku ni cahaya yang sampai tak berapa nak sampai, suam-suam air teh lepas dicicah biskut kosong.
Namun, sejak beberapa bukan yang lepas, aku dapati berlakunya perubahan yang ketara yang mana cahaya terik mula menerangi balkoni. Aku agak melonjak gembira melihatkan perubahan baharu ni. Memandangkan aku baru pindah ke rumah berbalkoni ni, akan suspek ada fasa-fasa musim panas dan musim redup. Dan sekarang adalah summer time [.....]