Selongkar ke Alam PKPB
Zaman PKPB ni, apa yang ditunggu-tunggu bila menjelang hujung minggu?
Di sebalik norma baharu, mungkin boleh selongkar balik apa yang telah lama kita tinggalkan. Refresh.
Kasut sukan yang telah lama tak keluar rumah misalnya. Kesian dia tak dapat cahaya matahari, selalu bergelap di rak kasut tertutup. Sehinggakan dia pun lupa akan fungsi kewujudan, terfikir-fikir sendirian apakah dosanya hingga dikurung tak berteman.
Barang-barang yang simpan lamaaa dalam cart shoppe dan lazada tu pun nak tunggu bila lagi. Ini kalilah kasih keluar itu barang. KWSP yang simpan lama-lama pun buat [.....]
Saban tahun ramai je yang tak puas hati siapa yang menang. Bagi lah sesiapa pun yang menang, mesti ramai yang tak puas hati. Sedangkan Siti Nurhaliza menang dulu pun ada je tak puas hati sampailah dia dah malas nak tercalon.
Ceritanya sekarang kalau kompang pungpang anugerah ni tak relevan, anugerah buang masa, dia sorang je yang handal benar tak kenal penyanyi tu tak kenal pelakon tu, tuptup dah keluar keputusan dia yang menggelabah sibuk komplen macam begitu penting sangat siapa yang menang untuk dia, dah kenapa dan mengapa tuan-tuan [.....]
Sebelum ni aku ada menyebut tentang besarnya impak internet yang pada mulanya untuk menghantar surat elektronik (emel) akhirnya telah membawa pejabat ke ruang tamu rumah kita. Tak perlu pergi pejabat, connect internet menerusi laptop terus menderu-deru kerja pejabat muncul ke skrin di rumah anda, tak cukup dengan itu tekan bideo skype terus muncul wajah-wajah rakan sepejabat anda yang belum mandi (seperti anda juga).
Selain itu, sebenarnya internet juga telah membawa restoran-restoran ke meja makan rumah kita. Sebut saja nama restoran seperti mekdi, kepsi, keni rojes, sekret resepi, kedai mamak [.....]