Aku sebenarnya lelaki kacukan. Dalam badan aku ada makanan Japan, Itali, Mamak, Melayu, Chinese dan semalam berbuka dengan juadah Korea. Hmm bertambah oppa lah aku nampaknya...nasib baik sempat bersahur dengan lauk sardin tadi, jadi muka kembali kesardinan.
Di mana-mana sekarang banyak betul kedai makanan Korea..mendapat sambutan lak tu. Korea nampaknya menjajah dunia dengan Kpop dan Kdrama....kemudian mudahlah makanan dan fesyen-fesyen diterima. Nak menambahkan lagi pengaruh Korea, Youtuber Malaysia pulak ada yang kahwin dengan makwe Korea, peti ais dengan tv pun buatan Korea. Kadang mimpi pun meracau anyeong haseyo anyeong [.....]
Masa melintas 7Eleven, teringat aku pada suatu pesan, atau boleh juga ditakrifkan sebagai nasihat dari seorang cikgu. Nasihat cikgu-cikgu nampak je macam biasa-biasa, tapi kadang bila dah besar baru kita nampak dia punya azimat.
Kata-kata yang lama tersemat di memori tu, hari ini kembali di depan mata seperti menonton filem 3 dimensi beserta audio Dolby Atmos yang sangat surround. Memberi kesan yang sangat mendalam.
“Kalau tak larat puasa penuh, cubalah puasa separuh hari” kata cikgu tadika 25 tahun yang lalu.
[.....]
Dalam banyak-banyak hubungan, hubungan aku dengan spek mata yang paling karib. Melekat je manjang. Kalau ada orang yang claim pernah nampak aku tanpa spek mata, maknanya dia memang orang yang rapat dengan aku. Yakni betul-betul rapat. Sama ada dia pernah nampak aku semasa aku sedang tidur , atau...nampak aku ketika aku sedang mandi (contoh je). Kedua-dua situasi tu memang aku tak pakai spek mata.
Sebagai pemakai spek mata sejak sekolah menengah, banyak insiden yang kami lalui. Antara yang pahit adalah spek mata terpatah dan hilang ketika mandi di kolam [.....]