Memori telefon bimbit aku tak berapa nak larat untuk menampung beratnya input-input yang masuk. Kebanyakkannya adalah foto. Ada foto yang aku terpaksa padam, contohnya benda-benda rawak yang aku snap untuk tujuan yang kurang jelas. Aku memilih-milih jugak mana yang aku rasa perlu simpan lebih lanjut dan mana yang terpaksa dilepaskan segera. Jika timbul keraguaan, aku akan post je kat sini sebelum dilepaskan, tanpa mengambil kira sama ada foto tersebut bertepatan dengan entri ataupun tidak, sebagai sisipan peribadi untuk masa depan.
I believe people are definitely more easily offended today [.....]
Menjelang Senja Sungai Endau
Pernah tak ketika kita khusyuk memandu, tiba-tiba kita mengelak lubang di jalan, orang sebelah yang tak nampak apa-apa akan menegur pemanduan kita yang dikatakan tak semengah “ drive tu elok-elok”.
Ketika kita hampir-hampir terlanggar kereta depan yang berhenti mengejut, orang belakang yang sibuk menonton telefon akan jadi tak puas hati dan menegur kelalaian kita “fokuslah sikit..nasib baik tak terlanggar”.
Ketika kita memandu ke destinasi yang tidak begitu familiar, lalu tak semena-mena kita tersalah jalan dan tersesat. Ada yang naik marah, ada jugak ketawakan kebodohan kita. “Apebenda itu [.....]
Ada satu soalan diacu kat aku, selepas paraphrasing soalannya lebih kurang “apa pandangan kau pada perempuan yang makan/ baca buku kat kafe sorang-sorang? Adakah kelihatan seperti loser?”
Jawapan aku tu biar aku jadikan entri lah agar dapat membuang masa anda semua.
Soalan tu sebenarnya memang diciptakan untuk aku, atau nak lebih exaggerating lagi, aku dilahirkan di dunia ini salah satu sebabnya adalah untuk menjawab soalan itu.
Aku memang dari dulu lagi impress dan admire kat perempuan yang boleh pergi tengok wayang sorang-sorang, makan sorang atau kalau time belajar dulu perempuan yang [.....]
Seram.
Sejak akhir-akhir ni bila malam menjelma je, bini aku bermonolog.
“Bilalah barang i nak sampai ni”
Walaupun pada esok siang harinya barang yang ditunggu-tunggu sampai jua akhirnya, bila malam datang lagi, monolog lebih kurang sama pun berulang.
“Bilalah barang i nak sampai ni”
Beberapa hari lepas tu barang dia pun sampai. Nampak lega dan aku tumpang gembira. Aku okey je barang yang dia beli tu walaupun kadang beli tak pakai-pakai pun, tapi sebab bukan pakai duit aku jadi aku garu-garukan je la kepala yang botak ni.
Tapi cerita belum tamat. Bila malam menjelma, [.....]