Kali ni aku nak tulis sesuatu yang serius dan spritual. Tentang arena karaoke yang kian dilupakan pasca covid19.
Suka menyanyi tapi suara tak sedap adalah kombinasi yang menyedihkan bagi sesiapapun, sama seperti cinta tak berbalas. Cinta kau sebesar alam , sedangkan gadis tak sedarpun kewujudan kau walau sebesar zarah. Namun berita baiknya, meski tidak berbalas malah kau terus mencintai, itu tandanya kau sungguh-sungguh ikhlas dengan apa yang kau buat dan rasa. Ikhlas bukan hal main-main wahai orang muda.
Semasa PKP kita dapat lihat populariti group Masak [.....]
Lepas graduate aku sempat berhibernasi selama beberapa bulan (tempoh masa yang tak berapa nak ingat dengan tepat), setelah merasa puas hidup sebagai pelajar dan kemudian jadi pengkritik drama melayu tak berlesen , aku mula cari cabaran baru.
Memandangkan semasa hibernasi tu aku kerap jugak pergi shopping mall menziarah kedai buku (kadang beli kadang ambil bau pun cukup), atau layan tengok wayang kalau ada cerita best, aku rasa ada heloknya juga kalau dapat kerja di shopping mall. Macam-macam ada di shopping mall..anjing dengan kucing pun aku nampak ada [.....]
Sebelum aku tamat belajar dulu ada satu latihan industri yang aku perlu jalani dan penuhi sebelum graduate, ataupun orang panggil internship. Sebagai pengguna kerusi roda sepenuh masa, perkara ini sedikit sebanyak mendebarkan aku, soal kemampuan dan skill aku dah memang satu hal aku sendiri pun tak yakin, pengalaman kerja di pejabat memang sifar di ketika itu, kalau tengok drama melayu yang scene pejabat-pejabat tu banyaklah menerusi slot samarinda..tapi itu lebih kepada rampas kekasih orang lah dan aku belum sedia dirampas kerana masih single.
Lagi satu hal yang [.....]
Nak dijadikan modal bercerita, seminggu sebelum PKP diumumkan tu, aku pindah rumah secara rasmi. Tak jauh mana pun, berpindah dari KJ ke KJG.
Timing agak tak berapa cantik. Lepas pindah kena pulak kurung. Time tu rumah memang takde perkakas memasak sangat, peti ais takde, meja makan takde. Nasib baik dah biasa makan di lantai atau kalau lenguh masih boleh beralaskan kotak yang tinggi sikit supaya senang nak suap nasi ke mulut.
Part ni aku bagi peluang kat ex-girlfriend atau kekasih tak jadi atau wanita-wanita yang pernah tidak sampai cintanya. Korang boleh bermonolog dalam hati. “Peh..alas kotak je, nasib baiklah tak jadi...aku kurang-kurang nak IKEA”.
Hampir sedekad tinggal di KJ, banyak memori yang tak sempat aku [.....]
Bergoncang jiwa rockers aku sepanjang PKP ni, mula-mula layan Korean Movie dan Drama, time berbuka puasa boleh pulak tengok cerita Bukan Gadis Biasa..sekarang dah jinak-jinak jadi mat bunga pulak.
Ni semua agenda Yahudi nak menjatuhkan rockers secara halus.
[.....]