Monday, August 24, 2020

Menang dan Kalah

Dari kecik aku memang didedahkan dengan permainan dam haji, permainan yang mengenyangkan dan berpahala sebab boleh makan-makan dan naik haji. Memandangkan dam haji ni macam permainan orang tua, biasanya aku akan berseteru dengan atuk aku. Sebenarnya lebih kepada jadi punching bag sebab sejak sekolah rendah memang akan kalah dengan atuk aku.
Aku akan berlawan dengan abang dan kawan-kawan aku sebagai latihan,selain menyeronokkan ini adalah sebagai persediaan atau latihan untuk aku kemudian berlawan dengan atuk (boleh dianggap sebagai medan peperangan sebenar, lebih menggetarkan aku) dan aku kalah setiap kali, seperti rutin persembahan sarkas yang diulang saban pagi hari raya..berulang dan membosankan. 
Atuk aku nampak je papan dam.Dia excited ajak aku lawan. Aku pun susun buah dam.Aku kalah.
Begitulah susunan rangkap yang menceritakan kisah kalah [.....]

Saturday, August 15, 2020

Potongan Rindu 1 Ogos

Setiap peristiwa di jagat raya ini tak lebih tak kurang hanyalah potongan puzzle, mencari dan menemui adalah silangan bebenang di lembaran yang indah yang akan membuka hatimu untuk mengerti dan memahami siapa sebenarnya diri kita.Di bawah mentari yang menyinari kota ini, terangnya menyuluh aku untuk menemui satu hakikat kebenaran, ada potongan rindu yang sedang berpaut, pada pokok-pokok yang ditinggal di rumah.

[.....]

Monday, August 10, 2020

Pengecaman


Norma baharu nak kena hafal baju / pakaian isteri lah pulak.Bila keluar di khalayak awam yang semua orang dah pakai pelitup muka, jadi keliru pulak bila nak detact isteri aku dikalangan ramai wanita berpelitup . Kang kalau buat pengecaman tubuh badan orang tuduh pervert pulak pandang-pandang badan orang. Tapi kalau hafal baju kang ada orang lain pakai baju sama pun bahaya juga. [.....]

Sunday, August 09, 2020

ROH


Filem Roh ni aku nak tengok sebab ada Namron, tak pernah lagi aku tengok Namron berlakon tak best, kalau tiba suatu hari nanti bila mana Namron pun berlakon tak best, maknanya itu adalah Namron palsu..maknanya dah ada teknologi copy-paste manusia dan Namron yang asli telah dibekukan.
Atau mungkin ketika itu dia tengah berlakon pegang watak sebagai pelakon lelaki yang tak best dan memang jelas ditunjukkan betapa Namron berlakon tak best, demi menghidupkan watak. 
[.....]

Friday, August 07, 2020

Pokok, stress, draf dan kebiasaan.


1. Kebiasaan tak semestinya betul, yang tak biasa tak semestinya salah. Bila aku dengar lagu, pertama kali mungkin rasa tak minat, tapi bila diulang-ulang rasa cenderung kepada minat pulak. Sebab tu bahaya hal-hal yang boleh mempengaruhi kita secara luar sedar, lebih-lebih bila kita tak perasan dah hadam makanan-makanan jiwa ni. Kalau baik okeylah, tapi kalau dah biasa yang tak baik pun rasanya baik ye dak.
2. Dont trust the influencer. 
3. Biasakan buat baik, supaya buat baik dapat diteruskan dan buat jahat tidak menjadi normal atau kebiasaan.
4. Bila difikirkan balik, [.....]

Friday, August 07, 2020

ALOCASIA BAMBINO

ALOCASIA BAMBINO 
Semalam aku ada urusan di PJ, aku pun singgah nursery pokok melawat kawasan, sambil melawat tu mungkin boleh belajar satu dua perkara pasal gelagat pokok-pokok, atau mungkin boleh tengok harga semasa pokok-pokok. Atau mungkin boleh tenangkan fikiran. Ah banyak pulak alasan aku, nak pergi tu pergi je lah.
Bila masuk je nursery tu, semua pokok berdiri bagi salam, ada yang cakap bonjour mungkin baka dari Perancis, aku buat rock je jawab salam dengan acuh tak acuh dan suruh semua bawa bertenang, aku cakap kat dorang aku datang ni [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home