SEMBANG BUKU - Pengembaraan Laki-laki Scorpio
Ada kelakar yang kena, ada yang tak kena. Kebanyakannya antara kena dengan tidak. Terpulanglah kau nak amik ia sebagai apa.
Pengembaraan yang nampaknya terlalu imaginatif tanpa batasan. Aku hampir-hampir nak tamatkan di bahagian pertengahan tapi aku gagahkan juga melayani imaginasi buku ni. Mungkin sebab bahasanya mudah dan pergerakan cerita laju jadi tak rasa berat sangat.
Pengembaraan seorang lelaki yang lari dari rumah kemudian berjumpa ikan duyung, pari-pari, sotong gergasi dan lain-lain lah. Aku tak dapat kaitkan hubungan [.....]
SEMBANG BUKU
Lelaki Harimau - Eka Kurniawan
Cerita dimulai dengan satu pembunuhan kejam tanpa senjata. Punyalah awal dia punya klimaks, kemudian baru diperhalusi satu per satu lembaran cerita yang tragis.
Margio membunuh Sadat dengan hanya menggunakan gigi beliau, mengokak leher Sadat tanpa belas dan perikemanusiaan.
Persoalannya. Bagaimana beliau melakukan pembunuhan tersebut? Apa pembakar semangat Margio sehingga sanggup berkelakuan sebegitu brutal dan gothik?
Cerita bergerak dari belakang ke depan dan melompat dari satu garis masa ke masa yang lain bagi membuka dan menghuraikan satu demi satu [.....]
Manusia ialah makhluk sosial, berat untuk sesetengah orang mengubah norma-norma yang telah dilaluinya selama bertahun-tahun. Manusia makhluk sosial, membawa maksud manusia hidup berkelompok, perlu berinteraksi sesama sendiri, saling berhubungan dan akan berkembang melalui percampuran. Selain itu, secara langsung atau tidak, manusia juga terikat pada penilaian orang lain dan penerimaan masyarakat.
Oleh itu, kempen penjarakan sosial atau PKP/PKPB di hari raya adalah satu kempen yang berat bagi masyarakat kita. Setelah 2 bulan berjaga-jaga, kita memberi sedikit ruang demi keseronokkan berhari raya. Kalau dilihat dari paparan mukabuku, perasaan bercampur baur, riang dan risau dibuatnya.Doakan sama-sama, moga hari raya yang dianggap hari kemenangan ini, bukan petanda kelekaan yang membinasakan. [.....]
Musuh Tidak Kelihatan 4
(Pukul 8:30 malam.Di beranda rumah Khairul, hujan turun dengan renyai. Khairul menyalakan batang rokok di tangan. Abu diam memandang jauh seperti mengira butir hujan yang turun. Mereka berdua duduk sebelah menyebelah di kerusi kayu lama)
Khairul: Bu, kau tahu tak apa yang best pasal hujan?
Abu: Entah. Doa makbul?
Khairul :Time macam ni..kalau hisap rokok, rasa lagi sedap, lagi sesuatu perginya.
(Khairul menyedut dan melepaskan asap perlahan ke udara. Asap lenyap tatkala bertembung dengn air hujan di luar)
Abu : Ooooo..
Khairul : Kadang banyak ilham datang.
Abu : Ilham ke penyakit ?
(Khairul mengerling dan Abu menyambut dengan senyum hambar)
Abu: Kau tahu [.....]
Dalam membuat sesuatu kenyataan UMUM, kita harus mengelak dari menyandarkan input kepada pengalaman PERIBADI semata-mata. Pengalaman peribadi seringkali sifatnya berat sebelah dan tidak menyeluruh.
Contohnya apabila kita mengatakan orang KL paling tak reti bagi signal, itu tak semestinya tepat kerana mungkin kau ada 1-2 pengalaman kat KL bila orang KL tak bagi signal masa nak masuk simpang, tapi..tapi orang lain tengok okey je, atau sebenarnya orang tak bagi signal tu sebenarnya bukan rakyat KL pun entah-entah orang negeri lain yang bertandang.
Atau bila kau kata semua lelaki sama, tak tepat jugak nak buat kenyataan umum berdasarkan 1-2 pengalaman pahit peribadi, sebab kau bukan test semua lelaki pun dan ada je perempuan yang dapat lelaki yang tak [.....]
Aku dok hitung sejak PKP mula haritu, dah bermacam-macam filem Korea aku tengok, elok-elok heroin dan jalan ceritanya, ada moral, ada humor, kemasyarakatan, serta isu-isu yang pelbagai rencah, cerita Don Lee sahaja dan 4-5 filem aku layan.
bila berkurung di rumah ditemani channel Korea kat rumah dan jarang-jarang berjumpa orang melayu, diharap hal ni tak memeningkan genetik aku, kalau aku keluar rumah ni mungkin kemelayuan aku akan jadi Melayu yang Korea..otak aku dah kena brainwash..mungkin esok aku nak modified pintu rumah aku kepada yang jenis pakai password. Nak modified muka takleh, modified pintu je la supaya nampak macam Korea buat masa sekarang.
Yang aku perasan, filem Korea ni takde watak gadis gedik-gedik, kalau ada watak gadis [.....]
Apa khabar?
Bila dah terkurung di rumah, dengan akses terhad ke dunia luar, memang normal kalau spirit sedikit down, patutnya waktu-waktu pagi ahad begini korang dah pergi berlari kat trek ataupun ngeteh kat kedai mamak kan. Sekarang nak pergi mamak pun duduk berjarak..ingatkan mamak buat peperiksaan bertulis untuk pengambilan staff baru.
the best way aku rasa adalah kepelbagaian, duduk rumah ni kalau kerjanya menyakat orang pun lama-lama kena block pulak. Kalau nak tengok movie pun kena gilir English Korea dan sebagainya. Baca [.....]
NOTA BUKU - TERUSIR by Hamka
Buku ini cukup ringkas dan padat,ngam-ngam dengan isi yang hendak disampaikan penulis. Perkembangan watak tidak diperincikan sangat, ada masanya terasa landskap cerita memang sengaja tidak diperluas, untuk itu itu sahaja.
Emosinya tidaklah setebal mahakarya Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck , tetap jua bergerak dalam lorong ceritanya dengan lancar dan tenang. Secara lahiriah pun buku ni memang nipis, kalau menaiki bas dari KL nak ke Perlis, sampai kat Alor Setar pun boleh habis.
Pokok cerita adalah tentang kita [.....]
Waktu-waktu Yang Terakam
Ku bawa
Rindu yang disembunyi
Dalam kocek
Tetap terlihat
Kerana tebalnya
Semakin membuncit
Angan-angan
yang mendaki bukit
Perlahan-lahan
lelahnya menggigit
Mencari berani
Tinggi puncak dimimpi
Terlihat bulan bintang seperi berlian
Bertebaran keriangan
Hanya dilihat tak mampu dimiliki
Sekeping hati ku bawa berlari
Untuk dihadiahkan pada yang sudi
Rasa yang ku titip ke awan
Jatuh juga menjadi hujan
membasahkan rona perasaan
Yang ku siratkan dalam tulisan
Dalam segala yang belum tentu
Biarkan saja kita jatuh cinta
Dan paling perlu
biarlah waktu mengujinya.
[.....]
Musuh Tidak Kelihatan 3
Abu pejamkan mata. Abu tidak sedar sudah berapa lama dia terlelap. Kepala terasa berpusing dalam gelungsur masa, yang membawanya entah ke daerah mana.
Terjaga. Abu mengangkat kepala dan melihat ke sekelilingnya. Kini Abu bukan lagi berada di rumahnya. Suasana terasa berbeza.
“Ini airnya “ pelayan lelaki meletakkan air di depan Abu. Nescafe panas. Abu keseorangan di dalam restoran itu, kerusi dan meja lain masih lagi kosong. Tidak lama untuk Abu meneka dimanakah beliau, tidak lain dan tidak bukan, di sinilah restoran makanan kegemaran Abu. Kelihatan pelayan di restoran itu juga adalah lelaki yang sama, Abu kenal dengan pelayan itu meski interaksi mereka hanya bersubjek makanan minuman. Namun persoalannya mengapa dia [.....]
Hai
Stranger
Masa
Kini
nak berkenalan
cukup mudah
dengan
hanya tekan-tekan
Itu ini
lalu
keluar beratus gambar
beribu cerita
Kita boleh berkenalan
tanpa bersoalan panjang
cukup sekadar
menjenguk data-data
status-status
muka buku rambang
melihat di carian rawak
menikmati foto indah
dan duka lara
di ruangan instagram
Sinopsis hidup depan mata
seakan
trailer filem bakal tayang
Tapi sayang
walau
kita sudah tahu semua
kita masih
kekal terasing.
Hi Stranger !
[.....]